Wednesday, July 29, 2009
Kahwin, Berdekah-dekah, Berasap, Melalak, Mabuk-mabuk, Dan Jalan-jalan
Malam Ahad ke Shah Alam untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin Battah, membe sekolah SMAP Labu beriklim Dini. Dan pada hari tu aku sangat penat, kerja di pagi hari, hanya pulang ke rumah jam 4 pagi semalaman menjadi kelawar di kota Shah Alam dan Klang, hingga membuatkan aku lewat ke kerja pada pagi Ahad yang bermandikan hujan, membuatkan aku bangkit lewat dan bertolak ke pejabat dengan tersenyum keseorangan semasa memandu tanpa mengetahui bahawa hari itu akan dibambu di dalam meeting room..Malamnya pulang kerja aku tertidur di sofa jam 9 malam dan bangun semula hampir 9 pagi esoknya di sofa yang sama dan sekali lagi aku lewat ke kerja..Damn best gila dapat pegi kerja lambat..sekali sekala..Peduli apa aku dah keje macam manusia sekarang..
One of unforgettable small gathering ever..Boleh tahan release stress aku..Sedikit sebanyak membantu aku lupakan hal kerja yang benar-benar fatap wal al-fatap..Harap dapat buat camni lagi..Mungkin bulan 12 nanti jika diizinkan..Labu, aku akan datang..
Wednesday, July 22, 2009
Dari Suram ke Ceria
Hari ni aku masuk shift asal aku, itupun sebab partner aku cuti jadi kena cover dia. Seperti biasa, muka masih monyok memikirkan masa depan dan seorang teman a.k.a. makcik di tempat baru memang perasan aku sedikit 'down' semenjak berpindah. Tapi, apa orang peduli. Lantaq pi laa..
Balik kerja, bekas operator dan technician ajak berpesta makan durian di Melewati, tapi kedatangan aku lewat. Tapi aku tak hirau lantas terus sebat 2 bijik. Damn nice..Hmmm aku jadi ceria dan sungguh tenang bila bersama mereka. Berborak kosong, melihat kehadapan, dan sakat menyakat. Shit, mereka best. hmmm aku rasa aku ni sentimental sungguh pulak dah. kah kah kah
Sebelum balik, seorang teman buat surprise kat aku, dia bagi sebuah gitar kapuk datangnya dari Bandung atau aku nak jugak panggil ia adalah sebuah gitar akustik...hahahaha gile terkezut aku!!mangaihh..Bikin aku sungguh bahagia dan kaget terkezut disebabkan aku memang nak beli sebijik masuk gaji nanti..Macam tau-tau je Li??? hahaha dan sekarang aku sudah punya teman di bilik untuk digomol.. lalalalala~~~~
Thank You Fadzli dan isteri yang sweet!!! (^_^)
Sesiapa ada cadangan nama untuk gitar ni??

Mona Fendi @ Dukun
Cite Mona Fendi dah lama difilemkan. Aku pernah tengok video ni 3 tahun lepas tapi tak tau la yang ni update yang paling latest punya. Tak sure la Disember tahun ni ke atau 3 tahun lepas punya cite..Finas tak bagi tayang sebab keluarga si Dukun tak bagi..Kalu sesiapa dapat copy filem ni dan dilanunkan, pasti aku beli dan pasti kaya si lanun tu..kompem laku gila lah..
Kalau nak tengok bekas rumah si dukun, datang la ke area rumah aku, Taman Berjaya di Kayu Hijau @ Greenwood..Sampai sekarang tak siapa berani beli..Masa aku tak tau rumah tu rumah si dukun, tergerak hati jugak nak beli rumah tu sebab bertahun-tahun kosong..Tapi bila dah tau, hmmmm kecut teloq..no wonder la tak siapa mau..tapi rumah tu jadi port gak, pencuri besi punggah barang, tempat pemotong rumput dok tido, tempat mencucuk jarum kat lengan, tempat anak-anak muda lukis graffiti, dan juga tempat parti politik pacak bendera masa musim pilihanraya..
Terima kasih kepada Baldi Merah sebab refresh aku dgn entry dia bertajuk Dukun = Mona Fendi
Labels:
Ceritera Negara,
Hiburan,
Steady Rock Action,
Video Muzik
Tuesday, July 21, 2009
Manchester United Asia Tour @ Malaysia
Musim ni, aku jangkakan pasukan syaitan merah akan kembali ke taktik tradisional mereka 4-4-2..Michael Owen akan memainkan peranan sebagai seorang typical striker dan juga Valencia dan Nani flying down the wing yang dipuja-puja oleh hardcore fans syaitan merah..Ya, siapa berani bangkang dengan aku yang hardcore fans tak suka typical striker dan winger di Old Trafford? Itulah yang dirindukan oleh hardcore ini..Itupun jika Sir Alex tak takut kehilangan Berba yang cool habis tu habis season nanti macam Tevez..
Owen sudah menjadi seperti instant hero. Aku sangat teruja bila melihat dia beraksi dalam dua perlawanan yang lepas. Sentuhan kemas, finishing masih lagi berbisa dan dia tahu kemana dia perlu berlari, itulah typical striker yang disukai..
Thank you Syaitan Merah kerana singgah di Malaysia dan, you rock my weekend!!
Tak lupa juga kepada Encik Lumix yang boleh zoom jauh gila tak ingat..You make me smile bro!!
Shit, tak boleh lupakan game tadi..Owen, I'm in love..
Thursday, July 16, 2009
Sarang Cicak
Ini cubicle baru aku di area baru. Aku kena transfer area walaupun semua orang di tempat kerja tahu yang aku sangat sayangkan tempat lama aku dan lebih menyakitkan, aku kena tukar shift lain. Apa yang aku boleh rasa sekarang, hari-hari aku tak berapa seronok dan ini memang aku jangkakan. Semuanya telah berubah. Hanya satu je yang tak berubah, sarang cicak tetap sama seperti dulu. Lihat saja gambar di atas. Budak-budak ofis panggil ini sarang cicak, sebab meja berselerak macam bangsat. Saja nak share gambar di atas yang menunjukkan aku sangat sibuk bekerja.
Wednesday, July 15, 2009
Principle of Life
You are wrong if you think that the joy of life comes principally from the joy of human relationships. God's place is all around us, it is in everything and in anything we can experience. People just need to change the way they look at things.
Sunday, July 12, 2009
Suram ***Pembetulan Penulis Sajak Hebat***
Campakkan jauh jantung berat ini
Di langit pekat berbintang suram
Senandung rindu di bibir yang dipendam
Sudahku pujuk rindu ini utk pergi
Aku layangnya di angin kencang
Di langit pekat berbintang suram
Yang terbang jauh takku harap pulang
- Azyla Melor Ibrahim
Di langit pekat berbintang suram
Senandung rindu di bibir yang dipendam
Sudahku pujuk rindu ini utk pergi
Aku layangnya di angin kencang
Di langit pekat berbintang suram
Yang terbang jauh takku harap pulang
- Azyla Melor Ibrahim
Friday, July 10, 2009
Perkara Pelik Yang Disukai Sekelumit Manusia
1 - Potong kuku ibu jari dan hidu bau kuku..Pendapat mengatakan lagi stim kalau kuku tu biar panjang dulu baru potong sebab bau dia lagi nikmat..
2 - Zaman sekolah dulu masa antara Maghrib dan Isyak duduk dalam surau. Jadi ramai la akan berbaring-baring dan pantang kalau ada yang baring kat riba sorang laki ni, dia akan lantas memicit semua jerawat yang ada di muka..Itu hobi si lelaki itu..Mengikut pendapat dia suka dengar bunyi ' pop'..
3 - Zaman USM dulu kalau berseparuh bogel dalam bilik, sesiapa yang meniarap di sebelah seorang laki ni, belakang badan dia akan bersih dari segala jerawat nasi yang ada atau segala biji-biji yang boleh dikikis dengan jari..Tapi syok gak la sebab ada orang dapat bersihkan badan kita dan orang yang suka itu adalah aku sendiri..Boleh kata nikmat syurga di dunia gak la..
4 - Calit tahi hidung kat dalam jamban lelaki..Sengal!!tandas perempuan ada jugak ke??
5 - Membulatkan taik hidung tu dan letak komen diatasnya, "Babi, calit taik hidung!!" Sengal!!!lelaki pelik sanggup letak komen kat taik hidung..
Dalam banyak-banyak perkara diatas ni, yang nombor 6 dibawah ni aku baru dengar dan aku rasa sangat menghiburkan, tak pernah aku dengar;
6 - Sengaja pergi pijak duri dan biarkan tertanam kat tapak kaki..Nanti ada orang akan keluarkan duri tu (korek duri ni adalah salah satu hobi jugak)..Mengikut pengalaman laki tu, perasaan bila orang tu korek duri dari kaki tu, sangat sangat sangat nikmat sampaikan terasa macam duri tu ada lagi tertanam, padahal dah cabut dah pun..Mungkin sekelumit manusia mengatakan, ini salah satu nikmat syurga di dunia juga..
Selamat mencuba untuk perkara pelik yang disukai yang ke-6 diatas...Jadilah diantara sekelumit manusia itu..
Nota kaki: Penulis tidak bersangkut paut dengan mana-mana pengalaman diatas kecuali perkara nombor 2 dan 3 dimana penulis sekadar menjadi pelanggan pembuat perkara itu..

Wednesday, July 8, 2009
Between The Two Roads
Bila masuk kerja awal2 dulu, masuk office je orang wish "Welcome to Hell"..
Kali ni masuk lagi Hell lapisan ke berapa aku pun tak tau..
Antara dua jalan, aku tak tau nak pilih mana..
Satu jalan tu aku pilih pun akan ada road block kat depan dan tak kan dibenarkan lalu langsung..
Satu lagi jalan aku boleh lalu tanpa halangan tapi jalan ni aku tak suka sebab jalan yang menuju ke Hell..
Maknanya aku tiada jalan yang menyenangkan sekarang..
Aku kena tunggu cabang jalan kat depan jalan menuju ke Hell yang mendamaikan..
Nantikan..
Tekanan aku...

Tuesday, July 7, 2009
Eksplorasi Alam Misteri @ SRI Al-Huda
Hari minggu lepas kelab Double G buat rumah hantu bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Huda, Sungai Pusu, Gombak. Ini aktiviti tahunan kami la, kiranya. Memang tiap-tiap tahun, aktiviti nie lah yang ditunggu-tunggu. Kami ni kira dah jadi regular customer sekolah ni tiap-tiap tahun dan tahun ni adalah tahun ketiga berturu-turut kami kembali ke sekolah ni...Budak-budak pun ada yang masih kenal dengan kami..Kiranya memang dah jadi selebriti la kitorg kat sekolah ni..kah kah kah..
Syok jugak dapat buat rumah hantu..Benda yang paling best dan puas hati, bila ada budak yang menangis bila keluar dari rumah hantu..perghhh...tahap kepuasan tu memang tak tau nak cakap apa..Terasa bersemangat je nak pekena budak-budak lagi..hahaha..Harap-harap kitorg dapat lagi kontrak utk tahun depan..Insyaallah sesiapa yang duduk berdekatan Gombak, tunggu kami di Sekolah Rendah Gombak Utara, Jalan Gombak tidak lama lagi...
Jangan Pandang Tepi~~
Sebelum masuk kena baca doa~~
Let's put a smile on that face~~
Budak-budak berebut nak masuk~~
Salah seorang mangsa ketakutan~~
Dan ini~~
Dan ini lagi..terbeliak mata~~
Kepenatan..Baru lepas keje pagi tu terus jadi hantu~~
Ohoooo~~
Ini habuannya~~
Peminat-peminat selepas tamat pengembaraan~~
Ini kami, Double G~~
Ahli Double G adalah:
*Kieng Meng *Daniel Hakimie *Al-Bukhari
*Azharuddin *Preng *Ershad Khaleq
*Naim *Adib *Adrian Novy
*Pa'a *Opai *Jijat
Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapat khidmat rumah hantu, sudi-sudilah apa kiranya dapat menghubungi kami..Senang-senang hubungi aku disini je atau ditalian 012-2626632..
Puas!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)