Tuesday, March 30, 2010

Nota 6

***

Cuba fikirkan perniagaan apa:

1 - Tidak melibatkan kuasa politik;

2 - Tidak ada kekangan daripada individu atau organisasi lain;

3 - Tidak perlu menyogok dan mengampu individu lain;

4 - Bebas berbuat apa sahaja.


Spesifik di Malaysia..Tak banyak, bukan?

***

Thursday, March 25, 2010

Coming Soon: Magika

***

Filem arahan Edry KRU, Magika akan datang tak lama lagi..

Kalau nak ikut trailer, sangat menarik untuk ditonton..filem musikal pertama di Malaysia, tapi bukan macam filem ala Boria Razak Mohaideen okay..

Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang, Badang, Orang Minyak, Penunggu Tasik Chini, Pak Pandir, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pahlawan Melaka antara watak-watak dalam filem ni..

Tapi aku tak tau bile release date...ada sesape tau??

Moh pakat gi nonton..


psst..psst..: Agak-agak macam filem-filem musikal Tim Burton tak?





***

Wednesday, March 24, 2010

Kalau Nak Tahu: Lagu Terpendek Di Dunia

***

Napalm Death adalah band grindcore datangnya dari UK dan band otai dalam arena musik..

Grindcore ni payah sikit nak layan, bagi aku lah..hanya orang yang punya jiwa unik saja yang mampu telan musik jenisan ini..tapi ada beberapa lagu yang aku agak suka..lagu jenisan ni semuanya pendek-pendek, 3 minit tu pun dah kira panjang bagi diorang..lagu berentak laju nak mampus, sebab tu semua pendek-pendek..nanti pancit..haha aku rasa lah..

Kalau nak tahu, Napalm Death pemegang rekod Guinness World Record untuk lagu terpendek di dunia menerusi lagu You Suffer. Untuk lebih tepat, panjang lagunya hanya 1.316 saat!! Sila cek musik video di bawah..

Aku agak bangga sebab dapat tengok diorang main lagu terpendek ini secara langsung waktu world tour di KL tahun 2007 kalau tak silap..




Liriknya, You suffer..but why?


Lepas dengar lagu, cuba ulang apa yang dia sebut tu..
Agak-agak boleh sebut laju-laju macam dia tak?

***

Sunday, March 21, 2010

Air Langit

***

Hujan..


Hujan itu rahmat...

Cerita dongeng kata tuhan sedang menangis..

Itu dongeng..


Musim kemarau manusia nantikan hujan..macam2 org buat utk minta hujan..
Ada manusia upah bomoh hujan..bagi duit pengeras sikit..

Dulu aku pernah tengok orang Arab Mekah di Masjid al-Haram buat sembahyang hajat lepas Zohor..
Lepas habis baca doa terus hujan turun..hebat kan? Terus tukang bersih beramai-ramai ambil kesempatan cuci lantai..siap sliding tak hingat..sangat style..



Ramai yang suka hujan turun..paling suka orang pempuan..sambil duduk tepi tingkap tengok ke luar..bajet macam drama lah..

Zaman kemarau orang suka hujan..orang sungai gembira air sungai naik..

Jabatan sumber air atau apa saja namanya tunggu paras tangki air naik...

Orang bomba suka hujan turun time hutan terbakar..

Orang yang tak bayar bil air suka hujan, boleh lagi mandi free..

Tapi majoriti rakyat Malaysia sangat tak suka hujan..

Hujan turun Astro terus jadi macam gampang...lagi-lagi kalau macam skrg tgh live game man utd vs liverpool..


Memang celaka...


Bukan nak salahkan tuhan..



Salahkan manusia yang reka teknologi guna satelit..


Bodoh juga manusia sebenarnya...

***

Friday, March 19, 2010

Nota 5

***

Sampai bila???



***

Friday, March 12, 2010

Heads Up! Student Power Public Lecture

***

Hey guys, Fahmi Reza is back..

Fahmi Reza's public lecture called as Student Power - Sejarah Kebangkitan Mahasiswa Universiti Malaya '60an is coming to town...


Go to the links below for more details...

Student Power

Click here to see event created in Facebook








***

Sunday, March 7, 2010

Yang Mana Satu

***

Pilihan 1

- Gitar Epiphone Les Paul Special II

- Digitech guitar effect

- Peavey 30 watt guitar amplifier

Jumlah: RM2500


Piilihan 2

- Mesin basuh pintu depan

- Almari pakaian

- Set sofa 3+2+1

- Set meja makan

- TV LCD 32"

- Peti Sejuk

Jumlah: RM7500






Sangat pening...

***

Friday, March 5, 2010

Petua Berjaya Mengarang Esei Bahasa Inggeris

***

Bagi yang punya anak atau sedang belajar, di sekolah rendah atau sekolah menengah mahupun di peringkat kolej dan universiti, sila tumpukan perhatian..

Aku dan rakan-rakan sekepala kebanyakannya dimasukkan ke dalam satu kelas Bahasa Inggeris yang dipecahkan kepada 6 set, dan set six adalah kelas tercorot untuk kelas BI. Untuk makluman, ya, kami di Set 6..

Selalunya, kami di set 6 dapat keputusan yang sangat baik untuk kertas 2 BI iaitu Esei BI..



Ini petuanya...




Semasa aku di sekolah menengah di Labu, aku dan rakan-rakan memang cukup ghairah dengan lagu-lagu Brit Pop, Punk dan Skin, selain dari muzik Grunge. Pada zaman pertengahan dan penghujung 90-an, Greenday, Radiohead, The Smiths, The Clash, Oasis dan Offspring menjadi pujaan kami selain dari band underground tempatan seperti A.C.A.B., Butterfingers dan Carburetor Dung.

Kebanyakan lagu-lagu aliran ini menghimpunkan koleksi lirik-lirik yang sangat puitis, bukan sembarangan lirik lagu ditulis..

Aku paling suka mendengar lagu Greenday..Bagi aku bait-bait Greenday sangatlah berbunga jika dihalusi, bukan sekadar band punk yang menyumpah seranah orang.. Jika tidak percaya, cuba dengar balik album Kerplunk, Dookie, Insomniac, Nimrod..

Semasa menulis esei, cuba masukkan sebanyak mungkin bait-bait lagu dari mana-mana lagu yang bersesuaian dengan tajuk esei..Kami berjaya kerana ini..Sebelum buat esei, kami akan dengar lagu-lagu ni di asrama sambil membaca lirik, buku teks ditolak ketepi..Inilah sumber rujukan kami yang sebenar..

Kebanyakan bait-bait yang kami masukkan selalunya diambil daripada lagu-lagu Greenday kerana liriknya yang sangat sesuai dengan apa jua bentuk esei..Selain itu, bait lagu Butterfingers atau Blink 182 juga diselitkan sedikit..Ada juga segelintir rakan dan aku sendiri mengguna pakai lirik-lirik dari band heavy dan death metal..Dikalangan aliran muzik Rock, Metal sangatlah berpuitis liriknya kerana kebanyakan mereka menceritakan hikayat atau kisah dongeng, dan semestinya menggunakan perkataan-perkataan yang berbunga dan yang pasti, klasik.

Contoh 1: Dari lagu Walking Contradiction, Greenday
(paling popular dikalangan kami untuk diselitkan ke dalam esei)

Do as I say not as I do because
The shit's so deep you can't run away
I beg to differ on the contrary
I agree with every word that you say
Talk is cheap and lies are expensive
My wallet's fat and so is my head
Hit and run and then I'll hit you again
I'm a smart ass but I'm playing dumb

Standards set and broken all the time
Control the chaos behind a gun
Call it as I see it even if
I was born deaf, blind and dumb
Losers winning big on the lottery
Rehab rejects still sniffing glue
Constant refutation with myself
I'm a victim of a catch 22

I have no belief
But I believe
I'm a walking contradiction
And I ain't got no right

Do as I say not as I do because
The shit's so deep you can't run away
I beg to differ on the contrary
I agree with every word that you say
Talk is cheap and lies are expensive
My wallet's fat and so is my head
Hit and run and then I'll hit you again
I'm a smart ass but I'm playing dumb

I have no belief
But I believe
I'm a walking contradiction
And I ain't got no right

I have no belief
But I believe
I'm a walking contradiction
And I ain't got no right

Contoh 2: dari lagu Good Riddance, Greenday.
(Hampir semua bait lirik ini boleh diselitkan dalam semua bentuk esei)

Another turning point, a fork stuck in the road
Time grabs you by the wrist, directs you where to go
So make the best of this test, and don't ask why
It's not a question, but a lesson learned in time

It's something unpredictable, but in the end it's right.
I hope you had the time of your life.

So take the photographs, and still frames in your mind
Hang it on a shelf in good health and good time
Tattoos of memories and dead skin on trial
For what it's worth it was worth all the while

It's something unpredictable, but in the end it's right.
I hope you had the time of your life.



Jika terdapat bait yang agak susah untuk diselitkan, cuba untuk pusingkan bait itu atau ubah bait itu bersesuaian dengan ayat...

Bagi mereka yang rasa average, lirik-lirik lagu memang banyak membantu menguasai bahasa..Tapi kena ingat satu peraturan, jangan dengar lagu Hip Hop, sangat-sangat rosak bahasanya..Tahu bukan?

Well, don't believe it? Well, you won't know if you don't try it first..

Seriously, ia juga menyeronokkan!! Selamat Mencuba!!

***