Thursday, October 28, 2010

Saturday, October 23, 2010

Nota 14

***

If somebody out there who is a great person; kind hearted, a protector, lovable kind of person, cherish the humanity;

...He or she won't be cherished and paraded by people and never will be because...

...The world is full of unintelligent;

...Uneducated but instructed;

.......Manipulated and weak persons who are incapable of being individuals.


These persons don't live,


...They exist;

...They don't think, they imitate...

...In a very real way, these people aren't even alive...


***

Thursday, October 21, 2010

Kisah Hidup

***

Kisah hidup kita bukanlah tentang kisah hidup kita semata-mata..

Ia bukan tentang kita tetapi tentang mereka yang di sekeliling kita..

Tuhan jadikan manusia untuk berinteraksi dengan makhluk di sekeliling..

Kita milik Tuhan..Jadi kita dijadikan untuk menghambakan diri kepadaNya..

Perhambaan memerlukan keseimbangan hidup dengan mereka disekeliling..

Penting diri adalah diluar keseimbangan..

Memikirkan mereka disekeliling adalah tanggungjawab..

Maka akan diberikan kemudahan dan kesenangan yang tidak tercapai akal..

Kerana, kesenangan itu sukar untuk kita fikirkan dari mana datangnya jika dirasai..

Ia datang kerana mereka disekeliling yang mendoakan kesenangan kita..

Setiap kata-kata mereka yang senang dan gembira yang datang dari kita adalah doa..

Dan sekarang, cuba fikir mengapa kesenangan itu kadang-kadang datang bergolek dan sukar diterjemah?

Dan kerana itu, ini bukan kisah kita untuk dikisahkan..

***

Monday, October 18, 2010

Update: Amaryllis

***

Inilah kedai saya..Jemputlah datang selalu ^_^


***

Sunday, October 17, 2010

Nota 13

***

Changing..
Better to turn and walk away..


Kadang-kadang, bila kita membuat keputusan, ia datang dengan pengorbanan..

Bulan Oktober genap 3 tahun aku di kilang kicap sejak status di tukar ke permanent..Sepanjang tiga tahun ni ada 2 milestone yang aku nak share..

Pertama

# Genap 2 tahun pada bulan Julai semenjak aku jejak di kilang kicap, aku kena transfer ke tempat baru..Decision dibuat oleh bos yang aku pada mulanya bantah..Aku sayang tempat lama lebih dari apa yang aku ada kat kilang..Kawan-kawan dalam shift sangat rapat..MC pun boleh beramai-ramai sampai orang kata ada pakatan menjatuhkan management..pk2 balik, cool gila walaupun kebetulan semua memang sakit time tu..

Kedua

# Genap 3 tahun pada bulan Oktober semenjak status ditukar ke permanent, aku menjadi manusia normal kerja normal workdays..Cuma kali ini, bos yang offer dulu..

**

Aku sangat liat nak bangun semayang time siang kalau time aku keje malam..Ibu akan kejut aku setiap kali masuk waktu..Setiap kali itulah ibu akan membebel-bebel aku ni tak macam orang..

Awal tahun dulu, mungkin sebab ibu tak tahan sangat, dia menangis lepas bebel2 kejut aku..Time tu nyawa2 ikan nak abeh Zohor..

Gosh...

Aku tak boleh tengok ibu menangis..Aku terus sedar..Then pergi keje malam tu, buatkan aku fikir.."Ya Tuhan, kalau benar Engkau berikan aku peluang untuk berubah, berikan aku tanda-tandanya"..

Sejak dari tu, aku nak sangat keje normal tak ikut shift..Badan dah tak segar macam dulu..Aku ni familyman..Family selalu kena tolak tepi..Member kawin bape ramai aku miss..Hidup macam ni sangat sucks..Seriously, it sucks..Dah agak lama aku dapat peluang masuk keje normal, tapi mungkin masa tak sesuai lagi masa tu, so byk kali aku decline..

**

Minggu lepas minggu yang agak pelik..Macam-macam benda jadi..Kedai kena buatan orang..Dapat offer naik pangkat dengan kenaikan gaji lumayan..Pada masa sama, benda yang aku inginkan datang bergolek..Aku dapat offer masuk keje normal..Cuma benda yang agak peningkan aku adalah gaji..Kalau aku walk out dari shift, aku akan hilang lebih kurang RM900 sebulan..So, aku dalam persimpangan jalan, naik gaji atau potong gaji..

Akhirnya, aku pilih jalan untuk pergi ke normal..Aku rasa ramai yang akan cakap aku bodoh sebab aku pilih yang potong gaji..

Milestone yang pertama, aku dah korbankan kawan-kawan untuk kena transfer..Tuhan saja yang tahu camne aku rasa time tu..

Sekarang, aku korbankan kawan dan duit..Aku sedar, kali ni aku punya decision bagi impak yang agak besar dalam hidup aku..

Bila fikir balik, aku teringat kata seorang kawan.."Bila kita nakkan sesuatu sesungguh hati, Tuhan akan permudahkan"..Dan aku teringat apa yang aku cakap dengan Tuhan awal tahun tu..Mungkin ini lah tandanya..


I thought it won't be this hard..

Forgive me my dear friend..

***

Monday, October 11, 2010

Nota 12

***


Shit..


Caught in between..







***

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 8, 2010

Nota 11

***

Malam ini sahaja, dalam perjalanan pulang ke rumah dari jam 1 pagi hingga 1.30 pagi, ada 5 accident berlainan sepanjang 5km di MRR2 daripada Taman Melawati hingga ke exit Jalan Gombak..Semuanya stok kete berpusing atau terbalik..Dan setiap accident tadi ada penarik kereta muncul dengan tiba-tiba..Mengalahkan polis..Aku pun tadi hampir acident dengan anjing yang entah dari mana tiba-tiba muncul kat tengah jalan..Scary..jelmaan mungkin..


Moral of the story...


Bagi semua penghuni bandaraya, sila pulang ke rumah sebelum tengah malam..Penarik kereta gemar berkeliaran di tengah malam dan mencari projek repair kereta..Kebanyakan kemalangan di tengah malam berlaku kerana telah dirancang..Sila ambil serius..

***

Tuesday, October 5, 2010

Bos dan Anjing

***
Ya, aku setuju kalau orang kata orang macam kita kerja makan gaji ni keje macam anjing..
Jadi orang suruhan..

Ada kebenarannya juga..Sebab, ye lah, takkan la nak melawan plak..Naya kita..gaji takkan naik-naik..

Tapi aku cukup tak bole terima kalau orang bagi alasan untuk benti kerja sebab kita dipergunakan oleh bos atau management..Ya, aku selalu kena remark ni kat kilang kicap aku sebab diorang nampak macam aku dipergunakan..

Hei, come on..Aku nak tanya, keje apa yang kau rasa kita tak dipergunakan?

Selagi kita kerja di bawah orang, selagi tu la kita memang dipergunakan..Orang macam ni, tidak berpijak di bumi yang nyata..Pusing-pusing company lain pun, banyak mana tempat kau pergi pun kau tetap dipergunakan..Itulah hukum kapitalis..

Kecuali bukak bisnes..Baru korang tau apa itu hukum kapitalis..saling mempergunakan..

Ngok..

***