Monday, December 20, 2010

Kabel Elektrik

***

Baru sudah tengok video Lim Guan Eng dalam YouTube pasal jumlah kontrak yg dilulus oleh Penang untuk kontraktor Melayu..

Rumusan yang boleh dibuat, emmm orang melayu selalunya mengharapkan ada kabel-kabel politik untuk dapatkan kerja atau business..Selalunya yang meminta-minta ni tak lah kemana sangat..sebab 50 tahun kita dipupuk supaya mencari kabel..

So bila Penang buat tender terbuka, kebanyakan kontraktor melayu tak dapat..99% yang dapat tu pun Melayu jugak..tapi yang memang boleh buat kerja la..(kalau Guan Eng & kerajaan Pakatan cakap betul la kan)..Cuba teka siapa yang yang tak dapat dan bising sangat tak dapat tu?..tau kan?

Secara peribadi aku percaya 80%..Kenapa? hmmm ko orang Malaysia, tak kan tak faham budaya kita, kan? =)

Alhamdulillah, semenjak aku and partners buat business, kitorang berjaya tolak sekali cobaan dan godaan kabel-kabel penghisap darah..sape-sape faham maksud aku, korang memang peka dengan budaya Malaysia..Moga dihindarkan.. =)

***

Thursday, December 2, 2010

Malu

***

Manusia akhir zaman masa ini terlalu taksub dengan alam maya..

Sifat malu hilang habis..

Mereka terlalu ke arah menceritakan segala-gala pada orang yang tak dikenali, tak pernah tengok batang hidung, hati budi pun tak tau, perangai baik ke buruk..Tak kira kat facebook, blog atau..forum pun ada..

Sifat malu dekat diri sendiri habis hangus..

Yang dah laki bini, dok cite pasal cite dalam kelambu..cite buruk pasal laki / bini..

Yang tengah bercinta, cite buruk pasal bf / gf dia..

Yang lagi teruk, cite keburukan diri sendiri..taksub sangat dengan gaya hidup buruk pak barat..kalau ye pun, yang buruk2 tu tok sah gi gendang satu kampung..

Secara langsung malukan orang nak diperkatakan..

Secara tak langsung, bodohkan diri sendiri..tak sedar diri memalukan diri sendiri..

Yang ada buat benda2 camtu, korang sungguh sesat..

Manusia ke haiwan buat benda camtu?

Akhir kalam, korang bodoh (kepada orang yang tertentu sahaja, yang tak buat, kudos utk korang)

***