Friday, February 27, 2009

Selamat membayar tol

Apalah nasib orang-orang Utara dan Selatan. Buat naya diorang je.
Lepas ni tol highway Utara-Selatan naik 68 sen setiap kilometer. Baca elok-elok ya, 68 sen setiap kilometer. Kalau KL-Penang, seingat aku la ye, pergi saje dah RM40++. Betul tak orang Penang?? Lebey kurang la ye.. Kalu return, dah lebih RM80++. Skrg ni naik lebih 50%, jadi darab la dua, maknanya dalam RM170 lebey kurang dan +++++++. Hoho..betul ke rumusan aku neh??

Apa pun,

Tu la, kutuk la Kelantan lagi. Hidup aman tanpa tol.......la la la la la la la la l a~~~~

Hidup Tok Guru!!!

Wednesday, February 25, 2009

Dalam Senyum ada duka

Baris lagu untuk hari ini:

"Senyak sedu sunyi sepi"

Itu saja...

Terima kasih..

Dalam mood berduka lara....

Maaf, entry kali ini agak tak keruan sikit..kah kah kah

Tuesday, February 24, 2009

Ashabul Kahfi

Semalam aku tidur hampir 18 jam..tak masuk akal bila aku fikir balik...hehe
Aku ingat nak apply malaysia book of record...ada sape2 nak celen?

Monday, February 23, 2009

Istidraj

Aku tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh seorang kawan semasa sama-sama belajar di Kurniawan College (Matrik KPM). Saja nak share dengan pembaca-pembaca yang sudi mengunjungi blog aku yang seberapa ini. Moga-moga ia dapat beri kesedaran dan peringatan yang berguna kepada semua dan aku juga. Insyaallah. Terima kasih kepada saudara Mail.

Minggu lepas, kawan seofis tanya "Kenapa kadang kala kita lihat
seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So,saya jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd
seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan.

Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.

Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih
dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa
sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.
Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara
Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah
memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk
membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia
akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala
keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya
tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur
nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Ayat daripada Kieng: Keluarkanlah zakat walaupun sedikit. Janganlah kita tunggu Ramadhan datang barulah kita nak bayar zakat fitrah. Itupun sebab wajib dibayar, kalau tak, mungkin tak ramai yang nak bayar kot? Zakat pendapatan haruslah kita bayar, kerana dengan cara itu dapat menghindari kita daripada sifat-sifat takabbur dan riak dan juga menjadi orang yang lupa daratan. Itu juga berkaitan dengan niat kita, bak kata pepatah, Bersedekahlah seperti tangan kanan yang menderma sehinggakan tangan kiri tidak tahu apa-apa (betul ke ayat tu eh? lebih kurang la ye). Insyaallah.

Tuesday, February 17, 2009

Mencari 'penyelamat' ekonomi

Aku agak suffer juga dengan karenah recession. Oleh kerana majikan aku datangnya dari Dallas, pekerja-pekerjanya turut terasa dengan tempiasnya. Sakit, memang sakit. Tapi syukur jugak, masih lagi stabil. Aku masih mampu berdiri.

Di awal 80-an dulu, Amerika pernah mengalami kemelesetan ekonomi. Pada masa itu ahli-ahli kapitalis cuba mencari jalan bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah ini. Paling ketara adalah bapak-bapak kilang, ibu-ibu syarikat insurans, dan datuk-datuk tuan tanah..Bagaimana mereka dapat meningkatkan hasil jualan dan mendapatkan keuntungan dalam tempoh masa yang lembap itu. Pelbagai formula dikeluarkan, R&D ditingkatkan dan bermacam-macam produk baru dihasilkan..tapi..hampa...semuanya tidak menjadi...

Tapi hanya ada satu produk yang berjaya keluar dengan bergaya..

Bill Gates dengan syarikat beliau iaitu Microsoft telah mengeluarkan Microsoft's Windows pada tahun 1985 (tak silap aku lah). Jualannya?? BOOOOMMM!!! gilas babis kan??? Semua orang pun tahu bagaimana Windows telah mengubah lanskap dunia ini sepenuhnya. Kita pun sudah tahu betapa kayanya beliau. Dan, produk inilah yang telah menyelamatkan kegawatan ekonomi US dan dunia secara total pada masa itu.

Pada masa ini, R&D sedang giat dijalankan dan dilipat gandakan. Semua bapak-bapak berlumba-lumba untuk mencari produk atau formula yang mampu menjadi penyelemat dunia dan orang yang berjaya menemuinya, sudah tentu akan menjadi kaya raya.

Tidak banyak produk baru yang berjaya setakat ini. Net book, i-Phone..semuanya hampeh..

Mungkinkah imej hologram ciptaan George Lucas dalam Star Wars mampu menjadi penyelamat? Aku rasa alat holographic itu sangat coooool...

Apa dalam fikiran anda?


Thursday, February 12, 2009

Domino's Pizza UK buka cawangan pizza halal pertama

Antara kerja-kerja Sosial Responsibility yang terbaik pernah aku dengar, walaupun ianya sebahagian daripada strategi pemasaran untuk mendapatkan keuntungan lebih.

TAKEAWAY giant Domino's has pizza-ed off customers by taking pork off the menu and serving only HALAL meat.

The group have opened the first halal-only pizza store in the country, catering to the needs of Muslim customers in the mixed race area of Hall Green, Birmingham.

The controversial menu change means Brummie pizza lovers hoping to tuck into classic pizzas like a Hawaiian with ham and pineapple will be disappointed.

Instead, they will have to travel over two miles to the next closest Domino's branch, something which has angered some non-Muslim customers who say they are being discriminated against.

Angry

One disgruntled punter Chris Yates, 29, a hospital worker living in Moseley said he was told he couldn't have a "Meteor" pizza, topped with pepperoni, sausage, meatballs, ground beef and smoky bacon, when he called up at the weekend.

"It's a disgrace, I can appreciate them having it as an option but to have it completely halal is just not on."

Halal items on the menu include halal spicy beef sausage, roast and tandoori chicken, halal pepperoni and halal cured turkey – all produced and stored within the Halal Food Authorities guidelines.

A spokesman for Domino's, who recently announced profits were up 33 per cent, said: "In that particular area of Birmingham there are a large number of Muslims so there is naturally more of a demand for halal based products.

"We appreciate we cannot please everybody but there are alternatives, such as turkey ham, and we have thought long and hard about this decision and we are sure it is the right one."


Petikan artikel diambil daripada The Sun UK

Wednesday, February 11, 2009

Jangan Sesekali Derhaka dengan Perintah Pemerintah

Aku pelik..
Seorang ahli agama cakap jangan kita sesekali derhaka dengan pemerintah walau apapun yang dibuat kerana dia seorang PEMERINTAH..
Tidakkah kita diajar supaya tidak mengikut perintah yang dilakukan oleh pemerintah yang tidak adil, kejam, dan tidak amanah???Aku bukan ahli agama, maka aku tidak berani mengeluarkan hukum...common sense, tidak salah bukan jika kita derhaka kerana itu?

Saturday, February 7, 2009

The Story of Our Lives

As i lay dying
My heart beating so fast
The wound seems won’t heal
The gold diggers doubling their effort
Too much too soon
The wealth makes them blind

What’s going on with this world
We were the scapegoat
We were ****ed by them
They possessed us
What should we do
Fighting until the last man standing???…
Arrghhhhhhhhhhh!!!! s***!!!

Seems like the lightning strike against us
It will bury us from the inside
Like a flock of crows eating us alive
We just stand aside like a crazy b****
We wont give a damn to anybody around us
We are the s***!!!

This is the story of our lives
The moments will forever faded
A new chapter will begins
And it goes around and around
Just like the same old-new story
Those ****ing lads will still be around us
Until…
Death do us apart

We shall arise
We shall arise
We shall arise!!!!
United we stand
Let's make a different
The heaven is above us
Flying like a free bird, we will..
****ing capitalism!!!
Burn!!! Burn!!! Burn!!!
Burn!!! Burn!!! Burn!!!

Wednesday, February 4, 2009

Macam Celaka

Lihat apa yang mereka lakukan
Macam Celaka!
Gila Kuasa
Macam Celaka!
Gila Talak
Macam Celaka!
Macam Celaka!!!

Apa yang mereka nak
Mak bapak
Anak cucu
Tak peduli
Lenjan saja
Macam Celaka!

Lihat apa yang mereka lakukan
Macam Celaka!
Gila Kuasa
Macam Celaka!
Gila Talak
Macam Celaka!
Macam Celaka!!!

Apa dimahukan
Pasti akan dapat
Gertak sana gertak sini
Wang dicampak-campak
Pelacur dicampak-campak
Macam Celaka!

Lihat apa yang mereka lakukan
Macam Celaka!
Gila Kuasa
Macam Celaka!
Gila Talak
Macam Celaka!
Macam Celaka!!!

Jangan jadi bengap
Jangan kau percaya lagi
Terangan lagi disuluh
Sudah nampak dibuat buta
Buta bawa ke mati
Jiwa mati Tuhan lari
Mampus kau mampus semua
Macam Celaka!!! 3x

p/s: sesudah membaca Tukar Tiub dan MT sebab tak sempat nak tengok buletin utama

Tuesday, February 3, 2009

Steady, Rock, Action: Butterfingers - Mati Hidup Kembali

Video terbaru dari Butterfingers, Mati Hidup Kembali



Video 'the making of' Mati Hidup Kembali