Wednesday, September 24, 2008

Lailatul Qadar

Indah jika kita dapat menemui malam yang bersamaan dengan seribu malam ini. Alangkah indah jika kita dapat merasai kedatangan malam yang penuh barakah ini. Malam yang tiada hijab antara hamba kerdil dengan Tuhannya. Tiada penghalang antara mereka. Komunikasi secara terus dengan penciptanya.

Pulang ke rumah awal, kerana sudah lama tidak pulang berbuka dengan keluarga. Terasa suram jika satu hari tidak dapat berbuka bersama mereka. Mujurlah punya rakan-rakan yang memberikan suasana ceria dikala berduka.

Jam 3 pagi, ayah dan ibu mengejut kami sekeluarga seperti mahu runtuh rumah. Kejutan seperti terjadi kebakaran atau ribut yang melanda. Ayah mengatakan dia dapat merasai kedatangan Malam istimewa yang hanya muncul setahun sekali. Tidak putus-putus ayah menelefon orang-orang di kampung, berkongsi berita dengan nenek, pakcik dan makcik dan saudara mara yang lain. Aku masih lagi mamai, ingatkan sudah sampai waktu bersahur, lalu kucapai kain pelikat lantas terus ke dapur lalu duduk di meja makan. Tapi pelik, mengapa masih bergelap? Boleh tahan bengong aku ni. Haih..Ibu memanggil-manggil dan berkata, "Jangan lepaskan peluang, tak selalu boleh jumpa. Buat solat tahajud, dan berdoa meminta pengampunanNya."

Tergamam seketika. Jujur aku katakan, sudah lama aku tidak bangun ditengah malam untuk bermunajat semenjak tamat pengajian di SMAP Labu. Teruja seketika.

Indah....


Indah jika aku dapat merasai bagaimana rasanya menyambut kedatangan Lailatul Qadar seperti yang ayahku rasa. Tidak pernah terdetik dihati perasaan musykil dengan kata-kata ayah. Moga-moga usaha kami ini sampai terus ke HadratNya. Moga-moga kehadirannya adalah nyata pada malam itu. InsyaAllah.

6 comments:

Erna said...

so, kau tak dapat tengok la malam tu? bust suspensss jer..

Kieng Meng said...

bukan soal dpt tgk ke x..lailatul qadar bukan hanya bermaksud dpt tgk benda2 mcm pokok sujud ke apa..soalnya dapat berpeluang ke x bgn malam tu utk bermunajad..ngerti???

No Surprises said...

hamik kau MJ...padan muka....

Erna said...

eleh..kau bangun pun mak kau kejut, aku pun bole bangun kalu mak aku kejut. Kalau niat nak bermunajad, bangun sendiri!

Kieng Meng said...

x salah kalau orang lain kejutkan..
salah ke???berkongsi kebaikan..salah ke???

No Surprises said...

ape la kamu sume ni bergaduh pasal bende baik...

sepatutnye kite amik yang positif dari kisah nih...