Thursday, September 4, 2008

Kehebatan Hikmah Berpuasa

"Mana kita nak makan nie..isk3"

Itulah SMS pertama aku hantarkan kpd seorg rakan di tempat kerja setelah azan berkemundang sambil menelan dan menikmati kemanisan buah tamar yang diberikan seorang Operator (selepas ini akan ditulis dgn PO shj)..merasalah juga kemanisan dlm kepahitan..

Tahun ini adalah tahun ke-2 aku berpuasa di tempat kerja..bekerja di sebuah syarikat pengeluaran merupakan cabaran besar..aku masih mentah pada ketika itu..semuanya kata-kata rakan-rakan yang berpengalaman, aku pun makan bulat-bulat..dan, terbukti..memang benar..

Bekerja disini, perlukan pengorbanan yang tinggi; ego perlu dibuang; lakukan tugas seikhlas yang mungkin, supaya kita tidak cepat menjadi seorang yang 'loser'!!
Dan cabaran yang paling hebat adalah pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini..

Soalan: Apakah hikmah-hikmah berpuasa?

Jawapan: Salah satu hikmah berpuasa ialah kita berpeluang merasai pahit getir kehidupan seorang yang kurang bernasib baik dari segi kemampuan untuk mendapatkan sesuap nasi, tidak ada pendapatan atau yang daif (ringkasnya)..

Dengan berpuasalah baru kita dapat merasai bagaimana kehiudpan seorang yang daif, tidak berkemampuan untuk makan dan minum, bahkan ada yang terpaksa mengikat perut selama hampir 7 hari atau lebih...Bayangkan bagaimana jika dia sudah mempunyai keluarga, anak-anak kecil yang perlu diberi makan hari-hari..

Sayu....

Semalam adalah hari pertama dlm tahun ini aku berbuka di kilang..tersangat2 serabut..semasa dalam perjalanan, dah terpikir2, camne aku nak berbuka nie???

Kami diberikan tugas untuk menjaga PO2 semasa berbuka..aku diletakkan ditempat yang jauh dari kawasan jajahan..tak pe lah..terus ku ke sana..

Mereka diberikan masa selama 10 minit untuk berbuka, lantas terus masuk kerja balik..wau!!!sounds like cruel, right? apa nak wat..bertindak mengikut arahan...hait..

Masalah timbul..makanan tidak cukup..6 org tidak dapat tamar dan kuih utk berbuka..

Sayu..


"Tak pe la kak...akak kongsi la ngan kawan2 dulu..esok saya try dapatkan lebih.." jawabku..

Kedengaran suara sayup ditepi koridor,

"Takpe la..ada lagi yang susah dari kita..mkn je la apa yg ada..kurang-kurang kita ada mknn..alhamdulillah.."

Sayu..

Mungkin cerita ini simple..tapi kehebatan berpuasa itu dapat kita rasai..

Kadang-kadang, kita terlupa apa yang kita ada sekarang..tidak semuanya kekal..cubalah hayati apa yang terkandung disebalik apa yang kita tempuhi selama ini..punya byk cerita tersirat..

Pada awalnya, aku berat juga utk dtg awal, menjadi sang keparat penuang air utk PO2 yang sgt dimanjakan..maaf, tapi itulah isi hati pada awalnya..mungkin kerana pengalaman dari tahun lepas yang masih tersimpan segar dalam kotak ingatan..tapi..aku cuba utk menjalankan tugas dengan seikhlas mungkin..aku tidak boleh katakan ikhlas dengan kata-kata, kerana keikhlasan itu akan hilang jika dipertuturkan..Allah sahaja yang tahu...

Dengan itulah baru aku dapat merasai segala kesusahan seorang daif, fakir miskin apabila berlapar sepanjang hari..ini bukanlah pengalaman pertama, beberapa kali juga pernah alami nasib kurang baik semasa berpuasa..

Sebak juga bila dengar azan, x dapat berbuka terus sbb makanan pon xde..mujur kakak PO tu prihatin lantas berikan sebutir tamar kepada Encik Supervisor yang penyayang nie..atau mungkin aku nampak sweet..hmm mungkin gak..ehem3..Selalunya, mknn dah terbentang depan mata..tunggu baca doa je, dan, BALUN!!!

Tolaklah ketepi kemahuan diri..
Tolaklah ketepi egois seorg manusia..
Prihatin dengan nasib orang lain..
Lakukan ini untuk orang yang dibawah jagaan kita..

Bak kata ibuku,

"Ingat-ingatlah pada orang susah, kita wajib membantu mereka kerana kita mampu"

Terima kasih ibu

p/s: tak salah kan kita perasan kita sweet? lalalalala~~~

Cheers~~

2 comments:

No Surprises said...

PO tu suapkan kau x.?..

hampir tertitis air mata jantan ku bile mendengar kisah sayu ini

sekian
No suprises

Erna said...

wahai Saudara Shauqi, yg lain2 tu aku boleh accept tapi 'sweet'? please la.. mungkin dia tengok muka walfare kau tu sbb tu dia bagi kurma. Jgn cepat melatah..huhuu..
Apasal aku rasa cerita kau kali ini diinspirasikan daripada kisah bulan puasa aku? mcm aku punya part1 dan kau part2? Tak pe2, aku tetap hargai peminat2 aku...:P

p/s- tapi aku still benci jugak jadi balaci po di bulan puasa!!!