Monday, September 15, 2008

Dua Hari Makan Kambing

Seronok apabila dapat berbuka beramai-ramai, tak kiralah bersama keluarga atau sahabat. Hari minggu lepas aku gelar sebagai Hari Terbuka Pak Arab kerana untuk dua hari berturut-turut aku berbuka puasa dengan makanan Arab. Jaid Jaidan!! hehhe~~

Hari Pertama: Muzium Kesenian Islam

Pada hari Sabtu kami sekeluarga berbuka di Muzium Kesenian Islam berdekatan dengan Masjid Negara. Keluarga aku ni bolehlah dikatakan peminat setia makanan Arab, sebab itulah aku pilih tempat ini. Meleleh juga apabila melihat juadah yang disusun rapi diatas meja. Ayam belanda panggang, ikan salmon, nasi kouzi, kebab, shawerma, shourba, etc.. Dah la sampai awal, 6.30 petang dah sampai!!!Hampir 45 minit melihat aja makanan-makanan tu..
Seksa~~

Makanannya boleh tahan, lebih-lebih lagi masakan stew (aku tak tau sangat bab-bab masakan nie..aku rasa memang betul daging lembu stew, kuah cair kemerah-merahan)..sempat aku meratah 3 kali..

Harga: RM69 nett per pax
Tempat: Muzium Kesenian Islam
Overall Rating: 3 kudos out of 5


Ayam Belanda Panggang tangkap leleh


Kouzi dan Appetizer


Kouzi



Hirisan Ikan Salmon, Daging Panggang, Ayam Belanda, dan Kambing


Si Manis Alya


Hari Kedua: Maghreb Restaurant

Hari kedua pula berbuka bersama rakan-rakan dari zaman Matrik KKCS. Tempat ini adalah salah satu tempat kesukaan. Tempat ini menyediakan makanan tradisional Maghribi, tapi tak jauh beza dengan negara-negara lain..Macam biasa, kalau dah namanya makan makanan Arab, mestila nak kena makan Kambing. Memang kalau pergi mana-mana makanan Arab pon, tak sah kalau tak makan Kambing...kalau tak makan, macam tak lengkap lah..Kawan-kawan dah berbisik dah, "Kie, apa yang best kat sini? Lauk buffet tak banyak pon."
"Ko jangan tengok benda lain, fokus dekat Kambing tu, nasi pun tarbaik", jawabku..
"Baiklah!!" jawab mereka..

Seperti yang aku jangka, setelah habis melahap segala jenis lauk-pauk, senyuman puas terukir.."Kambing Terbaik!!" laung seorang sahabat..

Sedikit kecewa, mereka tidak top-up lauk-pauk yang habis..Ada yang merungut tak sempat nak makan Kebab dan daging panggang. Pak Arab itu menerangkan, dah 5 set mereka top-up...so, nasiblah..

Sedikit pengajaran, jangan datang untuk berbuka disini..anda pasti kecewa kerana sangat-sangat limited, dan perlu berkejaran dengan masa, takut-takut lauk habis..damn..

Habis saja buffet, kami lepak diluar pula melayan 2 dapur Sheeshaa dan 3 teko Shai, Teh Arab..Layan...2 jam kami sedut, hembus, sedut, hembus, tuang Shai, taruk gula, kacau dan diulang 6 hingga 7 kali..Kawan-kawan sudah sembam minum Shai..Pulang~~

Harga: RM30 nett per pax
Tempat: Maghreb Restaurant, Jalan Damai
Overall Rating: 2 kudos out of 5 (disebabkan mereka tak top-up lauk!!!huh!!!)





Wajah sembam layan Shai




p/s: Pergi ke Ar-Rawsya, Jalan Damai (makanan Beirut tak silap) tempat lain yang mereka boleh cuba makanan Arab

2 comments:

Erna said...

baru plan nak berbuka kat maghreb.. cancel la..

sepet_bulat said...

seksi la gamba kamu di sebalik balang shisa tuh..
ngn muke sembam2..
hihi..tomey~~