Saturday, September 20, 2008

Anjing dengan Kucing

Baru sudah merosakkan paru-paru diluar rumah. Inilah kerja aku dikala malam jika dirumah, keluar senyap-senyap seperti pencuri, gulungan rokok dibibir, secawan air ditangan. Beginilah nasib anak yang tidak mendapat lesen daripada orang tua. Bagus juga, baru ada thrill!!

Tatkala 50 jenis racun meresap masuk kedalam paru-paru, terlihat segerombolan anjing-anjing jalanan berlari sakan mengejar seekor kucing diluar pagar rumah. Wahh!! Seronok sungguh!!! Bertempik aku dalam hati memberi sokongan kepada anjing-anjing jalanan itu. Apakan daya, tubuh besar anjing-anjing itu membantutkan pengejaran setelah kucing itu menyelinap masuk ke celah-celah pintu pagar rumah sebelah. Riuh rendah sebentar dek kerna tempikan anjing-anjing yang kecewa. Tapi perjuangan masih belum selesai, mereka cuba mencari lubang untuk masuk kedalam. Sekali lagi, tubuh besar mereka menjadi penghalang. Mau saja aku keluar dan membaling batu keatas mereka. Apakan daya, aku seorang, mereka ramai!!!Kecut perut juga aku. Lalu anjing-anjing itu mengerumuni pintu pagar sambil bertempik liar. Dilihat disebelah dalam, kucing itu menjilat-jilat kakinya, seperti mengejek gerombolan anjing diluar. Tergelak aku melihat senario itu. Damn, kalau la aku bawa telefon bimbit tadi, boleh aku rakamkan detik-detik ini. Sungguh lucu.

Teringat aku kepada Uncle. Ceritanya ada sedikit persamaan. Kumpulan-kumpulan yang bertaring tidak henti-henti mengejar Uncle. Parang, sabit, traktor, pembajak, semuanya dibawa bersama. Orang yang diserang hanya seorang. Macam cerita Hindustan. Pelik. Bukannya tentera Rom yang diserang. Seorang insan kerdil, tidak bermukjizat, tiada ilmu hitam, tiada tongkat sihir, yang ada hanya pegangan kepada dua sumber yang diajar Nabi. Mereka yang disekeliling hanya mampu melihat. Ingin hulurkan pertolongan, takut ditetak. Mereka ramai. Ingin menghunuskan pedang, takut dihumban ke bilik kecil. Mereka ramai. Bercakap dan menulis pun, ditikam juga!!

Apa yang dapat kita lakukan, panjatkan doa ke Hadrat Ilahi, moga-moga Uncle selamat dan berharap Uncle tidak gugur selagi Matahari tidak terbit dari Barat.

Cahaya itu semakin hampir. Bersabarlah~~~

5 comments:

Erna said...

confuse la..siapa uncle? sapa kejar dia? kau ni citer biar habis..

theblabber said...

akhah..sape uncle?

Kieng Meng said...

adus..lampi gak korg ni ek..uncle anwar brahim

Erna said...

aku ada agak2 anwar ibrahim tapi malas mau fikir..

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam,

tahniah atas penulisan,harus sedar bahawa penulisan adalah antara medium dakwah yang berkesan.

Dalam berdepan dengan era yang keras dan panas, perjuangan adalah bagi menyanjungi amanah dan ketabahan.

Salamhormat dan salam perjuangan