Kelmarin, aku baca posting dari Tukar Tiub..Dia cakap Pengerusi GERAK, saudara Mohd Nazree Mohd Yunus (Naz) beralih arah untuk berjuang di dalam politik pulak..
Aku terus buat panggilan..Naz ni kawan rapat aku zaman SMAP Labu dulu..Sampai sekarang kitorang masih lagi contact..Dia banyak tolong aku gerakkan Alumni batch kitorang, walaupun sekarang Alumni tu menyepi sikit, sebab dia pun sibuk dengan kerja GERAK..
Aku tanya, "Dah sampai masa ke nak masuk politik? Angin bertiup kencang dalam byk blog dah nie.."
Dia tanya, "Anta rasa-rasa mana? Harap anta dapat bagi pandangan.."
Aku cakap kat dia, "Aku rasa PKR..Tempat elok yang boleh bagi platform untuk buat perubahan..takde parti lain dah sesuai untuk kau.."
"Macam tu la nampak gayanya.."
Sebelum telefon diletak, aku ucapkan good luck..jadi diri..yang penting jaga integriti..buat apa yang patut..
Dua bulan lepas kitorang pernah terserempak kat stesen minyak Petronas Taman Melati..Kereta dok sebelah menyebelah kat pam minyak..Terus kitorang gi minum..Masa tu lah dia cite ada beberapa individu approach untuk aktif dalam politik..Hot property si Naz nie..Masa tu lah jugak dia tanya aku apa perlu dia buat..Aku bagi pandangan, PKR tempat terbaik untuk kau..PAS dah tak boleh ubah..memanglah perjuangkan Islam, tapi takde platform untuk kau bergerak untuk buat perubahan..Dia setuju..Disebalik cite tu, tak perlulah aku cite kat sini..Maklumlah ini bukan blog politik..
Saudara Naz seorang yang jujur dalam memperjuangkan keadilan dan penuh dengan integriti..Aku selalu akan jadi sedih bila banyak blog dan individu / teman yang kutuk-kutuk Pengerusi GERAK ni macam lembu..Bak kata Tukar Tiub, lembu Ezam..Orang luar tak kenal dia, dan tak faham situasi sebenar..Sebagai contoh pasal rasuah Tan Sri Khalid pasal agihan lembu tu..Tak semua yang diceritakan tu betul dan dia bukan diberikan arahan untuk serang Tan Sri..Sekali lagi, aku tak mau cerita..
Ramai mengatakan Naz mimik Uncle Anwar..Lantang bersuara, bekas pemimpin pelajar dan aktivis di UM..Di SMAP Labu juga Naz sangat aktif dalam debat dan dan macam-macam lagi..Dulu memang dia sekepala dengan aku..haha..Tapi dia lebih dahulu dapat hidayah..Alhamdulillah..
Dalam dua atau tiga hari ni akan diwar-warkan kemasukan beliau ke dalam kancah politik..Kepada rakan-rakan yang lain, percayalah, beliau adalah masa depan Malaysia..Jika itu terlalu besar, beliau adalah harapan untuk kita membuat perubahan walaupun sebesar buah tamar..Aku yakin dengan Naz, sebab beliau adalah seorang insan yang jujur dan individu yang berjiwa besar mengejar perubahan untuk kesenangan semua..Ayuh semua menyokong beliau..
Aku ingin sangat pegi Manchester. Ada seorg kenalan di sana..Jadi sebelum dia balik ke Malaysia, aku nak jejak kaki dulu..Mungkin ramai kenalan rapat tahu kenapa I'm in love with Manchester.
Ini sebabnya..
1 - Glory Glory Man United!!!!
(taken from www.independent.co.uk. payah betul nak cari gambar lama giggs)
2 - Manchester adalah bandar Rock n Roll di UK. Terdapat puluhan band yang terkenal dan jadi legend of all time. Dua band yang aku sangat suka adalah Stone Roses dan Oasis.
i) Stone Roses - salah satu band penggerak semasa era Madchester. Aduhai, they were genius!
Made of Stone
Fool's Gold
ii) Oasis - what more can I say..One of greatest band on earth..
Tapi, keadaan telah membuatkan aku sangat lemah untuk ke sana..
1 - Manchester United
Sebelum ini, kelab bola ini adalah kelab untuk semua. Kelab untuk rakyat. Sebuah kelab yang ditubuhkan diatas semangat dan jiwa rakyat kelas pertengahan atau blue collar. Rakyat British memang sangat-sangat passionate tentang bola..The hooligans dari Red Devils adalah rakyat biasa yang bekerja kilang, memerah keringat berlibung tulang hari-hari dan merekalah yang menjadi tulang belakang di dalam stadium Old Trafford Theatre of Dreams dalam memeriahkan dan berhempas pulas memberi sokongan. Mereka juga yang bersabung nyawa menjaga maruah The Red Devils daripada kutukan dan serangan liar dari hooligans musuh seteru yang lain, most notably Liverpool.
Tapi sekarang, ia telah dibeli seorang tycoon kapitalis yang ingat British scene semuanya adalah kerana duit. Kelab itu bukan milik rakyat lagi. Ia adalah sebuah entiti atau mesin pencetak duit bagi mereka. Dari situ juga tiket melambung tinggi membuatkan rakyat pertengahan dan hardcore fans yang duduk bergelimpangan di tepi jalan tidak lagi memenuhkan stadium. Segala jenis rakyat yang mampu sahaja dapat masuk tetapi ia tidaklah havoc seperti dulu. Boleh nampak bagaimana ia telah berubah. Aku nak sangat masuk Old Trafford. Tapi tiket sangat mahal untuk single tiket untuk satu perlawanan. sigh~~~
2 - Stone Roses
Mereka ini legenda Rock n Roll dunia. Mungkin bagi mereka yang tidak mengikuti aliran muzik British tidak akan kenal dengan mereka. Kerana yang disuap kepada kita banyak yang datangnya dari Amerika.
Mereka hanya mampu keluarkan dua album sahaja kerana terdapat masalah dengan saman record label. Dua lagu di atas adalah yang terbaik pernah dikeluarkan dan merupakan songs of all time dalam dunia rock n roll.
Tapi mereka kini sudah tidak bermain lagi. Aku teringin juga nak tengok mereka beraksi. Tengok Ian Brown beraksi secara live membuatkan aku nak jadi rock star.
3 - Oasis
Walaupun Oasis adalah peminat setia Manchester City, seteru rapat The Red Devils, aku tak pernah membenci mereka seperti fans Man U membenci fans Man City yang memang shit.
Oasis arguably one of greatest rock n roll band in history. No doubt. Tapi, yang buat aku sedih, Noel Gallagher announce the split up, dia dah keluar secara rasmi dari Oasis tahun lepas. There will be no more Oasis without him. Dia adalah tulang belakang Oasis, perancang utama kugiran ini.
Aduh, hilang mood aku untuk ke Manchester. Tengok je betapa kecewa dan marahnya Hitler bila dengar berita Noel dah keluar dari Oasis.
Semenjak kebelakangan ni, macam-macam peraturan digubal untuk membendung makhluk-makhluk kilang daripada bergerak bebas. Paling terbaru dengan menguatkuasakan masa untuk merokok, diketatkan hanya semasa rehat saja. Seperti biasa, orang yang kerja malam je yang kena.
Bagi aku benda ni bagus, sebab banyak pekerja bawahan ni mengular. Bagus-bagus.
Bagi aku, dan lain-lain Eksekutif yang bekerja malam, don't give a bullshit. We know who we are and we deserve everything, oleh kerana kami Eksekutif yang berjaya.
Aku baru balik dari keje malam. Sampai je rumah terus capai laptop nak cite kat sini apa yang berlaku malam tadi.
Sekarang tengah dengar lagu marah dari Caliban sambil mengarang posting nie. Pasang volume kuat-kuat dan sing along ramai-ramai sambil menumbuk langit..
Untuk dijadikan cerita, pada masa itu jam 530 pagi. Sudah pening buat report. Direct dari pergi makan jam 2 pagi langsung buat sampai jam 530am. Jadi aku fikir aku berhak untuk mendapatkan angin segar diluar atau rehat lah..Tanpa fikir apa-apa, terus turun ke bawah ke ruangan merokok.
Ruangan asap sunyi, tiada manusia kelihatan. Selang seminit datang dua orang pekerja cafe menerobos masuk ke ruang asap. Bagus, perokok tegar, tak hirau undang-undang. Barulah Punk!
Dari jauh aku boleh dah Mak Guard dah standby. Aku tau bila-bila masa dia akan datang kat aku. Aku buat bodoh. Aku khayal menyedut asap sambil merenung jauh.
Seperti dijangka, Mak Guard (dia cun benanya tapi apakan daya keje jadi Mak Guard je) datang kearah aku. Dalam hati aku menyumpah seranah, masak aku kena amik nama.
"Bagi batch"
Aku buat bodo..
"Buka batch tu"...
Tanpa banyak cakap aku sentap tali batch dari atas..
"Siapa awak?"
"Supervisor."
Aku jadi naik angin, "Awak tak nampak ke budak-budak kat dalam bilik tu?!" Sambil menunjukkan ke arah bilik rehat..sila rujuk ke pelan di bawah.
"Kenapa?"
"Yang awak terus datang sini kenapa? Awak tak nampak ke terang-terang depan mata awak tadi, ada budak tengah melepak bukan waktu break? Terus datang sini amik nama saya."
"Awak tak puas hati ke saya amik nama saya?"
"Memang la tak puas hati! Depan mata awak tak pergi tapi dari jauh terus awak datang sini! Awak tau buat kerja ke tak?!!!"
"Bos suruh amik nam orang yang merokok diluar waktu break, jadi saya buat la kerja saya. Bos-bos awak pun yang bagi arahan buat macam ni."
"Itu saya tahu la..Awak faham ke tak apa saya cakap?!!! Awak ikut arahan tapi yang sebetulnya awak tak nampak benda yang betul. Saya supervisor! Kerja tak ikut masa! Saya tau apa saya buat."
"Saya kena buat report."
"Ikut awak kalu nak buat report. Saya ada alasan kukuh nak bagi. Tau la saya nak jawab kat bos saya. Apa nama awak? Ok. Saya ingat nama awak. Awak nak amik nama saya, silakan. Peduli apa saya. Saya akan buat report pasal awak juga. Sekarang awak pergi dekat budak-budak tu amik nama jugak."
"Yang awak tak puas hati lagi tu kenapa???"
"Memang la tak puas hati, yang kat sini merokok awak amik nama, budak tu dok melepak awak tak pegi pulak."
"Budak tu orang awak ke?"
"Kalau orang saya, dah lama saya pergi hambat. Sebab saya tau kerja saya, bukan macam awak."
Terus dia pergi macam budak merajuk.
Aku lempar puntung rokok aku terus pergi. Sambil mengekori minah tu dia amik telefon terus mengadu dekat Supervisor seolah-olah macam lah aku peduli sangat. Macam budak-budak nak mereport kat bapak...Langsung dia tak pergi pun kat budak-budak tu..
Aku punyalah menggeletar sepanjang konfrontasi panas tadi. Terasa nak lempang pun ada. Nasib baik aku boleh tahan lagi..
Inilah manusia yang bertindak mengikut arahan tanpa menggunakan akal untuk melaksanakan kerja. Arahannya untuk mengambil nama pekerja yang hisap rokok diluar waktu rehat tapi pada masa yang sama juga ada yang melepak di tempat rehat diluar waktu rehat walapun ia terjadi di depan mata. Bukan ke matlamatnya untuk mencegah pekerja mengular? Bodoh bila aku fikirkan. Dia memang bodoh macam lembu..
Aku tak takut kalau dipanggil. Aku tau apa akan jadi kat aku. Pasti akan dipanggil kerana nama aku telah diambil. Tapi aku ada alasan yang munasabah. Tapi jika aku dipanggil, aku nak minah tu ada sekali supaya aku nak malukan dia depan bos dia dan bos aku. Memang aku akan 'telanjangkan' dia tanpa belas kasihan..
1 - Aku tak pergi 2nd break. Kami diberikan dua kali break, 40 minit dan 20 minit. Jadi aku berhak untuk ada 2nd break aku sendiri;
2 - Aku pekerja eksekutif (Exempt Staff), aku mengikut arahan bekerja lebih masa, sekurang-kurangnya 13 jam sehari, melanggari akta Buruh. Jadi aku berhak punya lebih masa rehat;
3 - Aku supervisor, berkelayakan tinggi dan aku buat kerja dan akan selalunya siap dan memuaskan bos-bos aku...
Dan yang paling penting, dia takkan buang supervisor macam aku..Sebab mereka sayang kat supervisor, takut lari..
Aku akan terima kalau kena warning letter, tapi aku takkan teragak-agak untuk katakan hak-hak aku diatas. Kalau tak diterima, memang aku takkan teragak-agak untuk tender immediately. Aku tak bullshit dengan sape-sape. Kalau aku cakap, aku akan buat.
Aku memang pendendam, aku akan buat sesuatu lepas ni. Aku nampak je minah ni tido atau main game, aku nak amik gambar. Minah ni memang terkenal dok tidur kat Security Post. Siap kau..
Some might say, to manage our anger is difficult. Young blood will always can't control their emotion when facing with stress scenario.
I've been transferred to the new area where I've to deal with so many bullshit human related issues. Too many attitude. In this area, lives aging men and women with all kind of attitude. Everyday I keep on telling myself don't let go your emotion in front of them.
Me, some might say a lil bit hot tempered. Yes, indeed. My previous subordinates can know what am I in the mood of, just by looking at my eyes. hmmmm...
My mom once said and taught me a good value. It's an Islam practice by the way.
"Be kind and gentle to all old men and women and you will be bless all the way until you see the Mighty One."
I can tell, it's been 5 months, not a single day I'm striking against them. I tried to manage my anger before I being rude to these people. Thank God, it's quite a relief though.
Some might say if the person keep the anger inside and not letting it go, it will harm the person internally.
I guess quite a few times I was impacted by these.
The big impact was I'm not as cute as before, but still, a lil left on me though.
Do you spend your days without awake Make damn sure those days end without a word Forever now your life will end with scars on your brain Standing on the roof top and start preaching the sermon
24-7 working like an idiot Sweating for nothing but for the mighty sucker Forever will end to be like a Darkseeker Searching, sniffing, running towards thousands of fresh flesh
Paranoid Anxiety Stop this! Gone!
So hurry up now I can't stand on my own ground I need your help now Would you let me go? go! go! go!
So hold me up now I can't stand my own ground I need your help now Would you let me go? go! go! go!
Tell me what I'm suppose to do Coz I don't know Tell me nightmare becomes real Coz I don't know how to feel
Tell me exactly what I'm suppose to do Just leave me on the roadside Tell me exactly where to drive Coz I don't know which way to go
Paranoid Anxiety Stop this! Gone!
So hurry up now I can't stand on my own ground I need your help now Would you let me go? go! go! go!
So hold me up now I can't stand my own ground I need your help now Would you let me go? go! go! go!
I'm running to your voice But you were not there It was an angel With a lamb of god
The Arrivals adalah satu dokumentari yang mengupas persoalan asas-asas Free Mason dan ketibaan Antichrist atau Dajjal dan segala persiapan yang telah dirancang berdekad lamanya untuk menyambut ketibaan Dajjal ke muka bumi.
Pelbagai teori telah dilontarkan dalam The Arrivals, bermula dengan asas-asas Free Mason sehinggalah siapa mereka yang berada di belakang Free Mason dan siapa mereka yang mencorak kehidupan kita di dunia. Ada juga dibincangkan apakah disebalik kisah Holocaust Yahudi di zaman Nazi, Usamah bin Laden dan September 11.
Setiap video pendek (lebih kurang 10 minit) mempunyai input yang tersendiri dengan dikukuhkan dengan bukti dan asas kepada teori itu dibuat yang diambil kebanyakannya daripada Al-Quran dan daripada siri-siri ceramah dan dokumentari penceramah terkenal dan pemikir-pemikir terkemuka dunia. Secara peribadi, kebanyakan teori dan input boleh diguna pakai dan masuk akal. Ada diantaranya, sukar untuk dipercayai.
Contoh #1
Seperti yang kita pelajari, Dajjal itu bermata satu. Simbol Dajjal berada dimana-mana, wang dolar Amerika, siaran Nickelodeon, filem-filem seperti Monster Inc., Matrix, National Treasure, Aladdin, dan aksi gusti WWF atau WWE; pernah dengar geng New World Order (NWO) yang Triple Edge dan geng-geng dia buat tu kan? Semua ini adalah sebahagian daripada asas-asas simbolik kepada gerakan Free Mason dan cuba membiasakan fikiran kita agar semuanya adalah sesuatu yang biasa atau common.
Contoh #2
Mereka yang mempelopori dunia adalah mereka yang menganuti agama selain dari 3 agama wahyu dari Tuhan yang satu, Jews, Christ, dan Islam, tetapi adalah mereka yang memuja syaitan dan merupakan pengikut Dajjal. Mereka adalah ahli magis dan mengguna pakai ritual-ritual tertentu untuk memanggil makhluk ghaib yang kita ketahui daripada filem-filem Hollywood.
Bagi contoh #2, ia sukar untuk percaya, bukan?
Secara peribadi, masuk akal juga. Kerana terdapat hadis yang mengatakan bahawa semasa kemunculan Dajjal, telah pun ada pengikut Dajjal yang ramai. Ini bererti terdapat golongan di dunia ini sedang bersiap untuk kedatangan Dajjal. Bukan?
Aku baru sahaja selesai / khatam kesemua 51 episod dokumentari ini dan ia berjaya membuka mata dan pemikiran aku terhadap bagaimana dunia ini diuruskan oleh akal manusia yang rakus. Mungkin sebilangan mereka yang sudah menonton akan berada ditengah-tengah untuk percaya atau tidak.
Pelbagai teori telah dirungkaikan dalam The Arrivals dan sedikit sebanyak ia memberi input mengenai apa itu Free Mason dan bagaimana corak atau sistem ini berjalan tanpa sedar. Jika ada yang tidak ketahui apa itu Free Mason, sila google sendiri apa itu Free Mason dahulu. Terdapat juga footage yang mengaitkan dunia hiburan dengan Dajjal, bagaimana mereka meracuni pemikiran manusia untuk memikirkan sesetengah benda itu diterima seadanya walaupun hakikatnya, ia adalah salah untuk dipercayai.
Jika ada sesiapa yang mengetahui isu Madonna, Britney Spears dan Cristina Aguilera bercumbu dalam salah satu MTV Award, tahukah anda mengapa mereka berbuat demikian? Apa simbolik ciuman mereka itu? Semuanya juga dirungkaikan dalam The Arrivals.
Aku sedikit terkejut apabila mengetahui bahawa Menara Berkembar Petronas dan Malaysia keseluruhannya sudah disemaikan benih-benih Free Mason. Agak takut.
Kesimpulannya, sesiapa sahaja harus menonton dokumentari ini, tidak kira anda seorang Muslim, Kristian, atau Yahudi. Dibuat sebagai pedoman dan ilmu dalam mencari pedoman hidup serta membuka minda kita terhadap realiti kehidupan kita yang sebenar. Diakhirnya, anda dapat mengaitkan mengenai sitem kuasa dunia ini dengan sistem kapitalis yang kita sedia maklum. Ia adalah alat dalam merealisasikan Dunia Baru ini. Percaya atau tidak, terserah kepada semua. Tuhan memberi kita akal fikiran supaya berfikir sewajarnya.
Zaman bujang makin merudum...Rakan-rakan yang sebulu makin berkurangan..sorang-sorang dah selamat naik pelamin..terasa macam life dah tak seindah dulu..
Secara tidak sengaja, aku menjadi sangat sebak bila seorang teman rapat akan diijab kabul minggu depan..Awal-awal dulu tak terasa pun..Tapi, dah dekat-dekat ni, tiba-tiba perasaan tu jadi lain..Sangat hiba, sebab hilang seorang kawan bujang yang sebulu dan sekepala..
Aku rasa, dikalangan rakan-rakan yang baca blog aku pun pernah rasai benda ni, lagi-lagi yang perempuan..Sebak kan??
Hmmm me can feel my life is getting darker...
No more hang out yang merapu-rapu..
Soon or later, Me also will follow the steps..
Me don't know what does it feels when every single of my close friends getting married..
Having babies, won't get enough times to hang out with friends frequently like yester years..
Sucks huhhh?
That is the truth about this life given by the Almighty and it's hard to swallow..