Thursday, January 14, 2010

Awak Buat Kerja Tak Pakai Otak!!!

***


Semenjak kebelakangan ni, macam-macam peraturan digubal untuk membendung makhluk-makhluk kilang daripada bergerak bebas. Paling terbaru dengan menguatkuasakan masa untuk merokok, diketatkan hanya semasa rehat saja. Seperti biasa, orang yang kerja malam je yang kena.

Bagi aku benda ni bagus, sebab banyak pekerja bawahan ni mengular. Bagus-bagus.

Bagi aku, dan lain-lain Eksekutif yang bekerja malam, don't give a bullshit. We know who we are and we deserve everything, oleh kerana kami Eksekutif yang berjaya.

Aku baru balik dari keje malam. Sampai je rumah terus capai laptop nak cite kat sini apa yang berlaku malam tadi.

Sekarang tengah dengar lagu marah dari Caliban sambil mengarang posting nie. Pasang volume kuat-kuat dan sing along ramai-ramai sambil menumbuk langit..



Untuk dijadikan cerita, pada masa itu jam 530 pagi. Sudah pening buat report. Direct dari pergi makan jam 2 pagi langsung buat sampai jam 530am. Jadi aku fikir aku berhak untuk mendapatkan angin segar diluar atau rehat lah..Tanpa fikir apa-apa, terus turun ke bawah ke ruangan merokok.

Ruangan asap sunyi, tiada manusia kelihatan. Selang seminit datang dua orang pekerja cafe menerobos masuk ke ruang asap. Bagus, perokok tegar, tak hirau undang-undang. Barulah Punk!

Dari jauh aku boleh dah Mak Guard dah standby. Aku tau bila-bila masa dia akan datang kat aku. Aku buat bodoh. Aku khayal menyedut asap sambil merenung jauh.

Seperti dijangka, Mak Guard (dia cun benanya tapi apakan daya keje jadi Mak Guard je) datang kearah aku. Dalam hati aku menyumpah seranah, masak aku kena amik nama.

"Bagi batch"


Aku buat bodo..


"Buka batch tu"...


Tanpa banyak cakap aku sentap tali batch dari atas..


"Siapa awak?"


"Supervisor."


Aku jadi naik angin, "Awak tak nampak ke budak-budak kat dalam bilik tu?!"
Sambil menunjukkan ke arah bilik rehat..sila rujuk ke pelan di bawah.

"Kenapa?"


"Yang awak terus datang sini kenapa? Awak tak nampak ke terang-terang depan mata awak tadi, ada budak tengah melepak bukan waktu break? Terus datang sini amik nama saya."


"Awak tak puas hati ke saya amik nama saya?"


"Memang la tak puas hati! Depan mata awak tak pergi tapi dari jauh terus awak datang sini! Awak tau buat kerja ke tak?!!!"


"Bos suruh amik nam orang yang merokok diluar waktu break, jadi saya buat la kerja saya. Bos-bos awak pun yang bagi arahan buat macam ni."


"Itu saya tahu la..Awak faham ke tak apa saya cakap?!!! Awak ikut arahan tapi yang sebetulnya awak tak nampak benda yang betul. Saya supervisor! Kerja tak ikut masa! Saya tau apa saya buat."


"Saya kena buat report."


"Ikut awak kalu nak buat report. Saya ada alasan kukuh nak bagi. Tau la saya nak jawab kat bos saya. Apa nama awak? Ok. Saya ingat nama awak. Awak nak amik nama saya, silakan. Peduli apa saya. Saya akan buat report pasal awak juga. Sekarang awak pergi dekat budak-budak tu amik nama jugak."


"Yang awak tak puas hati lagi tu kenapa???"


"Memang la tak puas hati, yang kat sini merokok awak amik nama, budak tu dok melepak awak tak pegi pulak."


"Budak tu orang awak ke?"


"Kalau orang saya, dah lama saya pergi hambat. Sebab saya tau kerja saya, bukan macam awak."


Terus dia pergi macam budak merajuk.

Aku lempar puntung rokok aku terus pergi. Sambil mengekori minah tu dia amik telefon terus mengadu dekat Supervisor seolah-olah macam lah aku peduli sangat. Macam budak-budak nak mereport kat bapak...Langsung dia tak pergi pun kat budak-budak tu..

Aku punyalah menggeletar sepanjang konfrontasi panas tadi. Terasa nak lempang pun ada.
Nasib baik aku boleh tahan lagi..

Inilah manusia yang bertindak mengikut arahan tanpa menggunakan akal untuk melaksanakan kerja. Arahannya untuk mengambil nama pekerja yang hisap rokok diluar waktu rehat tapi pada masa yang sama juga ada yang melepak di tempat rehat diluar waktu rehat walapun ia terjadi di depan mata. Bukan ke matlamatnya untuk mencegah pekerja mengular? Bodoh bila aku fikirkan. Dia memang bodoh macam lembu..

Aku tak takut kalau dipanggil. Aku tau apa akan jadi kat aku. Pasti akan dipanggil kerana nama aku telah diambil. Tapi aku ada alasan yang munasabah. Tapi jika aku dipanggil, aku nak minah tu ada sekali supaya aku nak malukan dia depan bos dia dan bos aku. Memang aku akan 'telanjangkan' dia tanpa belas kasihan..

1 - Aku tak pergi 2nd break. Kami diberikan dua kali break, 40 minit dan 20 minit. Jadi aku berhak untuk ada 2nd break aku sendiri;

2 - Aku pekerja eksekutif (Exempt Staff), aku mengikut arahan bekerja lebih masa, sekurang-kurangnya 13 jam sehari, melanggari akta Buruh. Jadi aku berhak punya lebih masa rehat;

3 - Aku supervisor, berkelayakan tinggi dan aku buat kerja dan akan selalunya siap dan memuaskan bos-bos aku...

Dan yang paling penting, dia takkan buang supervisor macam aku..Sebab mereka sayang kat supervisor, takut lari..

Aku akan terima kalau kena warning letter, tapi aku takkan teragak-agak untuk katakan hak-hak aku diatas. Kalau tak diterima, memang aku takkan teragak-agak untuk tender immediately. Aku tak bullshit dengan sape-sape. Kalau aku cakap, aku akan buat.

Aku memang pendendam, aku akan buat sesuatu lepas ni. Aku nampak je minah ni tido atau main game, aku nak amik gambar. Minah ni memang terkenal dok tidur kat Security Post. Siap kau..


***

7 comments:

NO SUPrises said...

shoki...u r my hero...

NO SUPrises said...
This comment has been removed by the author.
The story of Saif Al-Hafsham said...

coki,

u know i will alwiz support u.kita manusia thrill.

penuh dendam kesumat.lu tender gua tender.

Kieng Meng said...

baiklah..rebellion betul..

aku masuk kerja tadi ada bos dah tanya what happen...huhu

che' qis said...

gooodddd...ko sgt brutal choki...

Erna Masfiza said...

kau tackle mak guard tu pastu kau dump dia..best sikit..

Kieng Meng said...

aku rasa dia dah kawin..kena tanya Haris blk..