Tuesday, February 17, 2009

Mencari 'penyelamat' ekonomi

Aku agak suffer juga dengan karenah recession. Oleh kerana majikan aku datangnya dari Dallas, pekerja-pekerjanya turut terasa dengan tempiasnya. Sakit, memang sakit. Tapi syukur jugak, masih lagi stabil. Aku masih mampu berdiri.

Di awal 80-an dulu, Amerika pernah mengalami kemelesetan ekonomi. Pada masa itu ahli-ahli kapitalis cuba mencari jalan bagaimana mereka dapat menyelesaikan masalah ini. Paling ketara adalah bapak-bapak kilang, ibu-ibu syarikat insurans, dan datuk-datuk tuan tanah..Bagaimana mereka dapat meningkatkan hasil jualan dan mendapatkan keuntungan dalam tempoh masa yang lembap itu. Pelbagai formula dikeluarkan, R&D ditingkatkan dan bermacam-macam produk baru dihasilkan..tapi..hampa...semuanya tidak menjadi...

Tapi hanya ada satu produk yang berjaya keluar dengan bergaya..

Bill Gates dengan syarikat beliau iaitu Microsoft telah mengeluarkan Microsoft's Windows pada tahun 1985 (tak silap aku lah). Jualannya?? BOOOOMMM!!! gilas babis kan??? Semua orang pun tahu bagaimana Windows telah mengubah lanskap dunia ini sepenuhnya. Kita pun sudah tahu betapa kayanya beliau. Dan, produk inilah yang telah menyelamatkan kegawatan ekonomi US dan dunia secara total pada masa itu.

Pada masa ini, R&D sedang giat dijalankan dan dilipat gandakan. Semua bapak-bapak berlumba-lumba untuk mencari produk atau formula yang mampu menjadi penyelemat dunia dan orang yang berjaya menemuinya, sudah tentu akan menjadi kaya raya.

Tidak banyak produk baru yang berjaya setakat ini. Net book, i-Phone..semuanya hampeh..

Mungkinkah imej hologram ciptaan George Lucas dalam Star Wars mampu menjadi penyelamat? Aku rasa alat holographic itu sangat coooool...

Apa dalam fikiran anda?


3 comments:

dBot+AdibA-waN said...

aku rasa master Yoda ialah xtreme cool...

GombakRock said...

syabas! aku rasa banyak2 post ni yang paling best...mungkin kerna gaya penulisan yang segar dan lontaran pendapat yg matang...pengaruh tukartiub juga dapat dirasa sedikit..

p.s:aku selalu komen kat blog kau...tapi kau haram tak singgah blog aku pon...kenapa ye tuan komrad?? hahahaha...

Kieng Meng said...

Owh, Yoda sgt cool..

incik Hadi, hahahaa maaf..x berkesempatan nak letak komen..aku selalu singgah blog kau la..