Aku terpanggil untuk buat review setelah membaca entry Earth Hour 2009 karangan Erna. Bersempena dengan Earth Hour 2009, aku nak review sikit satu dokumentari hebat pernah aku saksikan selain Fahrenheit 9/11 dan Bowling for Columbine dan Super Size Me yang berkaitan dengan global warming. Sebelum itu, sejarah Earth Hour itu sendiri bermula di Sydney pada tahun 2007 dalam merencanakan betapa bumi ini telah berada di suatu kedudukan yang membimbangkan disebabkan globalisasi dan kesan-kesan Rumah Hijau (masih hebat aku dlm subjek Sains dan Geografi). Kebetulan juga 28hb Mac semasa Earth Hour ini berlangsung di Sydney, aku berada disana. Kami pun dah google awal-awal event apa yang menarik time kami disana. Nantikan gambar-gambar menarik sekitar event ini. haha..Untuk maklumat lanjut mengenai Earth Hour di Malaysia, sila layari blog merpati sejoli Erna & Sya di sini.
Filem dokumentari An Inconvenient Truth mengisahkan mengenai pemanasan global yang mutakhir ini telah mengubah ekosistem bumi secara total. Dokumentari ini berpaksikan kepada Al Gore, bekas Timbalan Presiden Amerika yang cuba untuk mendidik penduduk dunia betapa penting untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku kepada planet Bumi ini dan impaknya terhadap kita, dalam masa beberapa tahun yang akan datang.
Beliau mengupas satu persatu apa yang telah menyebabkan pemanasan global ini berlaku, siapa pemain utamanya dan implikasinya terhadap semua; manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bumi itu sendiri. Amat menakutkan apabila di akhir cerita beliau menunjukkan gambar apa yang akan terjadi apabila kubah-kubah ais di Greenland dan Kutub Selatan/Utara semakin tipis dan ia akan menaikkan paras laut hampir 6 kaki (seingat aku). Negara Holland yang kita tahu sebahagiannya adalah di bawah paras laut, akan tenggelam. Banyak lagi kawasan yang akan ditenggalami air laut disebabkan kenaikan paras laut ini; China, India, US, Eropah. Beliau juga menjelaskan bagaimana masalah ini berlaku; kenaikan kepadatan penduduk dunia membawa kepada permintaan bahan mentah yang tinggi, i.e. minyah mentah, kayu kayan, arang batu yang semuanya merupakan hasil bumi. Apa akan terjadi apabila kita meningkatkan penebangan pokok-pokok ini dan impaknya terhadap ekosistem bumi?
Filem dokumentari ini ditayangkan pada tahun 2006 dan telah memenangi patung Oscar bagi kategori filem dokumentari terbaik tahun 2007. Al Gore sendiri juga telah memenangi Nobel Peace Prize pada tahun 2007 hasil daripada masterpiece ini. Masterpiece ini merupakan kesinambungan daripada kerja saban tahun beliau dalam melawan pemanasan global dan kesan-kesan rumah hijau. Aku pernah terbaca satu artikel yang menulis betapa Al Gore sangat kecewa apabila beliau kalah dengan George W Bush dalam pilihanraya Presiden yang penuh kontroversi (cuba tengok cerita Recount untuk mengetahui cerita kontroversi ini). Beliau mengimpikan dapat membantu dunia untuk melawan Global Warming jika beliau menjadi Presiden yang mana Amerika tidak menyertai Kyoto Protocol 1997, satu perjanjian yang menghadkan pembebasan gas rumah hijau. Tetapi impian itu tidak menjadi kenyataan. Jadi beliau menghasilkan masterpiece untuk cuba menyampaikannya kepada dunia. Sedikit sebanyak, beliau telah berjaya membuka minda sekelumit rakyat dunia.
Sila tonton dokumentari ini, anda pasti teruja dan anda pasti tertanya-tanya, apa yang patut kita buat dan apa nasib kita nanti. Aku rasa, dalam Astro pun selalu tunjuk. Aku pun tengok cerita ni dekat HBO tapi dua tahun sudah. Cuba cari YouTube kot2 ada.
p/s: Pemain sistem kapitalis tidak akan sesekali tunduk kepada tuntutan dunia kerana mereka yang mengawal proksi ekonomi dunia dan keuntungan menjadi sebab musabab pertama mengapa mereka katakan 'tidak' dalam menentang Global Warming.
5 comments:
good review....bnyk fakta yg menarik....
terima kasih
kagum.. kagum lah..
i suggest you watch obama deception. dokumentari yg agak menarik walaupun taktau sejauh mana kesahihan..
tq shahid 4 d recommendation..
Post a Comment