Saturday, March 14, 2009

Plan and Execution

Ada dua orang sahabat yang bernama Awe dan Pak Do . Mereka berdua berkawan baik semenjak kecik lagi. Mereka selalu melepak bersama-sama. Persahabatan mereka tidak renggang walaupun setelah berkahwin. Mereka mempunyai angan-angan yang sama untuk mempunyai bisnes masing-masing.

Pada suatu hari, mereka melepak di kedai mamak seperti biasa. Pak Do memasang impian untuk membuka sebuah gerai burger di depan rumah dia. "Tapi masalahnya aku tak tau apa-apa lagi camne nak buat burger. Kalau nak balun je memang boleh la," kata Pak Do.

Awe menyampuk, " Laaaaa..Yang ko nak bukak gerai burger tu nape..Tak masyuk la..Tak de future bro..Ko tengok aku, aku nak bukak kedai pizza yang luas, orang-orang kaya, dressing kemas, tempat ada aircond, selesa...haaaa, tu baru betul bro.."

Tapi Awe tetap cool. Tak melenting bila dengar kawan baik dia tu berseloroh begitu. Mereka pun balik.

Dua minggu seterusnya, mereka pergi melepak lagi. Pak Do mulakan perbualan, "Dua hari lepas aku gi beli buku kat Jalan TAR cara-cara untuk buat burger. Aku try la buat kat umah..Bini aku cakap boleh tahan..Bangga aku bro..haha...So, ko nye pizza apa citer??"

"Kau ni tak habis-habis dengan burger ko tu..Ko tak dengar ckp aku, tak de future laaa..Apa lah sangat yang ko dapat kalu jual burger depan umah...haihhh..Aku sekarang tengah mencari lagi port mana yang bagus. Ye la, taktik berniaga ni nak kena pandai cari tempat, area mana orang selalu pergi, bape ramai penduduk kat situ..So, tak de progres lagi la..I'm just looking around," ujar Awe. Lantas mereka balik.

Setelah hampir 2 bulan tidak berjumpa, Awe mendapat panggilan dari Pak Do mengajaknya datang ke gerai burger yang baru beroperasi di depan rumahnya.

Awe berkata, "Wei Pak Do, ko nie, memang tak nak mengalah eh? Burger ko tu tak kan ke mana deeee....Ok la, jap lagi aku sampai. Teringin gak nak try."

Sampainya di gerai tu, Awe terus menjamah burger buatan Pak Do.

"Boleh tahan, sodddappp!!!" tempik Awe.

"Makasih..Malu aku..keh2...Hah, apacer pizza ko? Bila nak bawak aku makan tempat ko?" tanya Pak Do.

Sambil menundukkan kepala, Awe menjawab, "Benanya, aku kena hold dulu la bisnes aku tu. Bini aku baru bersalin minggu lepas. So, banyak duit aku nak kena pakai sekarang ni, nak beli brg2 baby. Do, cukup2 la tu..buang masa je ko dok jual burger tepi jln camni. Malu kat orang.."

Setelah hampir setahun gerai Pak Do beroperasi, dia telah mempunyai sebuah restoran burger dengan menggunakan wang simpanan yang ada selain pinjaman dari bank. Pada suatu hari, Pak Do menjemput Awe datang makan ke restorannya.

Sedang asyik mereka berbual, Pak Do bertanya, "Camne plan pizza ko? Mana kedai ko?"

"Alo bro, ko ingat ada future ke ko jual burger. Tak bermakna dengan ko bukak restoran burger ni ko boleh pergi jauh bro. Aku sekarang still lagi cari tempat lagi la. Plan semua dah ada, tempat je tak dapat lagi."

Kebetulan, pada masa yang sama, seorang pelanggan yang datang menjamu selera di restoran datang menegur Pak Do. Beliau bertanyakan sekiranya Pak Do berminat untuk menjadikannya rakan kongsi untuk memperkembangkan lagi empayar burgernya dengan membuka beberapa franchise baru di seluruh pelosok tempat dan ianya masih menggunakan nama burger Pak Do, tiada perubahan apa-apa dari segi hak milik. Pak Do sangat teruja dan terus bersetuju.

Bulan berikutnya, Awe singgah lagi di restoran Pak Do. Awe menjelaskan bahawa dia sekarang dalam keadaan yang terdesak kerana syarikat insurans tempat dia bekerja agak goyang, sudah ramai orang diberhentikan kerja dan tempat dia juga dalam keadaan berbahaya. Awe agak sedih, dan bertanya Pak Do sekiranya dia dapat bekerja dengan di bawah dia disebabkan masalah yang dihadapinya. Pak Do pun cakap "ok la, kau kerja je ngn aku dan jaga salah satu franchise aku kat mana-mana."

Akhirnya, Pak Do menjadi jutawan dan burgernya dikenali ramai di seluruh dunia dengan segala tindakan yang diambil dalam mencapai impian yang bermula dengan angan-angan sembang kedai kopi.

End

The moral of the story - Segala-galanya bermula dengan angan-angan,mimpi, impian, cita-cita, tapi apa yang penting ialah kita plan dan seterusnya bertindak. Tiada makna ada plan but no execution!!! You won't go anywhere but stay at the same spot, forever.....

6 comments:

MissZahrah said...
This comment has been removed by the author.
MissZahrah said...

bagus cerita ini...mcm wt karangan form 5 dolu2.....ni misti tym spm jwb soklan novel...neway,moral of da story, angan2 misti dtg dgn kesungguhan baru ley berjaya.....

Anonymous said...

ku mengharapkan kesah ini menjadi kenyataan.....waaaaa

elhamFaiz said...

apsal pakdo?ko rindu ngan pakdo eh..
ha ha kantol

Kieng Meng said...

mengong mu..

huraa said...

urm?