Saturday, October 4, 2008

Butterfingers vs Melodi

Tak tahu menahu aku pasal band legenda tanahair, Butterfingers ditemu ramah Melodi. Itupun aku tahu menerusi laman Butter. Haha, seronok ke abang Melodi dapat kenakan KEMBALI diorang? Seolah-olah temu ramah itu dibuat-buat supaya dapat mereka menebus KEMBALI maruah mereka yang tercalar dek kerna kemantapan legenda yang telah KEMBALI menyerang mereka yang sangat murah maruah mereka.

Ya, memang nampak jelas dan nyata dengan toma'ninahnya krew Melodi sengaja menyerang Loque dan rakan-rakan dengan soalan-soalan yang berbelit. Aku tidak faham, kenapa la mereka nie nak sangat kenakan diorang? Sakit sangat ke hati tu? Luka tak kering sampai ke sudah? Mungkin sekarang kita sudah boleh agak, bagaimana wartawan-wartawan Malaysia ni bekerja, ikut emosi atau profesionalisme yang dipegang. Nampak gaya, emosi memakan diri. Soalan-soalan bodoh diajukan. Soalan yang dijawab dengan penuh sarkastik. Hahaha


Ya, memang sungguh tajam bait-bait lirik yang dinukilkan dalam album terdahulu, Selamat Tinggal Dunia. Penuh dengan kontroversi, penuh dengan serangan tubi terhadap wartawan-wartawan Malaysia yang menjelikkan. Memang puas hati.
Hahaha~~

Ya, aku memang anti dengan dunia hiburan Malaysia. Menjelekkan, meloyakan, membebalkan, menjengkelkan, dan semua perkataan yang seangkatan dengannya. Ya, aku hanya akan dengar sahaja apa yang kawan-kawan nak cerita pasal gosip-gosip terbaru. Tapi maaf, aku x ambil port, dan aku hanya akan menjadi a good listener sahaja. So senang cerita, FUCK to Malaysian Mainstream Media.


Wartawan-wartawan Malaysia ni semuanya tak tau apa-apa pun. KONONnya wartawan hiburan, tapi tak tau langsung apa yang diorang buat. Fahaman tentang seni pun tak tau. Aku rasa wartawan hiburan kita masih lagi bebal. Bebal dengan ilmu, istilah dan pemahamannya. Wartawan hiburan di Malaysia begitu dangkal sekali!! Macam tak pernak pulak buat assignment kat universiti. Seolah-olah tak pernah buat research/study. Kerja seni mereka, hanya ada satu, melaporkan cerita-cerita glamour dan gosip!!! Siapa bercinta, siapa bergaduh dengan siapa, itu je. Style mami jarum Razak Medin bolehlah. Cerita yang dapat dijual untuk meraih keuntungan berganda-ganda. Kapitalis Durjana!!

2 comments:

No Surprises said...

kirenye erna ni macam melodi la ek...die pun mami jarum...

Erna said...

cisss...
aku tak tau la pasal kontroversi butter2 ni..tak habis menuntut..