Sunday, December 27, 2009

Steady, Rock, Action 6

***

One of my favourite. A beautiful song blended with a great lyric..
Kudos..




Take a walk I'll hold your hands for now
It's happening, it's happening
Makes it hard to lose another night

I'll pretend that I'm a man for now
It's difficult, it's difficult
To soothe a wounded heart

Before you go, give me all of your love
Before you go, I'll give you all of mine

I'll drink water because my blood has dried
It's different, it's different
Than anything you've seen or heard before

Take a picture, hold that smile forever
I'll drink it everyday till it becomes another skin

Before you go, give me all of your love
Before you go, I'll give you all of mine

If it makes it easier
If it makes it easier to breathe

Fading away
Faith is a friend
You make it or break it

Fading away
Faith is a friend
You make it or break it

If it makes it easier
If it makes it easier
Wish it could be easier
I can't breathe
If it makes it easier
If it makes it easier to breathe

Fading away
Faith is a friend
You make it or break it

Fading away
Faith is a friend
You make it or break it

Wednesday, December 16, 2009

Wednesday, December 2, 2009

Review: The Arrivals

***


The Arrivals adalah satu dokumentari yang mengupas persoalan asas-asas Free Mason dan ketibaan Antichrist atau Dajjal dan segala persiapan yang telah dirancang berdekad lamanya untuk menyambut ketibaan Dajjal ke muka bumi.

Pelbagai teori telah dilontarkan dalam The Arrivals, bermula dengan asas-asas Free Mason sehinggalah siapa mereka yang berada di belakang Free Mason dan siapa mereka yang mencorak kehidupan kita di dunia. Ada juga dibincangkan apakah disebalik kisah Holocaust Yahudi di zaman Nazi, Usamah bin Laden dan September 11.

Setiap video pendek (lebih kurang 10 minit) mempunyai input yang tersendiri dengan dikukuhkan dengan bukti dan asas kepada teori itu dibuat yang diambil kebanyakannya daripada Al-Quran dan daripada siri-siri ceramah dan dokumentari penceramah terkenal dan pemikir-pemikir terkemuka dunia. Secara peribadi, kebanyakan teori dan input boleh diguna pakai dan masuk akal. Ada diantaranya, sukar untuk dipercayai.

Contoh #1

Seperti yang kita pelajari, Dajjal itu bermata satu. Simbol Dajjal berada dimana-mana, wang dolar Amerika, siaran Nickelodeon, filem-filem seperti Monster Inc., Matrix, National Treasure, Aladdin, dan aksi gusti WWF atau WWE; pernah dengar geng New World Order (NWO) yang Triple Edge dan geng-geng dia buat tu kan? Semua ini adalah sebahagian daripada asas-asas simbolik kepada gerakan Free Mason dan cuba membiasakan fikiran kita agar semuanya adalah sesuatu yang biasa atau common.

Contoh #2

Mereka yang mempelopori dunia adalah mereka yang menganuti agama selain dari 3 agama wahyu dari Tuhan yang satu, Jews, Christ, dan Islam, tetapi adalah mereka yang memuja syaitan dan merupakan pengikut Dajjal. Mereka adalah ahli magis dan mengguna pakai ritual-ritual tertentu untuk memanggil makhluk ghaib yang kita ketahui daripada filem-filem Hollywood.




Bagi contoh #2, ia sukar untuk percaya, bukan?

Secara peribadi, masuk akal juga. Kerana terdapat hadis yang mengatakan bahawa semasa kemunculan Dajjal, telah pun ada pengikut Dajjal yang ramai. Ini bererti terdapat golongan di dunia ini sedang bersiap untuk kedatangan Dajjal. Bukan?


Aku baru sahaja selesai / khatam kesemua 51 episod dokumentari ini dan ia berjaya membuka mata dan pemikiran aku terhadap bagaimana dunia ini diuruskan oleh akal manusia yang rakus. Mungkin sebilangan mereka yang sudah menonton akan berada ditengah-tengah untuk percaya atau tidak.

Pelbagai teori telah dirungkaikan dalam The Arrivals dan sedikit sebanyak ia memberi input mengenai apa itu Free Mason dan bagaimana corak atau sistem ini berjalan tanpa sedar. Jika ada yang tidak ketahui apa itu Free Mason, sila google sendiri apa itu Free Mason dahulu. Terdapat juga footage yang mengaitkan dunia hiburan dengan Dajjal, bagaimana mereka meracuni pemikiran manusia untuk memikirkan sesetengah benda itu diterima seadanya walaupun hakikatnya, ia adalah salah untuk dipercayai.

Jika ada sesiapa yang mengetahui isu Madonna, Britney Spears dan Cristina Aguilera bercumbu dalam salah satu MTV Award, tahukah anda mengapa mereka berbuat demikian? Apa simbolik ciuman mereka itu? Semuanya juga dirungkaikan dalam The Arrivals.

Aku sedikit terkejut apabila mengetahui bahawa Menara Berkembar Petronas dan Malaysia keseluruhannya sudah disemaikan benih-benih Free Mason. Agak takut.


Kesimpulannya, sesiapa sahaja harus menonton dokumentari ini, tidak kira anda seorang Muslim, Kristian, atau Yahudi. Dibuat sebagai pedoman dan ilmu dalam mencari pedoman hidup serta membuka minda kita terhadap realiti kehidupan kita yang sebenar. Diakhirnya, anda dapat mengaitkan mengenai sitem kuasa dunia ini dengan sistem kapitalis yang kita sedia maklum. Ia adalah alat dalam merealisasikan Dunia Baru ini. Percaya atau tidak, terserah kepada semua. Tuhan memberi kita akal fikiran supaya berfikir sewajarnya.

Untuk menonton kesemua video, pergi ke Wake Up Project


The Arrivals Part 1: Intro

Tuesday, December 1, 2009

Nota 2

***


Zaman bujang makin merudum...Rakan-rakan yang sebulu makin berkurangan..sorang-sorang dah selamat naik pelamin..terasa macam life dah tak seindah dulu..

Secara tidak sengaja, aku menjadi sangat sebak bila seorang teman rapat akan diijab kabul minggu depan..Awal-awal dulu tak terasa pun..Tapi, dah dekat-dekat ni, tiba-tiba perasaan tu jadi lain..Sangat hiba, sebab hilang seorang kawan bujang yang sebulu dan sekepala..

Aku rasa, dikalangan rakan-rakan yang baca blog aku pun pernah rasai benda ni, lagi-lagi yang perempuan..Sebak kan??

Hmmm me can feel my life is getting darker...

No more hang out yang merapu-rapu..

Soon or later, Me also will follow the steps..

Me don't know what does it feels when every single of my close friends getting married..

Having babies, won't get enough times to hang out with friends frequently like yester years..

Sucks huhhh?






That is the truth about this life given by the Almighty and it's hard to swallow..

Wednesday, November 25, 2009

Petua Buang Kahak

#######
Petua ini sangat berguna kepada semua lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka rosakkan paru-paru dengan nikotin rokok..Bagi mereka yang bergelar perokok, paru-paru mereka dan saluran esofogus mereka penuh dengan kahak..Itu kajian saintifik..Kerana apa, itu tak dapat aku jawab..Tapi sememangnya itulah kebenarannya..

Ambil sebatang serai, tumbukkan hujungnya dan masukkan kedalam segelas air suam..
Minum sampai habis..Dengan izin Tuhan, kahak didalam kerangka akan mula berkurang dan menipis jika anda praktikkan dengan kerap..

Selamat mencuba~~


Friday, November 13, 2009

Shopaholic: Item #1






-------
Bilalah aku dapat beli kasut ini...




Classicsportshoes

Sunday, November 8, 2009

Petua Memikat Umang-umang

One of funniest video recorded at Mabul Island..Petua memikat umang-umang keluar dari cengkerang..Diajar secara langsung oleh anak-anak Bajau Laut..haha~~

Thursday, November 5, 2009

Mabul Island

A sweet escape..perkataan paling tepat untuk describe percutian aku ke Pulau Mabul, Sabah..

Sebagai seorang yang gilakan percutian ke pulau, tiada tempat lain yang setanding dengan pulau ini di Malaysia..I'm speechless..

Tempat aku duduk tu dipanggil ScubaJeff Guest House..Tempat ni memang terbaik and more into backpackers style and homestay..Bagi mereka yang inginkan kehidupan santai, wajib duduk disini..Jika tak senang dengan kehidupan berkongsi tandas atau lebih sukakan privasi, nak duduk di tempat yang lebih selesa, ada resort mewah..Tapi, baik korang tak yah datang pulau lah..

ScubaJeff Guesthouse. Rumah diatas laut. Indah..

Jika nak dibandingkan dari segi snorkeling, di Pulau Kapalai adalah yang terbaik pernah aku lalui..Pulau Mabul biasa-biasa sahaja..tapi, keindahan Pulau Mabul, sukar untuk dibandingkan lebih2 lagi dari segi keramahan penduduknya yang terdiri daripada Bajau Laut, Sulu, dan pelarian Filipino..Tidak sedikit terdetik dalam fikiran yang kami tidak selamat disini..Snorkel di Kapalai terasa sangat penat, kerana coral di situ sangat-sangat banyak! Hidupan laut juga sangat banyak dan bermacam-macam rupa..Aku rasa hampir 200 meter kawasan coral reef disitu..Dan dalam kesamaran laut dalam, akan kelihatan lagi coral yang tidak dapat kami pergi kerana ia terletak di kedalaman hampir 10 meter..Aku tak dapat bayangkan jika dapat berscuba disini..

Kami hampir-hampir berscuba..Pemilik tempat itu nak bagi kami pengalaman berscuba dengan hanya membayar RM200 sahaja..Bukan ambil lesen, cuma nak merasai bagaimana nikmat berscuba..Pada mulanya kami semua bersetuju, sebabnya brother Jeff tu kuat mencucuk, tontonkan kami dengan video dan gambar menarik di dasar laut..Tapi bila saja kami dah pergi snorkel sehari suntuk pada hari kedua, kami sudah kepenatan untuk berscuba pada hari ketiga..Tambahan pula, ada yang risau sekiranya tak lepas nak bernafas dengan tangki oksigen di dalam laut..Menyesal pun ada, tapi aku akan sampai ke sana dengan membawa lesen yang sah..Tapi kepuasan bersnokel menghilangkan penyesalan itu..


A pool in the sea..Tempat santai di tengah laut

4 hari dan 3 malam..Memang cukup untuk menerobos masuk ke dalam kehidupan Mabulian..Kepada rakan-rakan diluar sana yang sukakan percutian ke pulau, Mabul Island adalah destinasi yang wajib pergi..Percayalah, korang akan terkedu..Aku sudah pergi ke Perhentian dan Redang, dua tempat paling menarik di Malaysia..Tetapi, setelah sampai ke Mabul, tiada kata yang dapat aku ucapkan..Apa yang ada di Mabul, aku tak pernah alami di Redang atau Perhentian..Layanan yang kami dapat di ScubaJeff juga 1st class. Aku takkan dapat layanan seperti ini jika aku duduk di resort mewah..Kami dapat makan ketam dan ikan fresh pagi-pagi..Siap boleh order nak ikan apa dari orang Bajau Laut yang datang menjual..Kehidupan seperti hidup di kampung..Kami cepat mesra dengan penduduk ScubaJeff..


The Flying Mabulian aka Penyu Merah


Aku bercadang untuk pergi lagi ke Mabul, selain ke Sipadan untuk diving..InsyaAllah..Suatu hari nanti..

Pemandangan sebenar matahari terbenam di ScubaJeff


And the best part is, bangun pagi, buka tingkap bilik, terjun tiruk ke laut..goshh~~
Dan juga, i met with lots of new friends..

Untuk info lebih mengenai ScubaJeff, sila ke sini
.

pictures courtesy of Izwa Hasnan, A Mabulian Member




Tuesday, October 20, 2009

Video: Obesiti

Kalau ada benda ni install kat Malaysia, pasti ramai yang tak obes..


Friday, October 16, 2009

Hilang Punca

Kerjaya



Rumah



Kereta



Duit



Kasut



Gadgets





Sejak kebelakangan ini, aku banyak berfikir tentang kehidupan..Aku tidak tahu apa yang aku cari selama ni..Sejak dari kecil, kita telah diajar di sekolah dengan buku teks, orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai kerjaya yang besar, rumah besar, dan kereta mewah..Itulah yang disuapkan kepada kita oleh sistem kapitalis dan kita boleh lihat realiti ini di papan iklan malahan dalam media cetak atau elektronik yang tidak mengenal siang dan malam terus menerus mencuci cara kita berfikir tentang kehidupan...Inilah sistem kapitalis..

Kitaran kerjaya seseorang adalah berbeza..Kitaran ini telah dibentuk zaman berzaman oleh bapak-bapak kapitalis..Kita tidak akan mungkin melihat semua manusia berkerjaya sebagai doktor..Tidak semua manusia akan bergelar jurutera terkemuka..Tidak semua manusia akan menjadi peguam terkenal..Pasti akan ada manusia yang akan bergelar sebagai operator pengeluaran dan pekerja ladang dan estet..Ini kerana ini adalah sistem kapitalis..Tidak semua akan berjaya di dalam kolej atau di universiti..Ini kerana telah diletakkan sistem kuota, berapa peratus yang perlu diluluskan dan berapa banyak manusia yang perlu digagalkan..Kuota ini dilahirkan oleh pemain sistem kapitalis..Selain itu juga, tidak semua manusia itu dianugerahkan dengan akal fikiran yang bijak atau separa bijak..Akan ada yang kurang bijak..Kenyataan inilah dijadikan idea sistem kapitalis dan sistem ini tidak akan berhenti kerana sampai kiamat pun pecahan-pecahan ini akan berterusan..Inilah kitaran kapitalis..Dimana ada ketua, disitulah akan ada batak-batak pencacai..Jika tidak ada pencacai, siapa mahu menjalankan kilang-kilang dan estet-estet?

Aku runsing dengan keadaan aku..Pada masa ini akal fikiran sangat tidak terkawal. Aku sering berfikir bahawa, apa sebenarnya yang aku inginkan?

Aku memang inginkan sebuah rumah..Sudah berpuluh rumah telah aku tengok dan setiap kali itulah, aku membuat keputusan untuk membeli..Tetapi, dalam pada masa yang sama, satu perasaan ini membuatkan aku hilang pendirian untuk meneruskan hajat. Jujur aku cakap, aku bingung..Tidak tahu kenapa dalam sesaat sahaja keinginan itu boleh hilang sekelip mata..Soalan yang sama sering berligat dalam kepala; Adakah ini yang aku nak?

Manusia selalu memikirkan kerjaya bersamaan dengan duit. Bekerja untuk mendapatkan duit..Dunia tidak bererti jika tidak berduit. Inilah pemikiran kapitalis yang disuap kepada kita..Aku sering tertanya-tanya, kenapa aku perlu bekerja? Adakah kerana duit atau kerana sistem telah mengajar aku, berkerjalah untuk mendapatkan duit..Aku sering percaya, jika kita bekerja dengan hati yang ikhlas dan bukan kerana pulangan, kita akan gembira..Dan aku masih mencari jawapan untuk itu..

Erti kehidupan yang sebenar bagi aku, telah hilang..Untuk sekalian manusia di dunia, kita telah hilang punca..Hilang kepercayaan tentang kehidupan..Disebabkan kemahuan dunia atau itu kemahuan aku sendiri..

Aku terasa seperti aku telah menyimpang jauh..Persimpangan dilema seorang hamba yang lemas dalam kehidupan kapitalis..Sistem kapitalis bukan berpaksikan Kaabah, tetapi berpaksikan kepada........Wang..

Manusia lalai kerana terus-terusan memikirkan tentang bagaimana cara untuk terus bernafas di dunia..Tanpa meletakkan asas yang paling penting iaitu semua ini, adalah kerana Tuhan..Aku hilang punca kerana kelalaian ini..Kelalaian terhadap wang yang banyak dan takut terhadap kegagalan untuk hidup di dunia kerana tidak mempunyai keperluan-keperluan dunia yang disenaraikan di atas..

Dalam mencari-cari jawapan kepada erti kehidupan, aku bercadang untuk menziarah Kaabah hujung tahun ini..Sudah lama aku inginkan..Aku rasa tempat ini sesuai untuk menemui jalan sebenar kehidupan..

Tetapi aku punya satu masalah besar..sangat besar...






Aku tidak punya wang yang cukup..Ia menelan belanja hampir enam ribu ringgit Malaysia untuk terbang ke Tanah Haram..