Thursday, November 5, 2009

Mabul Island

A sweet escape..perkataan paling tepat untuk describe percutian aku ke Pulau Mabul, Sabah..

Sebagai seorang yang gilakan percutian ke pulau, tiada tempat lain yang setanding dengan pulau ini di Malaysia..I'm speechless..

Tempat aku duduk tu dipanggil ScubaJeff Guest House..Tempat ni memang terbaik and more into backpackers style and homestay..Bagi mereka yang inginkan kehidupan santai, wajib duduk disini..Jika tak senang dengan kehidupan berkongsi tandas atau lebih sukakan privasi, nak duduk di tempat yang lebih selesa, ada resort mewah..Tapi, baik korang tak yah datang pulau lah..

ScubaJeff Guesthouse. Rumah diatas laut. Indah..

Jika nak dibandingkan dari segi snorkeling, di Pulau Kapalai adalah yang terbaik pernah aku lalui..Pulau Mabul biasa-biasa sahaja..tapi, keindahan Pulau Mabul, sukar untuk dibandingkan lebih2 lagi dari segi keramahan penduduknya yang terdiri daripada Bajau Laut, Sulu, dan pelarian Filipino..Tidak sedikit terdetik dalam fikiran yang kami tidak selamat disini..Snorkel di Kapalai terasa sangat penat, kerana coral di situ sangat-sangat banyak! Hidupan laut juga sangat banyak dan bermacam-macam rupa..Aku rasa hampir 200 meter kawasan coral reef disitu..Dan dalam kesamaran laut dalam, akan kelihatan lagi coral yang tidak dapat kami pergi kerana ia terletak di kedalaman hampir 10 meter..Aku tak dapat bayangkan jika dapat berscuba disini..

Kami hampir-hampir berscuba..Pemilik tempat itu nak bagi kami pengalaman berscuba dengan hanya membayar RM200 sahaja..Bukan ambil lesen, cuma nak merasai bagaimana nikmat berscuba..Pada mulanya kami semua bersetuju, sebabnya brother Jeff tu kuat mencucuk, tontonkan kami dengan video dan gambar menarik di dasar laut..Tapi bila saja kami dah pergi snorkel sehari suntuk pada hari kedua, kami sudah kepenatan untuk berscuba pada hari ketiga..Tambahan pula, ada yang risau sekiranya tak lepas nak bernafas dengan tangki oksigen di dalam laut..Menyesal pun ada, tapi aku akan sampai ke sana dengan membawa lesen yang sah..Tapi kepuasan bersnokel menghilangkan penyesalan itu..


A pool in the sea..Tempat santai di tengah laut

4 hari dan 3 malam..Memang cukup untuk menerobos masuk ke dalam kehidupan Mabulian..Kepada rakan-rakan diluar sana yang sukakan percutian ke pulau, Mabul Island adalah destinasi yang wajib pergi..Percayalah, korang akan terkedu..Aku sudah pergi ke Perhentian dan Redang, dua tempat paling menarik di Malaysia..Tetapi, setelah sampai ke Mabul, tiada kata yang dapat aku ucapkan..Apa yang ada di Mabul, aku tak pernah alami di Redang atau Perhentian..Layanan yang kami dapat di ScubaJeff juga 1st class. Aku takkan dapat layanan seperti ini jika aku duduk di resort mewah..Kami dapat makan ketam dan ikan fresh pagi-pagi..Siap boleh order nak ikan apa dari orang Bajau Laut yang datang menjual..Kehidupan seperti hidup di kampung..Kami cepat mesra dengan penduduk ScubaJeff..


The Flying Mabulian aka Penyu Merah


Aku bercadang untuk pergi lagi ke Mabul, selain ke Sipadan untuk diving..InsyaAllah..Suatu hari nanti..

Pemandangan sebenar matahari terbenam di ScubaJeff


And the best part is, bangun pagi, buka tingkap bilik, terjun tiruk ke laut..goshh~~
Dan juga, i met with lots of new friends..

Untuk info lebih mengenai ScubaJeff, sila ke sini
.

pictures courtesy of Izwa Hasnan, A Mabulian Member




3 comments:

Mohd Syabandi said...

Wonderful pictures..

Kieng Meng said...

u need to go there syah..
blk je dari sana, kompem tak leh nak buat keje..

adreen said...

cilakak