Tuesday, May 4, 2010

Review: www.mistisfiles.blogspot.com

***

Disini aku nak kongsi dengan semua rakan-rakan yang membaca dan rakan bloggers dengan satu blog yang diberi nama mistisfiles

Aku pernah terbaca sebelum ni, tapi mulanya aku rasa macam malas nak baca, sebab entry semuanya sangat panjang untuk dibaca. Hinggalah baru-baru ni seorang kenalan di kilang kicap berkongsi dengan aku ilmu-ilmu tentang aluminati yang dia ketahui dan terpacul dari mulutnya supaya mengajak aku untuk baca blog ni..

Penulis Mistisfiles atau hanya dikenali sebagai MO dikalangan followernya, datangnya daripada Malaysia..Ya, seorang Malaysia..Ia membuat banyak research tentang aluminati, Free Mason dan teori konspirasi yang berkait rapat dengan AntiChrist..

Ada 3 benda yang aku suka dengan blog ini:

1) Sudah sekian lama, aku mencari-cari dari mana asal usul kaum Melayu..Kita diajar dari buku teks Sejarah, zaman batu dan tiba-tiba masuk ke zaman Parameswara datang Melaka dan tiba-tiba ada Sultan Kelantan dan Sultan Kedah dan lain2..Seperti ada satu lohong hitam yang sengaja dipadamkan daripada fakta sejarah yang sebenar, dari mana asalnya orang Melayu sebenarnya? Disini sedikit sebanyak penulis membuat research asal usul orang Melayu dan dikaitkan dengan Free Mason..

2) Banyak menceritakan tentang konspirasi dunia, aluminati, Free Mason, AntiChrist dan kisah kejadian alam dan dikaitkan dengan hukum Fizik dan petikan dari Al-Quran dan Hadith (banyak diceritakan didalam topik 'The Matrix'..Bagus untuk mereka yang ingin tahu dengan lebih mengenai AntiChrist kerana diceritakan dalam BM..

3) Kajian dan penyelidikan yang diselitkan nota kaki dari mana fakta diambil; transkrip lama; batu bersurat yang kita tidak pernah tahu; buku-buku sejarah dan lain-lain..

Topik Free Mason dan aluminati sangat panas kebelakangan ini (bagi mereka yang baru celik mata tentang AntiChrist memang tengah bersemangat mencari-cari sumber yang boleh dirujuk)..Ramai kenalan di tempat kerja pun sudah mula celik dan peka dengan topik ini..Memang trend sekarang semuanya beralih ke arah mencari kebenaran kehidupan..Atau mungkin kerana kiamat sudah semakin hampir, dan ia adalah gerak hati yang spontan untuk kembali kepada Tuhan yang Esa..InsyaAllah..

Tapi aku nak bagi amaran..Penulisan di dalam blog ini banyak menyentuh isu ketuhanan. Aku tak baca habis lagi..tapi selepas membuat pembacaan yang tak seberapa, aku rasa bagi sesiapa yang tak rasa boleh teruskan selepas membaca, tolong berhenti..Jangan teruskan..Bagi aku penulisannya sangat deep yang menjangkau pemikiran manusia biasa..Ia boleh membuat anda rasa tidak selesa dan otak tidak dapat memproses maklumat yang disampaikan..Ini adalah pengalaman yang aku pernah hadapi pada satu masa dahulu dan jangan main-main..Penulisan didalamnya adalah kajian yang dibuat sendiri oleh penulis..Terpulang kepada pembaca untuk merumuskannya..Hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Sesiapa yang tahu sumber-sumber lain yang berkaitan, share la disini. ^_^

Selamat Membaca!

***

2 comments:

NuR said...

kalau nak tahu mengenai freemason saya rase blog nie sedikit sebanyak boleh membantu.
http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/

Anonymous said...

just penambahan., mungkin kpd sesiapa yang nk membaca blog tu kena open mind ckit n banyak tahu tentang sejarah Islam selain dunia.