Wednesday, October 14, 2009

Review: Papadom



Papadom...Aku pun confuse kenapa dipilih tajuk Papadom..

Aku seorang peminat Afdlin Shauki dan aku selalu percaya yang dia mengambil nama aku, cuma ubah Q dengan K..Tapi, aku tak kesah..Dengan nama tu la dia jadi femes sekarang..

Aku bukan peminat filem Melayu, lebih-lebih lagi jika Prof Mamak yang bikin. Tapi, jika Afdlin yang bikin, memang wajib tonton..

Filem ini adalah refleksi diri Afdlin Shauki sendiri seperti yang tertulis dalam blognya..Ternyata, filem ini adalah filem terbaik pernah dihasilkan Shauki.....Ops..terasa kekok panggil dia Shauk(q)i..Afdlin lah..Ya, terbaik..No wonder la sebelum ditayangkan, dah dinobatkan Filem Terbaik dalam Festival Fielm Malaysia baru-baru ini..




Bagi aku, filem ni membuatkan penonton secara tak langsung mendalami perasaan Saadom..Ya, aku pun terasa macam aku tengah berlakon watak Saadom pada masa tu..Riak wajah Afdlin sangat real dan dia menjiwai watak Saadom dengan penuh khusyuk dan tawadhu'..

Berapa banyak scene pemecah perut yang membuatkan penonton tak kering gusi, juga diselitkan scene yang membuatkan korang mendengar tangisan di dalam panggung..Aku mengaku, filem ini berjaya membuatkan mata aku bergenang, lebih-lebih lagi semasa Saadom menangis teresak-esak dan cuba menerangkan kepada Miasara kenapa dia sanggup berbuat apa saja demi anaknya yang satu walaupun Saadom tahu, dia tidak punya kehidupan lain melainkan anaknya..

Sesungguhnya filem ini terlalu mulia untuk dibeli dari cina cetak rompak..Jangan beli cetak rompak! Kepada yang belum berpeluang menonton, pergi sekarang dan jangan pandang belakang..Bawak sedara mara, anak bini, teman-teman terus ke panggung wayang berdekatan..Pedulikan bos korang..Pergi sekarang! Anda tidak akan menyesal..Mesti nak tengok kali kedua..Aku sedang bersiap untuk nonton lagi..


To Afdlin Shauki: Kudos to you!


ow ya..kudos to Liyana Jasmay yang tomey..



p/s: Miasara dapat 20A, tapi pergi sambung degree perfileman kat UiTM..logik tak? Kenapa mesti UiTM????
tak standard..ow me lord!!

dan aku lapar sama nasi kandar..moh pakat ke USM?

12 comments:

cEnD@LiL@ said...

tul la kie...aku pun mcm br teringat..miasarah dpt 20A tp masuk uitm..mcm x logik maa..tp ape2 pun cite nih sgt la best..aku suke!!

Mohd Syabandi said...

Aku setuju cite ni best..

Aku setuju dia masuk UITM w/pun dpt 20A, tapi

Tak setuju pilih bidang perfileman?? Mcm tak serius & tak ssi lak budak excellent giler tapi pilih course ringan...

Kieng Meng said...

UiTM takde class..stupis decision to go there with that super duper result..

perfileman, mungkin itu keinginan dia..minat orang tak leh nak kata apa..tak boleh halang..

but why UiTM? please la..

Erna Masfiza said...

BABI la choki.. dah ternyata dgn kebijaksanaan dia la dia layak masuk uitm instead off usm... ciss..

Patutnya 20A tu pi over the sea la..

Kieng Meng said...

USM kan over the sea..haaaa...

NO SUPrises said...

dem...
mejatuhkan maruah g Uitm ni...
tgk la alumni2 dia...
sume xleh pakai..
yg dekat dgn kita pun ada...

The story of Saif Al-Hafsham said...

ntah ngarot btol..
budak bijak gitu g Uitm.
tgk la sape ngajar situ.Prof Razak..bikin filem low class.

miezi said...

UiTM?
yuran murah mungkin? plus situ tak payah nak saing sangat dengan non-malay lain, kot.

aku teringin nak tengok movie nih! tolong postkan dvd, boleh? ;) *wink*

Kieng Meng said...

ya ya mungkin..tapi ko kena tunggu tahun depan la nak tunggu original punya..no pirate ok? kih3

candylips_izy said...

papadom..?
nice muvie..seyesly..

to abam soki:

kenapa tajuk dia :papadom"?

papa+saaDOM..!!!
(kan bini dia panngil dia DOM?)

filem untuk semua papa dis eluruh malaysia.
:)

Kieng Meng said...

ow ya lah..yup2

fndrocka said...

sebab fakulti seni kat UITM sangat banyak melahirkan bakat-bakat.

universiti mana lagi eh ada course camtu...