Tuesday, October 20, 2009

Video: Obesiti

Kalau ada benda ni install kat Malaysia, pasti ramai yang tak obes..


Friday, October 16, 2009

Hilang Punca

Kerjaya



Rumah



Kereta



Duit



Kasut



Gadgets





Sejak kebelakangan ini, aku banyak berfikir tentang kehidupan..Aku tidak tahu apa yang aku cari selama ni..Sejak dari kecil, kita telah diajar di sekolah dengan buku teks, orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai kerjaya yang besar, rumah besar, dan kereta mewah..Itulah yang disuapkan kepada kita oleh sistem kapitalis dan kita boleh lihat realiti ini di papan iklan malahan dalam media cetak atau elektronik yang tidak mengenal siang dan malam terus menerus mencuci cara kita berfikir tentang kehidupan...Inilah sistem kapitalis..

Kitaran kerjaya seseorang adalah berbeza..Kitaran ini telah dibentuk zaman berzaman oleh bapak-bapak kapitalis..Kita tidak akan mungkin melihat semua manusia berkerjaya sebagai doktor..Tidak semua manusia akan bergelar jurutera terkemuka..Tidak semua manusia akan menjadi peguam terkenal..Pasti akan ada manusia yang akan bergelar sebagai operator pengeluaran dan pekerja ladang dan estet..Ini kerana ini adalah sistem kapitalis..Tidak semua akan berjaya di dalam kolej atau di universiti..Ini kerana telah diletakkan sistem kuota, berapa peratus yang perlu diluluskan dan berapa banyak manusia yang perlu digagalkan..Kuota ini dilahirkan oleh pemain sistem kapitalis..Selain itu juga, tidak semua manusia itu dianugerahkan dengan akal fikiran yang bijak atau separa bijak..Akan ada yang kurang bijak..Kenyataan inilah dijadikan idea sistem kapitalis dan sistem ini tidak akan berhenti kerana sampai kiamat pun pecahan-pecahan ini akan berterusan..Inilah kitaran kapitalis..Dimana ada ketua, disitulah akan ada batak-batak pencacai..Jika tidak ada pencacai, siapa mahu menjalankan kilang-kilang dan estet-estet?

Aku runsing dengan keadaan aku..Pada masa ini akal fikiran sangat tidak terkawal. Aku sering berfikir bahawa, apa sebenarnya yang aku inginkan?

Aku memang inginkan sebuah rumah..Sudah berpuluh rumah telah aku tengok dan setiap kali itulah, aku membuat keputusan untuk membeli..Tetapi, dalam pada masa yang sama, satu perasaan ini membuatkan aku hilang pendirian untuk meneruskan hajat. Jujur aku cakap, aku bingung..Tidak tahu kenapa dalam sesaat sahaja keinginan itu boleh hilang sekelip mata..Soalan yang sama sering berligat dalam kepala; Adakah ini yang aku nak?

Manusia selalu memikirkan kerjaya bersamaan dengan duit. Bekerja untuk mendapatkan duit..Dunia tidak bererti jika tidak berduit. Inilah pemikiran kapitalis yang disuap kepada kita..Aku sering tertanya-tanya, kenapa aku perlu bekerja? Adakah kerana duit atau kerana sistem telah mengajar aku, berkerjalah untuk mendapatkan duit..Aku sering percaya, jika kita bekerja dengan hati yang ikhlas dan bukan kerana pulangan, kita akan gembira..Dan aku masih mencari jawapan untuk itu..

Erti kehidupan yang sebenar bagi aku, telah hilang..Untuk sekalian manusia di dunia, kita telah hilang punca..Hilang kepercayaan tentang kehidupan..Disebabkan kemahuan dunia atau itu kemahuan aku sendiri..

Aku terasa seperti aku telah menyimpang jauh..Persimpangan dilema seorang hamba yang lemas dalam kehidupan kapitalis..Sistem kapitalis bukan berpaksikan Kaabah, tetapi berpaksikan kepada........Wang..

Manusia lalai kerana terus-terusan memikirkan tentang bagaimana cara untuk terus bernafas di dunia..Tanpa meletakkan asas yang paling penting iaitu semua ini, adalah kerana Tuhan..Aku hilang punca kerana kelalaian ini..Kelalaian terhadap wang yang banyak dan takut terhadap kegagalan untuk hidup di dunia kerana tidak mempunyai keperluan-keperluan dunia yang disenaraikan di atas..

Dalam mencari-cari jawapan kepada erti kehidupan, aku bercadang untuk menziarah Kaabah hujung tahun ini..Sudah lama aku inginkan..Aku rasa tempat ini sesuai untuk menemui jalan sebenar kehidupan..

Tetapi aku punya satu masalah besar..sangat besar...






Aku tidak punya wang yang cukup..Ia menelan belanja hampir enam ribu ringgit Malaysia untuk terbang ke Tanah Haram..

Wednesday, October 14, 2009

Review: Papadom



Papadom...Aku pun confuse kenapa dipilih tajuk Papadom..

Aku seorang peminat Afdlin Shauki dan aku selalu percaya yang dia mengambil nama aku, cuma ubah Q dengan K..Tapi, aku tak kesah..Dengan nama tu la dia jadi femes sekarang..

Aku bukan peminat filem Melayu, lebih-lebih lagi jika Prof Mamak yang bikin. Tapi, jika Afdlin yang bikin, memang wajib tonton..

Filem ini adalah refleksi diri Afdlin Shauki sendiri seperti yang tertulis dalam blognya..Ternyata, filem ini adalah filem terbaik pernah dihasilkan Shauki.....Ops..terasa kekok panggil dia Shauk(q)i..Afdlin lah..Ya, terbaik..No wonder la sebelum ditayangkan, dah dinobatkan Filem Terbaik dalam Festival Fielm Malaysia baru-baru ini..




Bagi aku, filem ni membuatkan penonton secara tak langsung mendalami perasaan Saadom..Ya, aku pun terasa macam aku tengah berlakon watak Saadom pada masa tu..Riak wajah Afdlin sangat real dan dia menjiwai watak Saadom dengan penuh khusyuk dan tawadhu'..

Berapa banyak scene pemecah perut yang membuatkan penonton tak kering gusi, juga diselitkan scene yang membuatkan korang mendengar tangisan di dalam panggung..Aku mengaku, filem ini berjaya membuatkan mata aku bergenang, lebih-lebih lagi semasa Saadom menangis teresak-esak dan cuba menerangkan kepada Miasara kenapa dia sanggup berbuat apa saja demi anaknya yang satu walaupun Saadom tahu, dia tidak punya kehidupan lain melainkan anaknya..

Sesungguhnya filem ini terlalu mulia untuk dibeli dari cina cetak rompak..Jangan beli cetak rompak! Kepada yang belum berpeluang menonton, pergi sekarang dan jangan pandang belakang..Bawak sedara mara, anak bini, teman-teman terus ke panggung wayang berdekatan..Pedulikan bos korang..Pergi sekarang! Anda tidak akan menyesal..Mesti nak tengok kali kedua..Aku sedang bersiap untuk nonton lagi..


To Afdlin Shauki: Kudos to you!


ow ya..kudos to Liyana Jasmay yang tomey..



p/s: Miasara dapat 20A, tapi pergi sambung degree perfileman kat UiTM..logik tak? Kenapa mesti UiTM????
tak standard..ow me lord!!

dan aku lapar sama nasi kandar..moh pakat ke USM?

Tuesday, October 13, 2009

Nota 1

"Mu tahu dok, ghama dok tanyo kaba Dondunks pah gi mano doh! Dok denga kaba lamo..Maeng supo oghe gilo dok kaba make geh gapo, kube habih maeng! haha Dulu kito dok kaba demo dok tengok ko'ghe..Dok cayo aku.."



"Guano mu tahu?"



"Ado oghe USM dok tanyo aku lah! Maeng kube habih, kalu duk tengok balik dale bilik, suko aku tengok..haha"



"Mu bia beto..Dok cayo aku ado oghe tanyo Dondunks."



Kadang-kadang tu, kita tak tahu apa yang kita buat tu ada memberi kesan kepada manusia di persekitaran.. Tapi dalam kes Dondunks ni, sampai sekarang aku tak percaya yang teks di atas yang dihantar seorang ahli band member Dondunks, benar atau tidak.. Seriously, tak boleh terima..


Nak kata rockstar, tak de lah.. Kami hanya main lagu cover..masa itu masih muda, tak belajar lagi nak buat lagu sendiri..Tapi jujurnya, kami memang punya follower yang agak ramai..Itupun kerana support dari kawan-kawan..Promosi percuma, mereka yang war-warkan kepada semua tentang kami..

Tapi, itulah..Aku masih lagi mencari idea untuk membuat hipotesis apakah kesan yang signifikan telah diberikan oleh Dondunks kepada semua..Tapi bila pikir-pikir balik kes ada orang tanya khabar tu, aku tersenyum sendirian jugak laa..heee~~ tak sangka..


Lagi satu, aku memang rindukan Dondunks.

Aku dah draft satu message dalam h/p aku..Ia berbunyi..






"Are you guys up for a REUNION?"







Gambar masa 1st year, 1st performance kami di USM..tengok muka aku, sangat muda..


p/s: time battle of the band, cover lagu The New, by Interpol dan lagu Kopratasa Masihkah Kau Ingat versi Ska..teringat aku main time tu..memang tangkap puas..

Sunday, October 4, 2009

Short Messages

Jam menunjukkan pukul 815am.


Message #1

Boss #1: 830am meet me in my office.



Message #2

Boss #2: Meet me at my office at 9. Call E*** as well.



Message #3

Boss #3: Meeting brought 4wd to 9am. Please come now.




Agak-agak apa jawapan aku dan apa aku buat?

Thursday, October 1, 2009

Review: 15Malaysia

15Malaysia is a short film project. It consists of 15 short films made by 15 Malaysian filmmakers. These films not only deal with socio-political issues in Malaysia, they also feature some of the best-known faces in the country, including actors, musicians and top political leaders. Arwah Yasmin Ahmad also contributing one of these 15 short films called Chocolate.

Tuan Guru Nik Aziz, Khairy Jamaluddin, Tian Chua, Jason Lo, Dato Liow Tiong Lai, Zaid Ibrahim, Adibah Noor, Sharifah Amani, and Amber Chia are among main actors in these films. Namewee, the controversial Negarakuku rap singer, also made an appearance as a lead actor.

Khairy Jamaluddin also known as KJ as Malaysians called him, made a tremendous performance for being a cab driver which saw him get a lot of kudos from everyone who watch Meter. He has a talent though.

One of my favourite film is Potong Saga. It is a laugh out loud film. The main actor, Namewee was caught in misintepret the Islamic law when he wants to open an Islamic bank account.

Harith Iskandar starred in Slovak Sling where a polotician tries to entice his opposition to switch party as an illegal DVD seller looks on to gain some useful knowledge.

I must say that after watching this, all of the subjects were true and it does make sense. It's really happening in our country, if you notice it or not. When we are living in a Draconian country and 'silent' is the code of law, this is one of our way to express our feelings and what we thought of Malaysia.

15Malaysia is a recipe of Malaysia, which consist of every aspects, from the negative stand point and also the positive side of Malaysia. These 15s will be binded together and to be named as Malaysia.

It is good for the people of the world to know more about Malaysia.

For more videos, go to 15Malaysia