Saturday, September 19, 2009

Hobi Baru


Minggu lalu pergi ke Wangsa Walk Mall di Wangsa Maju. Pada masa itu baru beberapa hari ia dibuka. Aku tak tahu nak kemana sesudah pulang dari Citi Bank untuk melangsaikan hutang. Jadi terus kesini..

Aku secara jujur memang liat untuk membaca, lagi-lagi jika karya membosankan tentang sejarah Malaysia. Jika sejarah yang bertentangan, lain cerita..Meletup-letup jiwa nak membaca..Novel, ada sedikit ke arah itu..Aku sudah punya karya ulung Mario Puzo's Godfather dan The Last Don, original..tapi sudah lama hilang..celaka~

Aku terus masuk ke kedai buku Popular, itupun aku teringat seorang sahabat di kilang dia tercari-cari buku Malaysia Kita, buku untuk pembacaan pengambil peperiksaan kemasukan ke kerajaan.

Sedang mencari-cari, aku terfikir tentang cukai pendapatan.



Untuk tahun ini, aku langsung tidak ada apa-apa benda dapat ditolak daripada cukai aku.
5 bulan aku beli majalah ROTTW tanpa resit. Itu sudah hampit RM30 tidak dapat aku tuntut..

Shit!


Lantas aku terfikir untuk membeli belah buku..Buku yang diatas ni yang aku beli tempoh hari..
Sebuah novel agung masa kini, The Interpretation of Murder dan sebuah lagi adalah buku Grammar for Good English, untuk memperbaiki English tunggang langgang aku..hehe


Masuk gaji ni ingat nak beli Stephenie Meyer's Twilight, complete saga..yeahhh!!



p/s: nak cari balik semua koleksi karya Mario Puzo dalam e-bay

5 comments:

GombakRock said...

bagus hobi baru kau ni...kalau 26-27/10 ni free dtg ar annexe central market...aku jual buku kat art for grabs...buku2 yg tebaik ada disana...kawan2 lain juga jemput datang...

Kieng Meng said...

baiklah...barang-barang rare adakah?

GombakRock said...

ada...tapi aku tak jual ar...sume bawah rm100..

GombakRock said...

info lebih gi sini ye: http://www.annexegallery.com/index.php?option=com_eventlist&view=details&id=117:art-for-grabs-raya-special&Itemid=28

miezi said...

resit tu penting. simpan elok-elok.


p/s: aku pinjam resit kawan ;)