Wednesday, September 2, 2009

Cerita di Bazaar Ramadhan #1

Hari Isnin lepas, pergi ke Bazaar Ramadhan Keramat AU, di seberang jalan kilang TIM..bazaar ini sangat membosankan..Nasib baik ada Murtabak Singapura yang tersohor..Membe yang berwarganegara Singapura juga cakap murtabak kat sini tarbaik..

Aku pergi membeli juadah manisan berbuka..Target aku adalah kuih yang menyerupai kura-kura (maaf,aku tak tau nama haha) dan kuih gulung..

Kalu ikutkan, 5 biji kuih sama dengan RM2..

Aku katakan pada brother 1,

"Bang, bagi kuih yg ni (sambil tunjuk kuih tu) singgit, yang tu singgit."

Brother 1 - "5 keping dua hinggit bang."

Aku - "Tau, bagi singgit singgit."

Brother 1 - "Tak bang, tak. 5 keping dua hinggit."

Aku - "Ya Rabbi. Aku cakap aku nak singgit singgit. Takkan tak boleh."

Brother 1 berbisik dekat Brother 2 - "Camne nak buat singgit singgit?"

Brother 2 - "Buat la singgit singgit dol. Bahagi la dua."

Brother 1 - "Hmmm yang sebijik tu nak potong dua?"

"Kepapppppp!!!"

Bunyi aku tepuk dahi dan pejamkan mata sambil menggelengkan kepala..

Sengal tahap Gaban..Benda simple pun tak leh nak pusing..

Payah sangat ke request aku tu??

6 comments:

sns said...

kuih tu warna ijau ek?ade gula kat dalam?kalo tu kuih cara la namanyer shoqi...kalo warna kuning ade cam daging dlm die,kuih cara berlauk..eheh btw org tu sengal x gi sekolah kot or math die kantoi haha

Kieng Meng said...

owh..hehe baru ingat nama kuih tu..

adreen said...

boleh tahn dia punya bangang

Kieng Meng said...

patut kena tampar laju-laju

GombakRock said...

kau ni...selamba je "kura-kura"... sensitif tu...marah abg kau nanti... kah kah kah

Kieng Meng said...

cilakak lu