Friday, June 5, 2009

Sejarah

Sejarah ditulis oleh orang yang menang dan yang berkuasa. Sejarah selalunya diputra belit supaya ceritanya mengangkat dan mengagungkan pihak yang berjuang itu walaupun realitinya, berbeda. Apa yang diperjuangkan atau dibuat oleh pihak yang lain seolah-olah tidak diberikan kredit dan salah sama sekali oleh kerana mereka dipihak yang kalah, walaupun pada asalnya cita-cita mereka adalah sama.

Sejarah kemerdekaan Malaysia yang ditulis pada masa ini semuanya ditulis oleh mereka yang dikatakan memperjuangkan kemerdekaan sehingga tercapainya misi itu. Ini kerana rakyat Malaysia telah termakan dengan informasi yang diputarbelitkan oleh media bahawa perjuangan berhaluan kanan yakni perjuangan yang bersih tiada pertumpahan darah adalah jalan yang diredhai.

Jangan dibodohkan orang Malaysia lagi. Zaman ini zaman siber, semuanya berteraskan IT dan informasi hanya dihujung jari. Makin ramai yang mengetahui apa disebalik perjuangan kemerdekaan Malaysia dan pemulanya bukanlah UMNO seperti yang dicanang-canangkan. Aku agak sedih tatkala membaca posting terbaru Tun Mahathir, Memperlekeh Perjuangan Umno dan menunjukkan betapa ramai orang telah diperbodohkan jika dilihat daripada komen-komen pengunjung yang sangat cetek ilmu sejarah dan menerima bulat-bulat yang ditulis.

Macam Didier Drogba pernah cakap setelah kalah kepada Barcelona dalam separuh akhir kedua Champions League bulan lalu,

"This is a fucking disgrace!!!"

2 comments:

JohnLennon said...

sejarah tetap sejarah.sama ada ditulis,atau disembunyikan.warga yang harus mencarinya.

~kata informasi dihujung jari kan??

Kieng Meng said...

benar itu..buka minda, buka option kepada sebyk mana informasi yang ada..