Thursday, March 26, 2009

Salam dari Gold Coast

Good day mate,

Aku sekarang di Brisbane Airport nak ke Sydney selepas lima hari di Gold Goast. I have a blast in here and I'm fall in love with Gold Coast..seriously..Sori, tak dapat nak post gambar lagi...next time..

Lima hari lagi di Sydney.......

Thursday, March 19, 2009

Review: Al Gore's An Inconvenient Truth

Aku terpanggil untuk buat review setelah membaca entry Earth Hour 2009 karangan Erna. Bersempena dengan Earth Hour 2009, aku nak review sikit satu dokumentari hebat pernah aku saksikan selain Fahrenheit 9/11 dan Bowling for Columbine dan Super Size Me yang berkaitan dengan global warming. Sebelum itu, sejarah Earth Hour itu sendiri bermula di Sydney pada tahun 2007 dalam merencanakan betapa bumi ini telah berada di suatu kedudukan yang membimbangkan disebabkan globalisasi dan kesan-kesan Rumah Hijau (masih hebat aku dlm subjek Sains dan Geografi). Kebetulan juga 28hb Mac semasa Earth Hour ini berlangsung di Sydney, aku berada disana. Kami pun dah google awal-awal event apa yang menarik time kami disana. Nantikan gambar-gambar menarik sekitar event ini. haha..Untuk maklumat lanjut mengenai Earth Hour di Malaysia, sila layari blog merpati sejoli Erna & Sya di sini.

Filem dokumentari An Inconvenient Truth mengisahkan mengenai pemanasan global yang mutakhir ini telah mengubah ekosistem bumi secara total. Dokumentari ini berpaksikan kepada Al Gore, bekas Timbalan Presiden Amerika yang cuba untuk mendidik penduduk dunia betapa penting untuk mereka mengetahui apa yang sedang berlaku kepada planet Bumi ini dan impaknya terhadap kita, dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

Beliau mengupas satu persatu apa yang telah menyebabkan pemanasan global ini berlaku, siapa pemain utamanya dan implikasinya terhadap semua; manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan bumi itu sendiri. Amat menakutkan apabila di akhir cerita beliau menunjukkan gambar apa yang akan terjadi apabila kubah-kubah ais di Greenland dan Kutub Selatan/Utara semakin tipis dan ia akan menaikkan paras laut hampir 6 kaki (seingat aku). Negara Holland yang kita tahu sebahagiannya adalah di bawah paras laut, akan tenggelam. Banyak lagi kawasan yang akan ditenggalami air laut disebabkan kenaikan paras laut ini; China, India, US, Eropah. Beliau juga menjelaskan bagaimana masalah ini berlaku; kenaikan kepadatan penduduk dunia membawa kepada permintaan bahan mentah yang tinggi, i.e. minyah mentah, kayu kayan, arang batu yang semuanya merupakan hasil bumi. Apa akan terjadi apabila kita meningkatkan penebangan pokok-pokok ini dan impaknya terhadap ekosistem bumi?

Filem dokumentari ini ditayangkan pada tahun 2006 dan telah memenangi patung Oscar bagi kategori filem dokumentari terbaik tahun 2007. Al Gore sendiri juga telah memenangi Nobel Peace Prize pada tahun 2007 hasil daripada masterpiece ini. Masterpiece ini merupakan kesinambungan daripada kerja saban tahun beliau dalam melawan pemanasan global dan kesan-kesan rumah hijau. Aku pernah terbaca satu artikel yang menulis betapa Al Gore sangat kecewa apabila beliau kalah dengan George W Bush dalam pilihanraya Presiden yang penuh kontroversi (cuba tengok cerita Recount untuk mengetahui cerita kontroversi ini). Beliau mengimpikan dapat membantu dunia untuk melawan Global Warming jika beliau menjadi Presiden yang mana Amerika tidak menyertai Kyoto Protocol 1997, satu perjanjian yang menghadkan pembebasan gas rumah hijau. Tetapi impian itu tidak menjadi kenyataan. Jadi beliau menghasilkan masterpiece untuk cuba menyampaikannya kepada dunia. Sedikit sebanyak, beliau telah berjaya membuka minda sekelumit rakyat dunia.

Sila tonton dokumentari ini, anda pasti teruja dan anda pasti tertanya-tanya, apa yang patut kita buat dan apa nasib kita nanti. Aku rasa, dalam Astro pun selalu tunjuk. Aku pun tengok cerita ni dekat HBO tapi dua tahun sudah. Cuba cari YouTube kot2 ada.

p/s: Pemain sistem kapitalis tidak akan sesekali tunduk kepada tuntutan dunia kerana mereka yang mengawal proksi ekonomi dunia dan keuntungan menjadi sebab musabab pertama mengapa mereka katakan 'tidak' dalam menentang Global Warming.

Monday, March 16, 2009

Masih Mengharap

Aku hantar kamera Lumix FZ18 aku utk repair flash..dah hampir 2 bulan tapi tak dapat2..Minggu depan aku dah berangkat, macam mana aku nak shoot gambar-gambar hebat macam ni kalu tak de kamera hebat aku tu??

Damn...

Saifoel, dah buat keputusan?


Saturday, March 14, 2009

Plan and Execution

Ada dua orang sahabat yang bernama Awe dan Pak Do . Mereka berdua berkawan baik semenjak kecik lagi. Mereka selalu melepak bersama-sama. Persahabatan mereka tidak renggang walaupun setelah berkahwin. Mereka mempunyai angan-angan yang sama untuk mempunyai bisnes masing-masing.

Pada suatu hari, mereka melepak di kedai mamak seperti biasa. Pak Do memasang impian untuk membuka sebuah gerai burger di depan rumah dia. "Tapi masalahnya aku tak tau apa-apa lagi camne nak buat burger. Kalau nak balun je memang boleh la," kata Pak Do.

Awe menyampuk, " Laaaaa..Yang ko nak bukak gerai burger tu nape..Tak masyuk la..Tak de future bro..Ko tengok aku, aku nak bukak kedai pizza yang luas, orang-orang kaya, dressing kemas, tempat ada aircond, selesa...haaaa, tu baru betul bro.."

Tapi Awe tetap cool. Tak melenting bila dengar kawan baik dia tu berseloroh begitu. Mereka pun balik.

Dua minggu seterusnya, mereka pergi melepak lagi. Pak Do mulakan perbualan, "Dua hari lepas aku gi beli buku kat Jalan TAR cara-cara untuk buat burger. Aku try la buat kat umah..Bini aku cakap boleh tahan..Bangga aku bro..haha...So, ko nye pizza apa citer??"

"Kau ni tak habis-habis dengan burger ko tu..Ko tak dengar ckp aku, tak de future laaa..Apa lah sangat yang ko dapat kalu jual burger depan umah...haihhh..Aku sekarang tengah mencari lagi port mana yang bagus. Ye la, taktik berniaga ni nak kena pandai cari tempat, area mana orang selalu pergi, bape ramai penduduk kat situ..So, tak de progres lagi la..I'm just looking around," ujar Awe. Lantas mereka balik.

Setelah hampir 2 bulan tidak berjumpa, Awe mendapat panggilan dari Pak Do mengajaknya datang ke gerai burger yang baru beroperasi di depan rumahnya.

Awe berkata, "Wei Pak Do, ko nie, memang tak nak mengalah eh? Burger ko tu tak kan ke mana deeee....Ok la, jap lagi aku sampai. Teringin gak nak try."

Sampainya di gerai tu, Awe terus menjamah burger buatan Pak Do.

"Boleh tahan, sodddappp!!!" tempik Awe.

"Makasih..Malu aku..keh2...Hah, apacer pizza ko? Bila nak bawak aku makan tempat ko?" tanya Pak Do.

Sambil menundukkan kepala, Awe menjawab, "Benanya, aku kena hold dulu la bisnes aku tu. Bini aku baru bersalin minggu lepas. So, banyak duit aku nak kena pakai sekarang ni, nak beli brg2 baby. Do, cukup2 la tu..buang masa je ko dok jual burger tepi jln camni. Malu kat orang.."

Setelah hampir setahun gerai Pak Do beroperasi, dia telah mempunyai sebuah restoran burger dengan menggunakan wang simpanan yang ada selain pinjaman dari bank. Pada suatu hari, Pak Do menjemput Awe datang makan ke restorannya.

Sedang asyik mereka berbual, Pak Do bertanya, "Camne plan pizza ko? Mana kedai ko?"

"Alo bro, ko ingat ada future ke ko jual burger. Tak bermakna dengan ko bukak restoran burger ni ko boleh pergi jauh bro. Aku sekarang still lagi cari tempat lagi la. Plan semua dah ada, tempat je tak dapat lagi."

Kebetulan, pada masa yang sama, seorang pelanggan yang datang menjamu selera di restoran datang menegur Pak Do. Beliau bertanyakan sekiranya Pak Do berminat untuk menjadikannya rakan kongsi untuk memperkembangkan lagi empayar burgernya dengan membuka beberapa franchise baru di seluruh pelosok tempat dan ianya masih menggunakan nama burger Pak Do, tiada perubahan apa-apa dari segi hak milik. Pak Do sangat teruja dan terus bersetuju.

Bulan berikutnya, Awe singgah lagi di restoran Pak Do. Awe menjelaskan bahawa dia sekarang dalam keadaan yang terdesak kerana syarikat insurans tempat dia bekerja agak goyang, sudah ramai orang diberhentikan kerja dan tempat dia juga dalam keadaan berbahaya. Awe agak sedih, dan bertanya Pak Do sekiranya dia dapat bekerja dengan di bawah dia disebabkan masalah yang dihadapinya. Pak Do pun cakap "ok la, kau kerja je ngn aku dan jaga salah satu franchise aku kat mana-mana."

Akhirnya, Pak Do menjadi jutawan dan burgernya dikenali ramai di seluruh dunia dengan segala tindakan yang diambil dalam mencapai impian yang bermula dengan angan-angan sembang kedai kopi.

End

The moral of the story - Segala-galanya bermula dengan angan-angan,mimpi, impian, cita-cita, tapi apa yang penting ialah kita plan dan seterusnya bertindak. Tiada makna ada plan but no execution!!! You won't go anywhere but stay at the same spot, forever.....

Monday, March 9, 2009

Oh, manusia

Aku selalu nampak orang cuba menyerlahkan ke'poyo'annya. Baru kejap tadi aku nampak seorang lelaki diawal 40an mungkin, hisap curut besar ala Havana Club sambil duduk bersilang kaki seperti seorang kaya bercermin mata dimalam hari duduk di kedai kupi. Padahal pangkal curut tu tidak dipotong. Baru belajar ye bang?



Aneh kan manusia?

Friday, March 6, 2009

Al-fatihah

70% rakyat Asia mempunyai faktor ketakutan terhadap doktor gigi, ini menurut rancangan Fear Factor, dan mungkin aku termasuk dalam kumpulan ini. Aku tidak pernah cabut gigi dekat klinik. Semenjak aku kecil seawal umur 5 tahun lagi aku memang cabut gigi dengan tangan aku sendiri, menggunakan teknik goyang sikit-sikit lama-lama tercabut dengan sendiri. Ini memang ajaran mak aku. No wonder gigi aku kemas, ada jugak doktor yang geram..ya, memang betul..

Hari ini aku nekad nak cabut gigi geraham, dua-dua belah. Sudah beberapa hari aku bergelumang dengan perasaan tak tahu nak buat keputusan seperti novel The Road Not Taken. Seperti yang kita tahu, gigi geraham gigi yang besar, akarnya panjang. Nauzubillah..Seperti yang aku jangka, doktor cakap, "Inalillah, memang tak dapat diselamatkan. Tapi berita gembiranya, geraham ni geraham bongsu". Katanya itu ada la sikit buat aku rasa lega, alahhh, bongsu, mesti la kecik cinonet.

Agak ngeri jugak, masa dia nak tarik gigi aku tu, dia siap pasang kekuda, sebelah kaki dia letak atas kerusi tempat aku duduk tu. Dalam hati aku cakap tolong la jangan ganas sangat. Dan kepala aku memang tak boleh duduk diam bergegar bagai nak mampus masa dia pulas keluar gigi sampaikan pembantu terpaksa pegang kepala aku. Aku memang cuak gila, aku genggam tangan aku sambil sebelah tangan lagi terkapai-kapai mencari benda yang boleh aku pegang, dan aku tak perasan aku terpegang lengan pembantu perempuan tu sampai selesai. Huhuuhu malu aku..Rasa macam perempuan nak bersalin. lalalaalalala

Nah, hadiah untuk semua. Al-fatihah...

Mode: Seribu kali senyum

Malam ini cerah, ada bulan terang
Malam ini aku bukakan lagu Mati Hidup Kembali
Malam semalam gundah gulana
Malam ini malam mulia
Malam ini aku terasa puas, puas gila
Menggigil walaupun aircond tutup
Tulisan compang camping, kaget katakan
Respon bagus
Ayuh Mara!!!!!!!

(ayat pertama hanya metafora semata-mata, mana ada bulan terang awal bulan)

Sunday, March 1, 2009

Tiga jam sebelum Konsert Alam M. Nasir

Warm up sebelum konsert alam M. Nasir.
Mari bekalaaaookeeee...