Agak terlewat juga untuk aku post. Tak ada masa nak online dalam minggu ni. Balik je dari kampung terus masuk kerja dan off to Port Dickson, cuti-cuti Malaysia dengan rakan-rakan TIM.
Tahun ni pertama kali aku berkorban. Pada mulanya aku ingat dah terlewat untuk amik satu bahagian sebab dapat cuti pun dua hari sebelum raya. Mujur ayah aku dah book untuk aku awal-awal. Alhamdulillah berpeluang gak aku berkorban. Bertambah menarik dapat jumpa bandmates Dondunks. 1st time dapat kumpul semua. Kelantan semakin menarik. Kami pergi lepak kat tempat baru (aku rasalah) The Riverview oleh kerana tempatnya di tebing sungai Kelantan, ala-ala Gurney Drive kat Penang. Nama pun nak English, tak nak kalah..hahaha Nama diambil bersempena dengan nama hotel disitu, The Riverview Hotel. Kawan cakap tempat tu baru naik tiga bulan lepas. Kejap je jadi tarikan budok-budok Kelate. Tapi nampak macam tempat lepak mat kereta je..Kereta semua tak nak kalah. Apa-apapun, Salam Aidil Adha untuk semua..End...
No comments:
Post a Comment