Tuesday, December 16, 2008

Dah datang

Cuba korang dalami senario berikut:

Anda dibayar gaji RM2500 sebulan
Anda punya isteri suri rumah dan seorang bayi
Punya sebuah apartment, setiap bulan bayar RM700
Punya sebuah kereta Gen2, bulan-bulan bayar RM600

Tuan punya syarikat paksa anda bercuti 3 - 5 hari sebulan
Tolak dari cuti tahunan. Kalau dah habis, cuti tanpa gaji la
Gaji anda mengecut.
Nak bayar kereta, rumah, bil elektrik, makan lagi, susu anak, kalau ada insurans kena tolak lagi, etc....

Kuasa membeli pun mengucup. Itu tak boleh, ini tak boleh
Nak minum kopi oldtown pun dah tak boleh
McD pun kena hold dulu
Kena cut cost
Dah hilang sorang kuasa membeli
Impak dekat peniaga-peniaga
Keuntungan makin berkurang
Terus impak dekat petani, penternak, nelayan yang salurkan bahan-bahan mentah
Inflasi pun naik

Keadaan jadi makin parah
Duit jadi short
Terpaksa korbankan aset atau liabiliti yang ada
Start dengan kereta..
Lama-lama tak dapat nak bayar dah
Bank pun tarik balik kereta tu
Bank rugi
Sorang pelanggan hilang tak dapat nak bayar
Lama-lama bank pun tak dapat nak tahan
Belum tambah yang tak mampu bayar rumah lagi

Bayangkan jika ada sejuta rakyat Malaysia yang alami senario macam ni.
Apa akan jadi pada pekerja?
Apa akan jadi pada petani?
Apa akan jadi pada nelayan?
Apa akan jadi pada peniaga?
Apa akan jadi pada bank-bank?
Apa akan jadi pada developer?
Apa akan jadi pada investor?
Apa akan jadi pada Malaysia?
Anda tahu jawapannya?
...................










Bersedialah.....................

1 comment:

Erna Masfiza said...

cuba la tulis artikel yg menaikkan semagat sikit time2 cam ni...