Malam tadi aku pergi nonton Revolusi '48 bersama seorang teman. Filem dokumentari yang merungkaikan cerita disebalik perjuangan Revolusioner di zaman darurat. Menarik, tetapi kurang padat. Walau apapun, aku tetap puas hati. Sekurang-kurangnya aku memahami perjuangan sebenar mereka yang diputar belitkan selama 60 tahun.
Agak menyedihkan kita, sebagai rakyat Malaysia disuap dengan fakta-fakta sejarah yang bertentangan. Aku lebih suka mengguna pakai perkataan propaganda, kerana ini semua hanyalah propaganda politik yang ingin menerapkan dalam pemikiran kita bahawa parti politik yang berhaluan kananlah yang memperjuangkan kemerdekaan, bukan haluan kiri. Bagaimana mereka ini tanam dalam otak kita, komunis itu pengganas dan pengacau dan perjuangan mereka berlandaskan kepada negara Soviet dan China. Sedih apabila aku mengetahui fakta sebenar.
Aku sangat sukakan sejarah. Tetapi aku sangat benci dengan sejarah Malaysia. Sejak dibangku sekolah lagi, sejarah Malaysia langsung tidak menarik minat aku. Fakta-faktanya seperti tidak 'pure'. Dan, kegilaan aku terhadap sejarah ini dibawa ke layar perak. Banyak filem-filem yang menceritakan sejarah atau berlandaskan kejadian sebenar dihidupkan kembali. The Patriot, Saving Private Ryan, Glory, Taekgukgi, Munich, Hotel Rwanda, Blood Diamond, Braveheart, antara filem-filem yang aku suka dan banyak lagi yang aku lupa dan tak dapat nak tulis. Dokumentari mengenai sejarah pun berlambak. Tonton sahaja History Channel, National Geographic atau Discovery.
Agak menyedihkan kerana aku rasa, negara Malaysia ini agak 'lack of history education'. Berapa banyak yang kita tahu. Berapa banyak dokumentari yang bermutu dihasilkan? Filem-filem? Dan adakah filem-filem seperti Bukit Kepong dan Leftenan Adnan berlandaskan sejarah yang benar? Bagi mereka yang tidak tahu, di zaman 1940an, Filem Negara Malaysia (FNM) yang ada sekarang adalah hasil daripada satu pertubuhan yang ditubuhkan penjajah British untuk menghasilkan propaganda kerajaan dalam menangani api kemarahan rakyat pada masa itu yang menyokong pejuang-pejuang berhaluan kiri yang inginkan kemerdekaan. Footage sejarah yang kita ada sekarang adalah saki-baki propaganda itu. Percaya atau tidak? Fakta-fakta sebenar, mungkin telah terkambus, hanya tersimpan bersama mereka yang masih hidup di zaman itu.
Aku hanya mahukan sesuatu yang baru. Aku mahukan negara ini menghasilkan filem-filem sejarah dengan lebih banyak dan berkualiti. Buatlah filem-filem mengenai kemerdekaan, pejuang-pejuang tanahair, rightist atau leftist. Bagi aku, semua ini sangat penting jika kita ingin menghargai sejarah Malaysia, seperti apa The Patriot atau Taekgukgi berikan kepuasan kepada aku dan aku percaya cerita-cerita seperti ini dapat menanam nasionalisme dalam diri. Aku sangat cemburu dengan cerita-cerita dari luar yang menarik dan sangat dibanggakan. Tolonglah, lambakan cerita Razak Medin membosankan aku. Sudah tiba masanya sejarah kita tidak disalahgunakan oleh mereka yang berkepentingan. Walau dimanapun mereka bermula , kiri atau kanan, mereka tetap pejuang dan pencinta tanahair, sanggup berkorban demi negara. Jangan diskriminasi mereka, kerana mereka tetap tersemat dalam lipatan sejarah negara kita, melainkan ia telah dimusnahkan...
Karutan:
Sedih filem tentang Chin Peng tak boleh tayang. Kalau buat filem tentang pejuang Sarawak, Rentap, pasti meletup!!
5 comments:
asyk2 Razak Medin disalahkan.. kutuk la org lain pulak . Dia dulu lecturer aku..
u did it again bro..!!!
syabas betta..!!
ps:xsangke lak aku soki yg aku kenal sarat dgn nasionalisme..hurm..he provedus something ere..
"looks can be deceiving.."
kesimpulannye,jgn judge org from its cover.im really proud 2 knoe dis side of u bro..
Bumi bertuah ini tetap di hati...
Lecturer ko ke MJ? Patutla, sifat2 kejaruman dia dah perturunkan kat ko..theeheee
Zt: Thanx babe, appreciate it..
mcm bagus..
Post a Comment