Pantai yang indah permai
Ombak menjalar ke jari-jari kaki
Pohon nyiur berdiri megah
Dibelai manja angin yang bersiol
Mencari matahari di hujung lautan
Masih tinggi di langit biru
Tegak kaku tidak berganjak
Sinar harapan semua hidupan
Metropolitan ciptaan manusia
Kota sarat dengan pemburu
Berkejaran mencari harta
Harta yang dimegah-megah
Hinggakan mata kabur menunggu buta
Buta bawa ke mati
Tinggalkan mereka, tinggalkan harta
Tidak kemana
Alangkah indah hidup ini
Hidup seperti si kecil
Tiada dosa untuk ditebus
Tiada apa untuk diburu
Tiada apa untuk dihisab
Wajah ceria menggamit suasana
Ditokok sinaran yang semakin berjauhan
Fikiran melayang dibuai kenangan
Ingin pulang di masa lampau
Yang indah dikenang-kenang
Tidak mahu luka lama berdarah kembali
Dunia terus berputar
Masa akan terus berdetik
Di mana hidup akan terdampar
Di mana jasad akan bersemadi
Sinaran makin kelam
Menghilang disebalik lautan luas
Merenung jauh mencari sisa-sisa cahaya
Mencari ketenangan yang sukar ditemui
Fikiran mulai berlabuh
Fikiran mulai berlabuh
Tiada suara, tiada kata
Tiada manusia, tiada kebisingan
Hanya ada aku, dan si dia
4 comments:
sungguh deep entri saudara...
'Hanya ada aku, dan si dia'
Siapa dia si dia tu..boleh aku teka?
siapakah??
jiwang molep ;p
Post a Comment