Saturday, May 29, 2010

Coming Soon: Lagenda Budak Setan & My Indie Rock Darling

***

Lagenda Budak Setan - di panggung pada 3 Jun..

Lisa Surihani.........




My Indie Rock Darling - tak tau bila keluar..tapi aku sangat suka cerita tentang musik..




Sebagai ganti , Indie Rock Darling dari Free Love - dah lama keluar..enjoy!!



***

Tuesday, May 25, 2010

Quote of the Day 1

***

"If you want to make the world a better place, take a look at yourself and make a change"

-Michael Jackson-

Tengok diri sendiri dulu sebelum cakap atau mengata orang..Benda ni banyak berlaku kat kilang kicap..Shut up and don't say a word if you are the same with the others..Fikirlah sendiri..

Sorry to say and to be honest, I really hate these types of people..

End of story~~

***

Wednesday, May 19, 2010

Losing in the War

***

Sebelum aku tulis apa-apa, aku memang tak suka pada kekalahan..Tapi apabila kalah, aku akan akur dengan kekalahan...

Dan pada masa entri ini ditulis, I can feel that I'm losing in the war..Yes, i'm losing..






But...just not yet...










Not yet....




***

Saturday, May 15, 2010

Waiver

***
1. Aku tak tau..Dulu Malaysia buat program bagi jarum percuma kepada penagih dadah...
Salah satu cara untuk cegah HIV disebabkan perkongsian jarum..
Apa hukumnya menghalalkan apa yang haram?

2. Aku tak tau..Sekarang 1Malaysia bagi lesen judi bola sepak Piala Dunia..
Mungkin salah satu cara membendung manusia berjudi secara haram yang melanggari undang-undang negara..

Owh...kalau ada lesen boleh pulak ya???
Kalau macam tu, kalau aku amik lesen rumah urut beserta dengan perkhidmatan plus2 boleh la ya???

Thanks..

Undang-undang rekaan manusia boleh ada waiver...apa yang tak boleh, boleh request waiver untuk jadikan boleh...sangat best..macam keje kat kilang la kiranya..Malaysia Boleh!!!

***

Sunday, May 9, 2010

A Tribute: Selamat Hari Ibu

***

DULU, kau aku tipu.. DULU, nasihat kau aku tidak dengar, DULU belaian kau aku tak endahkan, SEKARANG kau tiada lagi untuk aku mohon maaf, kerana kau pergi selamanya. SELAMAT HARI IBU, untukmu ibu yg tercinta. AL-Fatihah


Ini ayat daripada membe aku..Azeem namanya..one of my best buddy..dia kematian ibu pada tahun 2002 jika aku tak silap disebabkan kanser payudara..

Arwah pada suatu masa seorang yang sangat ambil tahu khabar kawan-kawan Azeem, termasuk aku..Seorang yang sangat dihormati dikalangan kami..

Sedikit sebanyak ayat Azeem agak meruntun jiwa...

Sebab aku terharu sangat dengan ayat ni, balik kerja tadi terus aku ucapkan mak aku selamat hari ibu dan cium tangan dan pipi..Tak pernah aku raikan hari ibu..Inilah kali yang pertama..


Dear Farhana,
My working partner...this tribute also goes to you.. =)


Al-fatihah untuk semua ibu-ibu yang telah pergi..


Raikanlah cinta..



SALAMAT HARI IBU!!!~~




Oh ya, sebelum itu..Enjoy lagu dibawah...hilangkan kesedihan dengan lagu ini..



***

Wednesday, May 5, 2010

Ada apa dengan Anarchy in Me?

***
Wau!!!! Orang dari Tel Aviv masuk blog aku..

Nak godam blog aku ke..



Oho menggigil~~


***

Tuesday, May 4, 2010

Review: www.mistisfiles.blogspot.com

***

Disini aku nak kongsi dengan semua rakan-rakan yang membaca dan rakan bloggers dengan satu blog yang diberi nama mistisfiles

Aku pernah terbaca sebelum ni, tapi mulanya aku rasa macam malas nak baca, sebab entry semuanya sangat panjang untuk dibaca. Hinggalah baru-baru ni seorang kenalan di kilang kicap berkongsi dengan aku ilmu-ilmu tentang aluminati yang dia ketahui dan terpacul dari mulutnya supaya mengajak aku untuk baca blog ni..

Penulis Mistisfiles atau hanya dikenali sebagai MO dikalangan followernya, datangnya daripada Malaysia..Ya, seorang Malaysia..Ia membuat banyak research tentang aluminati, Free Mason dan teori konspirasi yang berkait rapat dengan AntiChrist..

Ada 3 benda yang aku suka dengan blog ini:

1) Sudah sekian lama, aku mencari-cari dari mana asal usul kaum Melayu..Kita diajar dari buku teks Sejarah, zaman batu dan tiba-tiba masuk ke zaman Parameswara datang Melaka dan tiba-tiba ada Sultan Kelantan dan Sultan Kedah dan lain2..Seperti ada satu lohong hitam yang sengaja dipadamkan daripada fakta sejarah yang sebenar, dari mana asalnya orang Melayu sebenarnya? Disini sedikit sebanyak penulis membuat research asal usul orang Melayu dan dikaitkan dengan Free Mason..

2) Banyak menceritakan tentang konspirasi dunia, aluminati, Free Mason, AntiChrist dan kisah kejadian alam dan dikaitkan dengan hukum Fizik dan petikan dari Al-Quran dan Hadith (banyak diceritakan didalam topik 'The Matrix'..Bagus untuk mereka yang ingin tahu dengan lebih mengenai AntiChrist kerana diceritakan dalam BM..

3) Kajian dan penyelidikan yang diselitkan nota kaki dari mana fakta diambil; transkrip lama; batu bersurat yang kita tidak pernah tahu; buku-buku sejarah dan lain-lain..

Topik Free Mason dan aluminati sangat panas kebelakangan ini (bagi mereka yang baru celik mata tentang AntiChrist memang tengah bersemangat mencari-cari sumber yang boleh dirujuk)..Ramai kenalan di tempat kerja pun sudah mula celik dan peka dengan topik ini..Memang trend sekarang semuanya beralih ke arah mencari kebenaran kehidupan..Atau mungkin kerana kiamat sudah semakin hampir, dan ia adalah gerak hati yang spontan untuk kembali kepada Tuhan yang Esa..InsyaAllah..

Tapi aku nak bagi amaran..Penulisan di dalam blog ini banyak menyentuh isu ketuhanan. Aku tak baca habis lagi..tapi selepas membuat pembacaan yang tak seberapa, aku rasa bagi sesiapa yang tak rasa boleh teruskan selepas membaca, tolong berhenti..Jangan teruskan..Bagi aku penulisannya sangat deep yang menjangkau pemikiran manusia biasa..Ia boleh membuat anda rasa tidak selesa dan otak tidak dapat memproses maklumat yang disampaikan..Ini adalah pengalaman yang aku pernah hadapi pada satu masa dahulu dan jangan main-main..Penulisan didalamnya adalah kajian yang dibuat sendiri oleh penulis..Terpulang kepada pembaca untuk merumuskannya..Hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Sesiapa yang tahu sumber-sumber lain yang berkaitan, share la disini. ^_^

Selamat Membaca!

***

Sunday, May 2, 2010

Rimas

***


Aku mula jadi rimas bila makin ramai operator aku mohon menjadi sahabat dalam Facebook..

Kalau aku reject, nanti kata aku sombong pulak..





Inilah nasib artis..Antara privasi dan rintihan peminat..

***