Thursday, April 15, 2010

Nota 7

***

Mereka yang sedia ada mesra, sudah tentu mereka sedia ada gembira..

Dan manusia selalu memperlekehkan kehidupan manusia yang bosan..

Hak siapa kita nak membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain..

Mungkin dia bahagia dan disayangi ahli keluarga..

Tapi jangan kita ingat kita disayangi oleh manusia kita juga disayangi Dia..


Sebabnya...


Manusia mudah lupa apabila memiliki kesenangan..dan terus melupakan dari mana asalnya..


Dan...

Tak semua perjalanan hidup itu sama..Setiap manusia jalannya tidak sama..Apa yang ditulis oleh Tuhan pada daunnya di Arasyh adalah berbeza-beza..

Kerana selalunya manusia yang punya liku hidup di dunia yang penuh dengan dugaan sangat disayangi Tuhan..Dugaan untuk lihat sejauh mana ingatan manusia kepada Penciptanya..

Cuba lihat fakta sejarah dari sirah Nabi...Yusuf, Isa, Musa, Ibrahim, Muhammad..

Jangan ingat kita selalunya dipermudahkan hidup di dunia adalah kerana Tuhan sayang pada kita..

Jadi, beringat-ingatlah..



Cuba jangan perlekehkan kehidupan orang yang sukar..atau dalam porak peranda..

Manusia selalunya bersikap kasar pada orang yang disayangi..

Dan itulah kesenangan dan kecantikan sebenar di dalam kehidupan..

***