Sunday, February 28, 2010

Cerita tentang RM8

***

Kelmarin menghabiskan masa bersama rakan-rakan..Semua sedang memikirkan apa yang perlu dibuat 3 hari cuti..Malaysia memang terkenal dengan cuti umum yang begitu banyak..Makan cukai banyak, yang merana orang-orang kilang macam aku..cuti umum pun kena kerja..Cibai lu kerajaan..

Aku cadangkan pergi main golf di driving range Setapak..Member tak penah main pun..tapi aku cakap sangat murah..50 biji bila dalam RM8 je lebe kurang..Aku pun tak ingat sangat..Murah bukan?

Ada yang tidak bersetuju dengan cadangan aku...


Rakan A: "Kie, dengan RM8 tu, aku boleh pergi karok setengah jam bilik VIP dekat KCity Batu Caves..baik aku gi karok je camtu dol.."


Kami ketawa berdekah-dekah..Ini yang payah cakap dengan kaki karok..perbandingan yang jauh menyimpang..


Rakan B: "Kalau kau kata lagi berbaloi gi karok, dengan RM8 tu aku boleh beli sekilo cacing buat umpan mancing!!"


Seorang lagi mencelah, dia ni kaki paipon...


Rakan C: "Ahhh...daripada gi main golf bayar RM8, aku boleh dapat sejongkong daun hijau..bape "sen" aku boleh beli beb...boleh mati ketawa aku.."


Rakan C buat aku ketawa keluar air mata..


Masing-masing punya interest tersendiri..Dengan RM8 pun boleh dibandingkan walaupun perbandingannya tidak munasabah dengan topik perbualan..

Semuanya ni adalah reaksi spontan apabila mendengar RM8..teringat aku sitcom Friends semasa Joey tengah cari room mate baru bila Chandler nak pindah masuk ke rumah Monica..Joey tanya soalan, orang tu kena bagi jawapan yang pertama sekali yang terlintas dalam otak..

Aku terfikir apa yang orang perempuan akan bandingkan dengan RM8 tu.. :p

***