Sunday, August 30, 2009

Karutan di bilik tidur

Semenjak aku dapat bergomol dengan Brad (sila baca posting Dari Suram ke Ceria), aku banyak habiskan masa di dalam bilik..Menghabiskan masa untuk bermain lagu-lagu dalam set list jamming akan datang..

Tapi aku punya masalah kecil. Bukan besar, kecil sahaja.

Sejak aku belajar bermain gitar, aku punya masalah dalam mengasah jari kelingking aku untuk menyokong permainan gitar aku..Jari ini sajalah yang masih lagi keras apabila bermain..Damn it..Aku masih lagi cuba melentorkannya..Semoga kau kendur wahai jari kecil..

Aku punya satu lagu ciptaan..Tidak hebat..Tapi agak membuatkan aku bangga dengan diri aku..Semestinya, bila ada ciptaan sendiri, pasti kita akan terasa puas..

Adakah ini namanya syok sendiri??Hmmm no komen!!

Aku tidak mahu perdengarkan kepada teman-teman..Pasti soalan diatas ni terpacul daripada mulut-mulut mereka..Jadi, baik tak payah..Ia akan menjadi simpanan peribadi..Mungkin aku akan cuba sampaikan kepada rakan-rakan band dalam sesi jamming akan datang..Tapi, masih lagi tidak ada lirik..

Semasa aku mula bekerja di Setiawangsa, pekerjaan aku sangat membosankan..Pergi tengok tanah, jumpa orang-orang gomen, jumpa pengukur tanah, jumpa kontraktor, jumpa dengan kerabat diRaja, macam-macam orang aku jumpa..Itu kerja aku, macam runner..Tulis minit-minit mesyuarat pun aku!! Jadi apabila aku duduk di pejabat, aku tiada kerja kerana kerja aku lebih di luar..Banyak aku tulis lirik-lirik yang merepek..Ada diantaranya aku muatkan di dalam blog Friendster..Banyak membaca tulisan agung dan tulisan rakan-rakan memberikan aku idea sedikit sebanyak..Masih banyak yang aku perlu perbaiki..

Semenjak dari itu, aku langsung tiada masa untuk membaca, apatah lagi untuk menggunakan pak cik Google untuk melihat karya-karya asing..Aku juga suka membaca lirik-lirik lagu di luar sana..

Idea aku sudah mati..

Aku masih lagi mengharap dapat aktif membuat show seperti di zaman USM dahulu kala..Kami memang band yang laku macam goreng pisang..Bukan hebat, tapi kami satu-satunya band yang dapat bergerak di zaman kongkongan yang agak hebat di USM. Hampir 10 tahun tidak ada band yang dapat beraksi di pentas, sehinggalah kami dapat mencari lubang-lubang kerana terdapat ramai kenalan yang berpangkat di peringkat pelajar, dan agak gembira apabila Lebai pengetua kolej atau di USM dipanggil Desasiswa, sangat-sangat supportive!!

Bayangkan kami dapat beraksi seperti konsert tour yang hanya memaparkan satu band dalam masa 2 jam!! Mati kutu kami nak main lagu apa dalam 2 jam..Set list kami hanya dirancang untuk setengah jam..Memang puas hati, tapi agak melalut la sebab tiada perancangan sampaikan kami pun terasa nak muntah kepenatan..

Brad banyak berjasa kepada aku sekarang. Sya, gitar elektrik sudah lama tidak disentuh..Tali semuanya sudah berkarat..Masih lagi terbiar didalam sarung hitam di penjuru bilik..Aku tiada masa untuk hantar Sya pergi servis di kedai..Lagipun, perlu berjimat untuk Raya..haih..

Tapi walau apapun, ciptaan lagu sendiri bagi aku bukan bermakna mereka itu syok sendiri, kerana lagu itu lahir dari hati..Kita cuba untuk berkongsi cerita tentang diri kepada orang, terserah kepada mereka untuk terima atau tidak..Ia adalah bersifat peribadi, sebuah cerita yang diciptakan dalam bentuk lagu, dan juga...

Ia adalah sebuah diari..

Friday, August 28, 2009

Iftar #1

The Castle, Jalan Damai



Burrrrrppppp!!!

Thursday, August 27, 2009

Dalam Kotak Fikiran


Aku rindukan laut dan pantai..

Wednesday, August 26, 2009

Gomen dan Swasta

Aku benci bila ada orang memperlekehkan kerja aku sekarang. Ya, aku kerja di sebuah kilang semikonduktor, paling masyhur di dunia. Lebih-lebih lagi jika ada keluarga sendiri yang perlekehkan kerja aku.

Gaji rendah? >>>Tinggi beb
Pencen? >>> Ada beb. Ingat gomen je ke ada pencen? ptuihh..

Kenapa sukar untuk orang menghargai apa yang kita buat? It's really annoying and makes me sad..

***Aku sedang mendengar ceramah perdana dari bapak mengenai kerja di kerajaan dan aku sedang buat-buat menulis nota padahal sedang menulis entri ini..kih3

Benci

Tuesday, August 25, 2009

Kejadian di kilang dalam bulan Ramadhan

7pm - Sampai kilang

710pm - Amik people number, kena perli 5 minit dengan coordinator sebab transfer orang building to building..Layankan aja 5 minit tu..

720pm - Turun bawah cek makanan dan minuman..tahun ni tak yah tuang air, teh tarik suam dari dalam balang..nice and warm..menyumpah-nyumpah kalau makanan dirembat orang yg lalu lalang..kuang hajau nak curik gak makanan..Aku tak redha..Makan sambil mengumpat dengan Operator bawahan..

725pm - Berjalan ke smoking area..Pening semasa sedutan pertama..Sekurang-kurang 2 batang..nikmat..

740pm - Update..update..update..kuliah maghrib dengan Supervisor baru, pimpinan aku..penat dok ngajar tak paham-paham..

10pm - masuk production line, usha-usha budak malam buat apa..still buat 'bank'..bangsat..sifat Assobiyah masih kuat..

12am - huha huha kat luar sambil makan..time ni la baru aku dapat makan berat..

2am - sambung kuliah qiyamullail kat ofis..

Ini hidup baru aku dikala kerja malam..WTF..

p/s: korang siap la kerja pagi nnt..aku harap-harap sangat korang kena rejam sampai sesak nafas..bagi korang sedar sikit..lembap nak mampus..kerja dah bertahun-tahun, ada experience..ptuih!!

Friday, August 21, 2009

The Wicked Guys in Port Dickson

Hujung minggu lepas aku ke Port Dickson dengan rakan-rakan lama..Boleh tahan gak la pantai PD tu..Mungkin sebab aku duduk kat Bayu Beach Resort, jadi pantai private, cun sikit..Aku malas nak bercerita..Biarkan gambar-gambar ini bercerita..

p/s: tak sabar nak ke Pulau Mabul..damn excited..





Monday, August 10, 2009

Hidup Baru di Tempat Lama

Aku sangat hargai kehidupan aku sekarang lagi-lagi sesudah masuk kerja seorang manusia normal bekerja di siang hari. Sekurang-kurangnya hidup aku tak kusut disebabkan sebelum ini aku kehilangan aktiviti-aktiviti sosial yang aku tak boleh tolak dalam hidup aku. Walaupun begitu, hujung minggu aku tetap kena datang kerja sebab coverage tak cukup lagi. Tapi mungkin ini semua hanya sementara, ura-ura aku dengar kena masuk shift balik. Walau apapun aku akan cherish this moment to the max. Banyak aktiviti hujung minggu aku boleh buat. Walaupun gaji dipotong, aku akan tetap akan push to the max aktiviti-aktiviti sosial. Duit boleh dicari. Banyak lubang boleh digali. Yang penting bijak mencari lubuk yang ada ganjaran, walaupun sebesar zarah.

Cuma yang tak syok nye kerja macam gampang di siang hari. Aktiviti makan aku lari habis. Ramai kenalan dah cakap aku makin kurus dan cekung gara-gara aktiviti memerah otak sampai tak tau nak fikir macam mana nak buat dah. Kadang-kadang fikir macam aku datang tempat baru ni tiada perubahan dapat dibuat. Gara-gara mencari buah fikiran ni lah aku banyak berfikir tapi tak dapat keluar apa-apa yang membuahkan hasil, lantas kepala dah weng tak tau nak fikir apa dah. Maka dengan itu aku amat bersetuju dengan kata-kata orang bahawa memerah otak lebih memenatkan daripada membanting tulang. Memang benar!

Maka dengan itu aku sudah tidak ada perasaan ghairah untuk bekerja seperti dulu walaupun ada pasukan yang masih mempercayai diri aku. Aku tiada kuasa lagi untuk kerja normal seperti ini. Lanciauuu...

Pokoknya, apabila akar umbi tidak kukuh, perubahan agak sukar untuk diubah dan ramai yang tidak mempercayai bahawa perkara remeh temeh yang terjadi di peringkat akar umbi dapat memberi impak yang besar. Benda ni la yang tidak diselesaikan dahulu kala. Maka dengan itu kerja aku bertambah sukar kerana terpaksa mendengar keluhan akar umbi dan memerah otak apa cara yang dapat mengubah persekitaran yang tidak sihat. Sebab tu la aku sangat letih. Fizikal tidak letih, tapi otak aku dah berhenti daripada berputar!

Nampaknya terbantut lagi aktiviti pencarian. Aktiviti sosial terpaksa dibatalkan kerana kepenatan. Masa semakin suntuk, aku ada empat bulan sebelum bulan Disember..Tolong!!

Sunday, August 2, 2009

Steady, Rock, Action 2

Untuk rakan-rakan yang gagal dalam percintaan, merasakan tekanan di tempat kerja, dan punya masalah-masalah yang lain, Move Along.





Lyrics | All American Rejects Lyrics | Move Along Lyrics

Kita adalah Kapitalis

1 - Suka makan untung atas angin.

2 - Mengurangkan kos semaksimum mungkin. Tak nak keluarkan modal kalau boleh.

3 - Maksimumkan keuntungan dan melipat gandakan harga jualan. Tak peduli orang lain, janji dapat duit.

4 - Tidak pedulikan apa akan jadi pada sekeliling. i.e: pasar malam, main buang je saki baki atau sampah bertebaran atas jalan.

Dalam tak sedar, memang kita ada buat benda ni bila kita buat side business. Kan?