Sunday, May 31, 2009

Total Football

Rabu lepas nonton game Barca vs Man U..Walaupun aku seorang kipas susah mati Man U, tapi aku agak kagum dengan corak permainan Total Football. Barcelona memang gah dengan Total Football yang memerlukan permainan pantas, direct pass, sabar dan pemainnya yang, tiada posisi sama sekali. Penyerang boleh menjadi pertahanan, pertahanan boleh naik menjaringkan gol. Tetapi corak ini memerlukan stamina yang agak tinggi. Aku pengikut Total Football dan aku sangat sukakannya. Memang puas hati dapat tengok pasukan yang bermain TF.

Pep Guardiola suatu masa dulu merupakan anak didik Johan Cruyff sewaktu zaman bermain di Barca. No wonder, Pep juga menggunakan Total Football, mengikut langkah legenda Total Football dari Belanda ini. Cruyff merupakan seorang pakar dalam Total Football. Beliau merupakan tenaga penggerak dalam pasukan Belanda ketika itu. Jika anda hidup pada zaman World Cup 1974 atau pernah melihat aksi pasukan Belanda pada masa itu, anda pasti kagum dan, terkedu. Tak percaya? Sila lihat video dibawah.



Cuba lihat permainan yang penuh sabar Barca ketika lawan Liverpool di bawah.



Sehingga kini, tiada pasukan yang dapat menandingi pasukan Belanda ketika itu dari segi pengamalan Total Football. Di era ini, permainan sebegitu mungkin tidak lagi diguna pakai, yang ada pada hari ini adalah campuran Total Football dan sistem taktikal yang lebih dititikberatkan. Oleh sebab itu, anda tidak akan dapat melihat pasukan yang bermain seperti pasukan Belanda 1974 pada zaman ini. Sila buktikan jika aku salah.

2 comments:

No Surprises said...

Permainan TF sekarang tidak lagi dititik beratkan kerana apa yang mereka mahukan adalah kemenangan. Sememangnya TF memang satu permainan menarik, tetapi tiada guna jika tidak mendapat 3 mata penuh di akhir permainan.
Jika dilihat Arsenal amat menitik beratkan permainan cantik dan ada persamaan dgn cara permainan Barca tapi lihat di mana mereka sekarang.
Chelsea di bawah Mourinho hanya bermain secara taktikal 2 tahun berturut-turut,hasilnya 2 tahun juara liga.
Permainan taktikal ada juga buruknya.Liverpool di bawah Benitez masih mencari terkial2 mengejar kejuaraan liga dengan permainan taktikal 3 tahun lepas.
Tahun ini mereka bermain dengan lebih "free" dan ada ruang untuk "express themselves", lihat sahaja perbezaan mereka tahun ini
Walau bagaimanapun permainan TF tetap paling bagus kerana "its shows the beauty of the game".

p/s : MU tetap dihati..walau kalah tempoh hari..tahun ini tetap treble...

Kieng Meng said...

there's only one united..