Thursday, April 30, 2009

Nota 1: Projek Fertigasi

Alhamdulillah, Sabtu lepas sempat juga aku memasuki kursus fertigasi yang dianjurkan oleh Agro Fast Forward Ent. Sebenarnya progres projek ni agak perlahan disebabkan kerja shift aku yang selalu bekerja pada hujung minggu, jadi agak sukar untuk aku commit masuk kursus. Kebetulan Sabtu lepas aku cuti selepas kerja shift malam. Hampir dua bulan aku menunggu masa yang sesuai untuk masuk kursus dan masa menunggu itu sangat berbaloi.

Banyak yang aku belajar tentang projek fertigasi ini yang tertumpu kepada tanaman cili. Aku tidak ada asas dalam pertanian langsung, oleh sebab itu aku nak sangat-sangat masuk kursus ni, barulah senang untuk aku melangkah lebih jauh. Memang berbaloi, penceramah memberikan ilmu-ilmu yang lengkap, dari segi teknikal hinggalah ke bahagian pemasaran dan kira-kira.

Peserta kursus akan diberikan dua anak pokok cili untuk dibawa balik sebagai eksperimen di rumah. Aku berikan mereka nama Kesuma dan Nilam..thehehee


Kesuma (atas) & dan Nilam (bawah), baru berumur 26 hari

Kepada mereka yang berminat untuk pergi kursus Fertigasi cili, sila layari laman blog ini http://www.agrofastforward.blogspot.com

7 comments:

don said...

wt.................

MissZahrah said...

hehe...comelnye ade name ah pokok diew... =)

Erna said...

nama pokok klasik sangat..buh la nama Britney ke..Angelina ke..

Kieng Meng said...

aku memang suka nama klasik..

bieby said...

Good luck Coki... Pertanian adalah perniagaan. Teruskan usaha murni mu itu...

Semoga cepat besar utk Kesuma dan Nilam. Hmm nice name. unik..

dukeskywalker said...

Aku igt abg ko jer sibuk nak tanam cili.. ko pon pegi rupanya..

ko jagalah bebaik, kitorang nye pokok 10 batang, buah blom merah dah kene makan dek serangga mende ntah.. tapi kalo ko racun ok kot..

Kieng Meng said...

wahhh..sgt takut..mati dah ke?