Monday, October 27, 2008

Hidup Ini Indah

Pantai yang indah permai
Ombak menjalar ke jari-jari kaki
Pohon nyiur berdiri megah
Dibelai manja angin yang bersiol

Mencari matahari di hujung lautan
Masih tinggi di langit biru
Tegak kaku tidak berganjak
Sinar harapan semua hidupan

Metropolitan ciptaan manusia
Kota sarat dengan pemburu
Berkejaran mencari harta
Harta yang dimegah-megah
Hinggakan mata kabur menunggu buta
Buta bawa ke mati
Tinggalkan mereka, tinggalkan harta
Tidak kemana

Alangkah indah hidup ini
Hidup seperti si kecil
Tiada dosa untuk ditebus
Tiada apa untuk diburu
Tiada apa untuk dihisab

Wajah ceria menggamit suasana
Ditokok sinaran yang semakin berjauhan
Fikiran melayang dibuai kenangan
Ingin pulang di masa lampau
Yang indah dikenang-kenang
Tidak mahu luka lama berdarah kembali

Dunia terus berputar
Masa akan terus berdetik
Di mana hidup akan terdampar
Di mana jasad akan bersemadi

Sinaran makin kelam
Menghilang disebalik lautan luas
Merenung jauh mencari sisa-sisa cahaya
Mencari ketenangan yang sukar ditemui

Fikiran mulai berlabuh
Tiada suara, tiada kata
Tiada manusia, tiada kebisingan
Hanya ada aku, dan si dia

Tuesday, October 21, 2008

Revolusi '48: Sejarah @ Propaganda Politik

Malam tadi aku pergi nonton Revolusi '48 bersama seorang teman. Filem dokumentari yang merungkaikan cerita disebalik perjuangan Revolusioner di zaman darurat. Menarik, tetapi kurang padat. Walau apapun, aku tetap puas hati. Sekurang-kurangnya aku memahami perjuangan sebenar mereka yang diputar belitkan selama 60 tahun.

Agak menyedihkan kita, sebagai rakyat Malaysia disuap dengan fakta-fakta sejarah yang bertentangan. Aku lebih suka mengguna pakai perkataan propaganda, kerana ini semua hanyalah propaganda politik yang ingin menerapkan dalam pemikiran kita bahawa parti politik yang berhaluan kananlah yang memperjuangkan kemerdekaan, bukan haluan kiri. Bagaimana mereka ini tanam dalam otak kita, komunis itu pengganas dan pengacau dan perjuangan mereka berlandaskan kepada negara Soviet dan China. Sedih apabila aku mengetahui fakta sebenar.

Aku sangat sukakan sejarah. Tetapi aku sangat benci dengan sejarah Malaysia. Sejak dibangku sekolah lagi, sejarah Malaysia langsung tidak menarik minat aku. Fakta-faktanya seperti tidak 'pure'. Dan, kegilaan aku terhadap sejarah ini dibawa ke layar perak. Banyak filem-filem yang menceritakan sejarah atau berlandaskan kejadian sebenar dihidupkan kembali. The Patriot, Saving Private Ryan, Glory, Taekgukgi, Munich, Hotel Rwanda, Blood Diamond, Braveheart, antara filem-filem yang aku suka dan banyak lagi yang aku lupa dan tak dapat nak tulis. Dokumentari mengenai sejarah pun berlambak. Tonton sahaja History Channel, National Geographic atau Discovery.

Agak menyedihkan kerana aku rasa, negara Malaysia ini agak 'lack of history education'. Berapa banyak yang kita tahu. Berapa banyak dokumentari yang bermutu dihasilkan? Filem-filem? Dan adakah filem-filem seperti Bukit Kepong dan Leftenan Adnan berlandaskan sejarah yang benar? Bagi mereka yang tidak tahu, di zaman 1940an, Filem Negara Malaysia (FNM) yang ada sekarang adalah hasil daripada satu pertubuhan yang ditubuhkan penjajah British untuk menghasilkan propaganda kerajaan dalam menangani api kemarahan rakyat pada masa itu yang menyokong pejuang-pejuang berhaluan kiri yang inginkan kemerdekaan. Footage sejarah yang kita ada sekarang adalah saki-baki propaganda itu. Percaya atau tidak? Fakta-fakta sebenar, mungkin telah terkambus, hanya tersimpan bersama mereka yang masih hidup di zaman itu.

Aku hanya mahukan sesuatu yang baru. Aku mahukan negara ini menghasilkan filem-filem sejarah dengan lebih banyak dan berkualiti. Buatlah filem-filem mengenai kemerdekaan, pejuang-pejuang tanahair, rightist atau leftist. Bagi aku, semua ini sangat penting jika kita ingin menghargai sejarah Malaysia, seperti apa The Patriot atau Taekgukgi berikan kepuasan kepada aku dan aku percaya cerita-cerita seperti ini dapat menanam nasionalisme dalam diri. Aku sangat cemburu dengan cerita-cerita dari luar yang menarik dan sangat dibanggakan. Tolonglah, lambakan cerita Razak Medin membosankan aku. Sudah tiba masanya sejarah kita tidak disalahgunakan oleh mereka yang berkepentingan. Walau dimanapun mereka bermula , kiri atau kanan, mereka tetap pejuang dan pencinta tanahair, sanggup berkorban demi negara. Jangan diskriminasi mereka, kerana mereka tetap tersemat dalam lipatan sejarah negara kita, melainkan ia telah dimusnahkan...

Karutan:
Sedih filem tentang Chin Peng tak boleh tayang. Kalau buat filem tentang pejuang Sarawak, Rentap, pasti meletup!!

Monday, October 20, 2008

Jaga Diri Melati, Welcome Back Merah!

Siang tadi Melati telah selamat dihantar untuk sesi pembedahan. Kemungkinan hari Rabu Melati pulih. Aku harap doktor touch up elok2 sikit, jangan tinggalkan sebarang parut. Untuk tempoh 2 hari ini, kekasih lama, Merah akan menjadi awek kontrak aku. hehe Merah, aku merinduimu!!

Sebelum aku ketemu Melati dulu, jika tidak Merah akan dijual. Tapi Merah masih selamat, oleh kerana kulit baru yang striking tu. Haha Merah tinggal di rumah buat masa sekarang, abang ipar aku tak bawak ke Taiping sebab Merah kena overhaul, maklumlah umur dah lebih 10 tahun. Banyak kenangan indah bersama si Merah. Dialah teman aku masa study kat USM. Bape ribu kilometer dah dia bawa aku; KL-Penang-KL; Penang-Kelantan;Penang-Perlis;Penang-Perak;Penang-Kedah. Hampir setiap pelosok area Penang sudah aku pergi dengan Merah.

Merah ni agak popular jugak la kat USM dulu, setaraf dengan Asmida (Ali Setan) kot? hoh. Tiap-tiap kali ada gadis-gadis kat tepi jalan pasti kena hon. Tiap-tiap kali ada orang jalan-jalan tengah malam, pasti kena hon. Paling jahat pun kena sergah ngan budak-budak dalam kereta. hahaha Merah-merah, x pasal2 ko kena aim..keh3 Merah jugak banyak berjasa dekat penyewa-penyewa kat USM. Kalau takde kau, x dapat la aku side income..hahaha terima kasih!! Dan kalau kau takde, bertuah la aku nak gi kuliah. Hahaha Dan yang paling penting, kau banyak berjasa kepada aku dan teman-teman. Aku sangat menghargai kenangan bersama rakan-rakan disana. Rakan-rakan USM, korang masih ingat kereta bernombor WHY4361 ini???

Aku bersimpati dengan teman Merah yang telah diculik baru-baru ini. Aje, sedih mendengar berita itu. Sial sape culik awek ko!!

Merah, sebagai permulaan, mari kita pergi nonton Revolusi '48 di Annexe!!!

p/s: Missed those glory days in Penang............

Monday, October 13, 2008

Revolusi '48: Hidden History of Malayan Revolution

As per what i have posted earlier, this is a must see film, directed by Fahmi Reza who took the center stage after directing the award winning film, 10 Tahun Sebelum Merdeka. Go here for screening dates.

Watch 10 Tahun Sebelum Merdeka here

Wednesday, October 8, 2008

Emergency Festival @ The Annexe, CM: 16th to 25th Oct 2008

EMERGENCY FESTIVAL! Sebuah Darurat Dua Minggu is a 16-day explosion of histories, images, narratives and sounds from the first Malayan Emergency from 1948-1960. A Multi-Arts Festival featuring theater, exhibition, film screenings & daily interactive presentations.

All happening at The Annexe, Central Market, KL

Info, schedules and more: fiveartscentre.org

What is THE MALAYAN EMERGENCY?

“The Malayan Emergency was a state of emergency declared by the British colonial government of Malaya in 1948 and lifted in 1960, as well as an insurrection and guerrilla war fought between government forces and the Malayan National Liberation Army around the same period. The state of emergency entailed the revocation of many civil rights, the granting of special powers to the police, and other measures aimed at the suppression of left wing political movements, especially the Malayan Communist Party (MCP). The guerrilla war was part of the ongoing conflict between the MCP and other leftists, and the colonial establishment, starting shortly after the Japanese withdrawal in 1945 and extending to the signing of the peace treaty between the communists and the government of Malaya in December 1989.” - Read More: Here

Sources: Ricecooker Shop

Words from Kieng Meng:

Friends, this is an opportunity for you to know more about our country's history, apart from what have been told by our teachers back in the secondary school, or in BTN programs. Learn more about the stories of the left wings heroes who struggle for their beloved country. Lets cherish what have those unsung heroes done for the country.

p/s: Looking forward to watch Revolusi '48, a Fahmi Reza's documentary about the untold story of the Malayan Revolution during the Malayan Emergency, circa 1940s.

Saturday, October 4, 2008

Butterfingers vs Melodi

Tak tahu menahu aku pasal band legenda tanahair, Butterfingers ditemu ramah Melodi. Itupun aku tahu menerusi laman Butter. Haha, seronok ke abang Melodi dapat kenakan KEMBALI diorang? Seolah-olah temu ramah itu dibuat-buat supaya dapat mereka menebus KEMBALI maruah mereka yang tercalar dek kerna kemantapan legenda yang telah KEMBALI menyerang mereka yang sangat murah maruah mereka.

Ya, memang nampak jelas dan nyata dengan toma'ninahnya krew Melodi sengaja menyerang Loque dan rakan-rakan dengan soalan-soalan yang berbelit. Aku tidak faham, kenapa la mereka nie nak sangat kenakan diorang? Sakit sangat ke hati tu? Luka tak kering sampai ke sudah? Mungkin sekarang kita sudah boleh agak, bagaimana wartawan-wartawan Malaysia ni bekerja, ikut emosi atau profesionalisme yang dipegang. Nampak gaya, emosi memakan diri. Soalan-soalan bodoh diajukan. Soalan yang dijawab dengan penuh sarkastik. Hahaha


Ya, memang sungguh tajam bait-bait lirik yang dinukilkan dalam album terdahulu, Selamat Tinggal Dunia. Penuh dengan kontroversi, penuh dengan serangan tubi terhadap wartawan-wartawan Malaysia yang menjelikkan. Memang puas hati.
Hahaha~~

Ya, aku memang anti dengan dunia hiburan Malaysia. Menjelekkan, meloyakan, membebalkan, menjengkelkan, dan semua perkataan yang seangkatan dengannya. Ya, aku hanya akan dengar sahaja apa yang kawan-kawan nak cerita pasal gosip-gosip terbaru. Tapi maaf, aku x ambil port, dan aku hanya akan menjadi a good listener sahaja. So senang cerita, FUCK to Malaysian Mainstream Media.


Wartawan-wartawan Malaysia ni semuanya tak tau apa-apa pun. KONONnya wartawan hiburan, tapi tak tau langsung apa yang diorang buat. Fahaman tentang seni pun tak tau. Aku rasa wartawan hiburan kita masih lagi bebal. Bebal dengan ilmu, istilah dan pemahamannya. Wartawan hiburan di Malaysia begitu dangkal sekali!! Macam tak pernak pulak buat assignment kat universiti. Seolah-olah tak pernah buat research/study. Kerja seni mereka, hanya ada satu, melaporkan cerita-cerita glamour dan gosip!!! Siapa bercinta, siapa bergaduh dengan siapa, itu je. Style mami jarum Razak Medin bolehlah. Cerita yang dapat dijual untuk meraih keuntungan berganda-ganda. Kapitalis Durjana!!