Wednesday, June 30, 2010

PADI Open Water Course: Gate To the Deep Sea

***
Salah satu impian aku adalah untuk dapatkan lesen diving..Tempoh hari maka selamatlah aku masuk ke lautan luas dan lulus dengan jayanya dalam PADI open water course yang membenarkan aku dive ke seluruh dunia..Damn I'm so excited..
Aku tumpang sedih dekat kawan-kawan yang tak dapat join ke Pulau Mabul..Yatt, Erna, Syah..Disebabkan diorang ada komitmen yang tak dapat dielakkan, diorang terpaksa pull out..Kalau tak, aku pun tak nak pergi sebab tak ada geng..Tapi, tekad untuk dapatkan lesen sangat tinggi so aku tolak emosi ke tepi..Tambah pulak aku sangat desperate untuk pergi bercuti sebab dah lama tak amik cuti..Keje macam nak gila..Tambah-tambah lagi, harga tiket pergi-balik ke Tawau hanya RM25!!!!!!!!! Mana nak dapat? =p
Perasaan bila dapat masuk ke dasar laut dan tengok hidupan laut secara lebih dekat, aku tak dapat nak cakap..More than words..Even lepas aku naik bot lepas 1st dive, lidah aku kelu tak terkata..Kawan-kawan pun cakap aku agak nampak terkejut..heh~

Hari pertama - puas hati selepas lulus test

Nak buat lesen diving agak mencabar jugak. Untuk habiskan open water course, kena habiskan 4 kali dive, setiap satu maksimum satu jam..Dah habis 4x dive, ada paper test pulak..Ini kacang je..Ada test bertulis, test berenang, dan test safety procedure dalam laut. Bagi aku, yang paling mencabar yang kat dalam laut. Bayangkan, kau kena buka mask dan pakai mask dalam dasar laut? Buka jaket dengan gas tank dalam air dan pakai balik? Apa nak buat kalau alat sedut gas rosak? Ini antara test yang kita kena perform dalam air kat depan Instructor. Jeff cakap aku cepat tangkap, dan test pun berjalan dengan lancar..Amik masa sangat sekejap dari yang diberi..

Saat ni yang paling best sepanjang aku buat lesen. Beribu-ribu Jack Fish berlegar-legar dalam bulatan. Aku berenang masuk dalam bulatan tanpa ikan-ikan tu lari..

Selain dari tu, Pulau Mabul ni memang terbaik..Kalau nak bandingkan dengan Perhentian dan Redang, memang dua pulau ni jauh ke belakang..Ini kali kedua aku pergi sana..Pengalaman di sana memang lain dari yang lain..Damn it, aku tak leh elaborate lagi..nanti aku nak gi beli tiket gi sana pulak.. =p


So rakan-rakan, you guys should go once to this island..Dengan izin Tuhan, aku akan buat satu lagi trip ke sana untuk dive dan sesape yang nak buat lesen atau hanya nak snorkel pun boleh join sama..Oh ya, hampir terlupa, kalau nak dive tanpa lesen pun bole..Scuba Jeff ada buat Discovery Scuba Diving (DSD). Instructor akan pegang dan bawa kita masuk dalam..Price range not more than RM200..

Marilah raikan lautan...Heaven is a place on earth!!

***

Wednesday, June 23, 2010

Manusia dan Alam

***

Duduk di bawah bulan terang sama bintang cerah..
Tiada angin tetapi tiada hangat.duduk dan baring di tepi lautan..
Merenung kehidupan dan lari daripada kota metropolitan..
Lelaki-lelaki bajau bermain gitar dan mainkan lagu-lagu indah..
Bantuan untuk kami mengelamun di kelam malam..
Kaum Adam membakar batang tembakau..
Merenung jauh ke laut..mendongak ke langit..
Sepanjang malam..pada masa ini,masih merenung jauh.


Suasana agak..peaceful..

Ikatan kimia antara manusia dan alam tidak dapat dipisahkan..

Ikatan yang direstui Tuhan..

Tapi hanya untuk 4 hari..

4 hari..

There is no happy ending..

Sedang mainkan lagu Wonderful Tonight Eric Clapton..

***

Friday, June 11, 2010

Mesin Deposit Tunai

***

Tadi habiskan lebih satu jam kat ATM CIMB semata-mata untuk buat deposit tunai..Mesin deposit tunai CIMB memang...SUCKS!!!!!


Aku buat 6 transaksi disebabkan mesin tu tak dapat kesan duit yang aku masukkan..Tertera kat situ katanya 99 notes boleh masuk dalam satu transaksi..tengok-tengok 10 atau 20 notes yang accepted..Ulang punya ulang asyik kena reject notes aku..stupid machine..padahal notes yang aku ada tu notes baru..withdrew dari bank rakyat sebelumnya..sekali lagi, stupid machine..


Punya aku fed up, aku pergi ke Maybank pulak..mesin ATM Maybank memang...TERBAIK!!!!

Amazingly, aku masukkan 40 notes, terus dia terima semua..sekali transaksi!!hebat hebat..

Patut la Maybank kenakan charge macam-macam dan setimpal dengan service yang dia bagi..Boleh katakan dia ada la jugak buat maintenance mesin-mesin ATM dia..Kalau tak, macam mana boleh ada beza mesin CIMB tak terima tapi mesin Maybank boleh?

Lesson learnt..

***

Thursday, June 10, 2010

Nota 9

***

sangat sedih..aku perlukan kawan-kawan untuk pergi melancong..


Krabi atau Phuket..


Bandung atau Bali..


Seterusnya London atau Melbourne atau New Zealand..


Seterusnya ke Makkah al-Mukarramah..


Jom la rakan-rakan!!

***

Friday, June 4, 2010

Event: Shape Night & Men Health Night Run 2010

***

Mari berlari dan melastik bintang di malam hari!!!

Goodies worth RM300 up for grabs!!


Event: Shape Night & Men Health Night Run 2010

Date: Saturday, 31st July 2010

Time: 6pm onwards...

Starting Point: Presint 3, Putrajaya

Mileage: 12 km (Open), 5 km (fun run)


click here for online registration


Aku sudah register..marilah semua ^_^


hooHA! Asia: Putrajaya Night Marathon 2010 from hooHA! Asia on Vimeo.



***

Thursday, June 3, 2010

Rokok

***

What do you think of this?






***