Wednesday, November 19, 2008

MLM: Hilang Kawan

Dah lama aku nak post tajuk nie. Mungkin ini masa yang sesuai untuk aku berkongsi pengalaman aku dengan MLM nie. Aku buka cerita ni pun, pasal aku nak sesiapa yang ikut blog aku ini tahu apa yang sebenarnya yang korang nak untuk hidup korang. Mungkin aku masih muda untuk berfikiran jauh dan kawan-kawan yang dah berpengalaman tahu la nak fikir.

Aku join satu company MLM ni, dan tak perlu aku sebut. Sesiapa yang rapat dengan aku tau la aku masuk yang mana. Time lepas grad, aku banyak cita-cita dan semuanya adalah cita-cita yang berhubung kait dengan perniagaan. Aku nak ada satu business aku sendiri dan boleh aku wariskan..peh, kencang..Time tu baru dapat keje dan kerja tu buat membuatkan aku dalam keadaan yang terumbang ambing, memang aku nak blah cepat-cepat sebab tak syok.sakit, penat, menyampah, macam-macam lagi. Lantas aku join, malas la nak cite panjang...

Dan sekarang, aku dah stop.....

Inilah cerita aku..Setelah berbulan-bulan aku gerak, tiba-tiba aku stop. Aku dah tak sanggup nak buat..call kawan-kawan, ajak diorg lepak minum, padahal nak amik kesempatan nak bercerita..Inila taktik-taktik popular diorang pakai tapi aku tak buat la ok..Kawan-kawan yang tak pernah bertegur pun terpaksa contact balik sebab desperate untuk cari downliner..Syukur jugak la aku tak sampai tahap ini lagi..

Benda yang paling aku takut adalah bila kawan-kawan mula lari dari kita disebabkan benda nie..dan ramai dikalangan kawan-kawan aku yang takut nak jawab call atau reply SMS kawan-kawan yang dah join..nak jumpa nanti, diorg try pujuk lagi..dengar cite-cite poyo mamat-mamat kaya buat diorg naik nyampah..uFcK..Memang aku takut..Semenjak aku join ni pun, aku x pernah lagi buat taktik-taktik sial macam ni sebab, aku tau apa akan jadi..Setahu aku, aku tak pernah bukak cerita kalau aku gi lepak ngan kawan-kawan..aku hanya bercerita jika ditanya sahaja..Benda ni memang boleh buat hilang kawan..kUcF..

Banyak benda yang aku memang tak bole blah bila join benda nie..Kau kena show-off, kena jadi poyo, angkuh, bongkak...FcKu..aku tak sanggup sebab itu bukan aku..aku memang menyampah bila aku pergi office MLM tu, dengar cite poyo, kononnya down-to-earth laa..lakonan je..dalam hati siapa tahu!!!orang bawah masuk, hati gembira laa!!!fkCu..

Ada seorang manager dekat company aku cakap, "Jika kita ingin berjaya dan dedicate hidup kita untuk kerja, ada 3 benda yang kita kena korbankan; Keluarga / Isteri dan anak-anak, Kawan, Hidup Kita"

Diantara kita ni, sanggup ke buat? Tak semua orang boleh buat. 100% aku sokong dengan kenyataan itu tapi aku tak sanggup, dalam konteks MLM ni la..

Pada satu tahap tu, aku mula terfikir..Adakah ini yang aku nak? Aku nak jadi kaya sangat ke? Berbaloi ke, kalau aku jadi kaya dengan buat ni, semua orang kat sekeliling yang rapat dengan aku lari? Aku enjoy dengan hidup aku sekarang..walaupun serabut dengan hutang keliling pinggang tapi aku sangat-sangat hargai hidup aku sekarang..lebih baik aku hidup macam nie..duit boleh buat kita lalai..dan aku agak tak terkawal bila ada duit banyak..aku tak mau oleh kerana duit, hidup aku hilang..kita bukan dimiliki oleh duit, kita milik Tuhan...

Sebab-sebab tu la aku stop..kerana itu bukan yang aku nak..itu bukan diri aku dan hidup aku bukan yang itu..Dulu aku agak kabur..sekarang aku sudah kembali ke realiti...friends, thanks for your support..maaf kalau aku pernah sakitkan hati..kepada kawan-kawan yang dah berjaya buat MLM tu, aku x pernah rasa dengki dengan korang..sebagai seorang kawan, aku bangga jika ramai kawan-kawan yang berjaya dalam hidup tak kira la kerja apa-apa pun..

So friends, korang fahamkan apa maksud aku? Fikirkanlah apa yang korang nak..tipu la, semua orang pun nak kaya tapi banyak lagi cara untuk kita jadi kaya..x payah la nak jadi kaya dengan join MLM..fcKu..

"Lebih baik jadi orang miskin daripada jadi kaya, sebab orang kaya takut jadi miskin"

Thursday, November 6, 2008

Photo Shooting and Picnic @ Kepong Recreation Park; Saturday Nov 8, 2008

Friends,

Mari memeriahkan sesi bergambar dan berpiknik di taman rekreasi Kepong Sabtu pagi jam 9am anjuran Incik Saifoel n d gang..Anda pasti x akan menyesal dengan hasil petikan gambar Incik Saifoel, dan dibantu oleh aku sendiri yang baru nak berjinak-jinak..hahahaha Sambil-sambil itu, kita berpiknik di kala matahari baru nak naik..wau!!pasti seronok!!!

Bagi mereka yang ingin turut serta, bawa bersama peralatan-peralatan yang sesuai dengan sesi bergambar ini; payung, selendang, bola angin, vespa, seluar kotak-kotak, layang-layang, etc..

Sebarang pertanyaan sila hubungi aku..

Ayuh Semua!!

Sunday, November 2, 2008

Tag, I'm it! huh~~

OK la Erna..Kesian kat ko xde orang layan..Disebabkan aku ni seorang kawan yang supportive, enjoy your reading about me..Cheers~~ State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself:-

1. Pernah sekali aku nyaris-nyaris dilanggar tren Komuter semasa aku fly sekolah..nak ko soromban lalu trek komuter..memang gile..nasib baik aku sempat lompat dari trek..

2. Time sekolah asrama dulu, desperate sgt nak balik rumah..taktik paling bingai sekali, titiskan air perahan tembakau ke mata..pernah jugak gi amik air mata membe yang memang kena sakit mata, calit kat mata sendiri.. Dapat la seminggu cuti..wihuuu!!!

3. Aku mungkin pemalu orangnya..tapi aku x malu nyanyi walaupun suara x sedap..lagi2 kalau time jamming..puas yang amat sgt..aku lebih prefer perkataan menyanyi itu ditukar kpd MELALAK

4. Pernah simpan gambar Datuk Siti Nurhaliza tanpa solekan (buruk gile) dalam wallet..kawan yang bagi, jadi aku simpan je la..hhahaha~~

5. Ya, aku seorang yang setia..hmmm...

6. Aku sgt lampi belajar bahasa Arab..dari form 1 sampai form 5 boleh dikatakan asyik fail..Tapi time PMR, aku dapat A..aku xtau kenapa, tapi aku sgt yakin bantuan dari Tuhan..sebab, time nak karang esei, aku sgt2 xtau nak tulis apa sampai aku menitis air mata..lalu aku pun doa punye doa, semacam dapat ilham..SPM cukup2 makan (time tu aku sgt2 rosak, xleh nak ditolong dah)

7. Tak boleh duduk dalam wad lama-lama, tak tahan dengan baunya yang semacam. Kalau tak, aku mula la menguap nak pitam..

8. Tak boleh duduk dengan kaki melunjur ke bawah, wajib lipat kaki atau kaki bersila atas kerusi..x selesa lah..

9. Mak ayah rakyat Kelate, tapi aku pelat kecek Kelate..kecek supo kelate sie..nate..aku malu sikit nak speaking depan orang Kelate..

10. Buah durian makan, tapi tempoyak x makan..

11. Suka diurut..damn good..

12. Cepat marah..kot..

13. Baru aku tau, aku x leh dengar cite-cite horror atau tgk gmbr or video yg horror..kan buat aku x selesa yang amat sangat..itupun kalu aku tumpukan perhatian yang amat sangat..kalu aku wat biasa je, xde apa laaaa..

14. Lauk kegemaran: ketam..kalau makan dengan nasi, ketam aku makan last2..ikan singgang cicah dengan budu + ulam-ulaman pon sodap...

15. Sukakan pantai dan laut..time kat USM dulu, selalu la gi lepak di pantai belakang rumah orang sebelum sampai ke Feringghi (blkg Paradise kot?)kat KL, xde port..kuciwa..

Dengan ini aku nak TAG cik Kirana dan encik Mizie dan encik Azman..Silakan..

P/s: Azam, ada berani ka??

Saturday, November 1, 2008

Bebas

Tak aku sangka, hampir 6 bulan aku kerja dengan kekurangan 'otak'. Aku guna perkataan 'otak' sebab 'otak' yang mencukupi akan memudahkan kerja aku/kami dan dapat menyebarkan tekanan dengan seimbang. Aku tak tau, dalam masa 6 bulan ni, berapa kali aku dapat bercuti. Jarang jugak la. Cuti sehari, terus masuk kerja balik. Dapat rehat sehari tu pun sebab ada orang yang sangat memahami situasi kitorang ni macam mana.

Apa yang aku nak sekarang hanyalah, PERCUTIAN!!

Dah lama aku tak pergi bercuti. Kali terakhir aku pergi Redang. Itupun bulan April lepas. Gila dah lama. Aku hanya nak bagi otak aku yang penat ni berehat. Lari dari suasana yang kusut. Mau rosak otak aku ni kalau terus-terusan diperah, tambah pulak sedut racun 20 batang sehari. Memang semakin mengecut la otak aku ni.

Apa yang aku nak sekarang hanyalah, duduk kat tepi pantai, hisap Surya yang dibiarkan saja dibibir, tangan sibuk memetik gitar kod asas C G Am F berulang-ulang, dan seorang manusia berkata-kata bahasa hati.......