Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Friday, June 4, 2010

Event: Shape Night & Men Health Night Run 2010

***

Mari berlari dan melastik bintang di malam hari!!!

Goodies worth RM300 up for grabs!!


Event: Shape Night & Men Health Night Run 2010

Date: Saturday, 31st July 2010

Time: 6pm onwards...

Starting Point: Presint 3, Putrajaya

Mileage: 12 km (Open), 5 km (fun run)


click here for online registration


Aku sudah register..marilah semua ^_^


hooHA! Asia: Putrajaya Night Marathon 2010 from hooHA! Asia on Vimeo.



***

Saturday, January 16, 2010

Kenapa Manchester dah tak cool macam dulu

***

Aku ingin sangat pegi Manchester. Ada seorg kenalan di sana..Jadi sebelum dia balik ke Malaysia, aku nak jejak kaki dulu..Mungkin ramai kenalan rapat tahu kenapa I'm in love with Manchester.

Ini sebabnya..

1 - Glory Glory Man United!!!!

(taken from www.independent.co.uk. payah betul nak cari gambar lama giggs)


2 - Manchester adalah bandar Rock n Roll di UK. Terdapat puluhan band yang terkenal dan jadi legend of all time. Dua band yang aku sangat suka adalah Stone Roses dan Oasis.

i) Stone Roses - salah satu band penggerak semasa era Madchester. Aduhai, they were genius!

Made of Stone


Fool's Gold



ii) Oasis - what more can I say..One of greatest band on earth..





Tapi, keadaan telah membuatkan aku sangat lemah untuk ke sana..

1 - Manchester United

Sebelum ini, kelab bola ini adalah kelab untuk semua. Kelab untuk rakyat. Sebuah kelab yang ditubuhkan diatas semangat dan jiwa rakyat kelas pertengahan atau blue collar. Rakyat British memang sangat-sangat passionate tentang bola..The hooligans dari Red Devils adalah rakyat biasa yang bekerja kilang, memerah keringat berlibung tulang hari-hari dan merekalah yang menjadi tulang belakang di dalam stadium Old Trafford Theatre of Dreams dalam memeriahkan dan berhempas pulas memberi sokongan. Mereka juga yang bersabung nyawa menjaga maruah The Red Devils daripada kutukan dan serangan liar dari hooligans musuh seteru yang lain, most notably Liverpool.

Tapi sekarang, ia telah dibeli seorang tycoon kapitalis yang ingat British scene semuanya adalah kerana duit. Kelab itu bukan milik rakyat lagi. Ia adalah sebuah entiti atau mesin pencetak duit bagi mereka. Dari situ juga tiket melambung tinggi membuatkan rakyat pertengahan dan hardcore fans yang duduk bergelimpangan di tepi jalan tidak lagi memenuhkan stadium. Segala jenis rakyat yang mampu sahaja dapat masuk tetapi ia tidaklah havoc seperti dulu. Boleh nampak bagaimana ia telah berubah. Aku nak sangat masuk Old Trafford. Tapi tiket sangat mahal untuk single tiket untuk satu perlawanan. sigh~~~

2 - Stone Roses

Mereka ini legenda Rock n Roll dunia. Mungkin bagi mereka yang tidak mengikuti aliran muzik British tidak akan kenal dengan mereka. Kerana yang disuap kepada kita banyak yang datangnya dari Amerika.

Mereka hanya mampu keluarkan dua album sahaja kerana terdapat masalah dengan saman record label. Dua lagu di atas adalah yang terbaik pernah dikeluarkan dan merupakan songs of all time dalam dunia rock n roll.

Tapi mereka kini sudah tidak bermain lagi. Aku teringin juga nak tengok mereka beraksi.
Tengok Ian Brown beraksi secara live membuatkan aku nak jadi rock star.

3 - Oasis

Walaupun Oasis adalah peminat setia Manchester City, seteru rapat The Red Devils, aku tak pernah membenci mereka seperti fans Man U membenci fans Man City yang memang shit.

Oasis arguably one of greatest rock n roll band in history. No doubt. Tapi, yang buat aku sedih, Noel Gallagher announce the split up, dia dah keluar secara rasmi dari Oasis tahun lepas. There will be no more Oasis without him. Dia adalah tulang belakang Oasis, perancang utama kugiran ini.

Aduh, hilang mood aku untuk ke Manchester. Tengok je betapa kecewa dan marahnya Hitler bila dengar berita Noel dah keluar dari Oasis.





Habis tu, siapa nak nyanyi lagu ni lepas ni?????


***

Tuesday, July 21, 2009

Manchester United Asia Tour @ Malaysia
















Musim ni, aku jangkakan pasukan syaitan merah akan kembali ke taktik tradisional mereka 4-4-2..Michael Owen akan memainkan peranan sebagai seorang typical striker dan juga Valencia dan Nani flying down the wing yang dipuja-puja oleh hardcore fans syaitan merah..Ya, siapa berani bangkang dengan aku yang hardcore fans tak suka typical striker dan winger di Old Trafford? Itulah yang dirindukan oleh hardcore ini..Itupun jika Sir Alex tak takut kehilangan Berba yang cool habis tu habis season nanti macam Tevez..

Owen sudah menjadi seperti instant hero. Aku sangat teruja bila melihat dia beraksi dalam dua perlawanan yang lepas. Sentuhan kemas, finishing masih lagi berbisa dan dia tahu kemana dia perlu berlari, itulah typical striker yang disukai..

Thank you Syaitan Merah kerana singgah di Malaysia dan, you rock my weekend!!
Tak lupa juga kepada Encik Lumix yang boleh zoom jauh gila tak ingat..You make me smile bro!!

Shit, tak boleh lupakan game tadi..Owen, I'm in love..

Tuesday, May 26, 2009

Layang-layang






Ketenangan...Tiada kata mampu dilafazkan~~~

Saturday, January 24, 2009

Bola Sepak Malaysia: Picisan dan nak mampus

Minggu ni Malaysia terkesot masuk dek kerna dibelasah UAE 5 berbalas telur busuk. Encik pengurus mengamuk sebab dimaki peminat bola sepak tempatan. Pengurus baik dari team UAE pun kena baling botol. haihhh, main mcm sial salah, gempak pun salah gak? hmmm aku bingung gak dengan team Malaysia. Kenapa bengap sangat tak sudah-sudah. Disini aku rumuskan mengapa mereka bengap.

1 - Belum bercerai susu
Ada sorang dua player dapat main luar negara tapi tak tahan sebab rindu kat mak. Manja nak mampus sampai balik ke Malaysia. Sengal, ada peluang tak guna betul2. Tak sempat belajar dah balik. Atau mungkin sebab dia orang Melayu, kat negara omputih tak jumpa budu atau belacan. Omputih tak makan belacan, busuk la. Belacan adalah salah satu produk yg diharamkan oleh pertubuhan kapal terbang sedunia. Kalu ada label, belacan termasuk dalam kategori label tengkorak tu, boleh membawa mati.

2 - Kuat merokok / 'cucuk langit'
Katanya main secara profesional, tapi boleh isap rokok dan minuman beralkohol aka cucuk langit. Pelik betul, jurulatih pun bengap, bodoh. Patut la lari 5km pun dah pancit. Beckham lari 50km dalam satu game beb. Stamina kurang, macam la main time musim salji.

3 - Suka tengok blue
Malam sebelum game bole tgk peramugara terlampau atau ida nerina beraksi dulu. patut la lari macam mak nyah, lutut dah lari sebab melayan blue.

4 - Jurulatih Bodoh
Gelarannya ketua, tapi bengap. Dia yang bodoh tapi salahkan player sendiri. Tapi dalam dunia ni siapa nak mengaku diri sendiri bodoh. Mesti la tuding kat orang lain. Masuk akal kan? Mungkin dia tahu dia bodoh, tapi ye lah, siapa nak mengaku. Korang nak ngaku?

5 - Disiplin
Orang Malaysia ni terkenal dengan sifat tak berdisplin. Training lambat, pemalas, tak fokus dan lain-lain. Tak ada orang terfikir ke bawak sorg askar yg boleh jaga player2 neh? kompem semua player kecut teloq. - idea bernas dari aku..kan kan???

Hah, itu saja..mereka tetap bengap jika semua yang diatas tidak diubah..Bengap

p/s: aku menulis entry ini dalam keadaan separa sedar.