Saturday, January 16, 2010

Kenapa Manchester dah tak cool macam dulu

***

Aku ingin sangat pegi Manchester. Ada seorg kenalan di sana..Jadi sebelum dia balik ke Malaysia, aku nak jejak kaki dulu..Mungkin ramai kenalan rapat tahu kenapa I'm in love with Manchester.

Ini sebabnya..

1 - Glory Glory Man United!!!!

(taken from www.independent.co.uk. payah betul nak cari gambar lama giggs)


2 - Manchester adalah bandar Rock n Roll di UK. Terdapat puluhan band yang terkenal dan jadi legend of all time. Dua band yang aku sangat suka adalah Stone Roses dan Oasis.

i) Stone Roses - salah satu band penggerak semasa era Madchester. Aduhai, they were genius!

Made of Stone


Fool's Gold



ii) Oasis - what more can I say..One of greatest band on earth..





Tapi, keadaan telah membuatkan aku sangat lemah untuk ke sana..

1 - Manchester United

Sebelum ini, kelab bola ini adalah kelab untuk semua. Kelab untuk rakyat. Sebuah kelab yang ditubuhkan diatas semangat dan jiwa rakyat kelas pertengahan atau blue collar. Rakyat British memang sangat-sangat passionate tentang bola..The hooligans dari Red Devils adalah rakyat biasa yang bekerja kilang, memerah keringat berlibung tulang hari-hari dan merekalah yang menjadi tulang belakang di dalam stadium Old Trafford Theatre of Dreams dalam memeriahkan dan berhempas pulas memberi sokongan. Mereka juga yang bersabung nyawa menjaga maruah The Red Devils daripada kutukan dan serangan liar dari hooligans musuh seteru yang lain, most notably Liverpool.

Tapi sekarang, ia telah dibeli seorang tycoon kapitalis yang ingat British scene semuanya adalah kerana duit. Kelab itu bukan milik rakyat lagi. Ia adalah sebuah entiti atau mesin pencetak duit bagi mereka. Dari situ juga tiket melambung tinggi membuatkan rakyat pertengahan dan hardcore fans yang duduk bergelimpangan di tepi jalan tidak lagi memenuhkan stadium. Segala jenis rakyat yang mampu sahaja dapat masuk tetapi ia tidaklah havoc seperti dulu. Boleh nampak bagaimana ia telah berubah. Aku nak sangat masuk Old Trafford. Tapi tiket sangat mahal untuk single tiket untuk satu perlawanan. sigh~~~

2 - Stone Roses

Mereka ini legenda Rock n Roll dunia. Mungkin bagi mereka yang tidak mengikuti aliran muzik British tidak akan kenal dengan mereka. Kerana yang disuap kepada kita banyak yang datangnya dari Amerika.

Mereka hanya mampu keluarkan dua album sahaja kerana terdapat masalah dengan saman record label. Dua lagu di atas adalah yang terbaik pernah dikeluarkan dan merupakan songs of all time dalam dunia rock n roll.

Tapi mereka kini sudah tidak bermain lagi. Aku teringin juga nak tengok mereka beraksi.
Tengok Ian Brown beraksi secara live membuatkan aku nak jadi rock star.

3 - Oasis

Walaupun Oasis adalah peminat setia Manchester City, seteru rapat The Red Devils, aku tak pernah membenci mereka seperti fans Man U membenci fans Man City yang memang shit.

Oasis arguably one of greatest rock n roll band in history. No doubt. Tapi, yang buat aku sedih, Noel Gallagher announce the split up, dia dah keluar secara rasmi dari Oasis tahun lepas. There will be no more Oasis without him. Dia adalah tulang belakang Oasis, perancang utama kugiran ini.

Aduh, hilang mood aku untuk ke Manchester. Tengok je betapa kecewa dan marahnya Hitler bila dengar berita Noel dah keluar dari Oasis.





Habis tu, siapa nak nyanyi lagu ni lepas ni?????


***

No comments: