Showing posts with label Melihat Kehadapan. Show all posts
Showing posts with label Melihat Kehadapan. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Melihat Kehadapan Part 1

***

Ayuh update resume!!!


Untuk ke-43 kali dalam 5 tahun..

***

Thursday, February 2, 2012

Sungguh Bermakna

***

"Do not let your emotions (anger, act of rebel, cry, frustration, stress) well-known to your superiors or co-workers (persons who are dealing with you from other departments and their bosses) unless you do not want to have a bright careers ahead. The uncontrollable emotions to these groups will effecting you. It may sounds as 'plastic' or politic to some of us but control is not plastic. It's called tranquility - KiengMeng


***

Monday, February 21, 2011

Friday, February 18, 2011

Nasyid, Junjungan Mulia, Renungan

***

Kadang-kadang, aku memilih untuk mendengar lagu nasyid tika aku rasa sangat lemah..lupakan Mogwai, Death Cab for Cutie, atau the Verve..lagu syahdu tapi tak dapat lawan penangan syahdu lagu syahdu nasyid dek tempias kata-kata Tuhan dan Junjugan Mulia..penangannya kadang-kadang boleh buat mata bergenang di kala tengah lemah..tak ramai kenal aku..aku memang cepat tersentuh..manusia mudah alpa, bila sakit baru nak fikir Tuhan..well, aku antaranya..aku mengaku..

Hmm..dua hari sudah kita sambut Maulud Nabi..Tak kesempatan untuk share something..Ada satu lagu punya melodi syahdu..Cuba dengar video kat bawah ni sebelum sambung baca..

Ya Tuhan, sampaikan salamku kepada Junjungan Mulia..




Sambungan...


Kebelakangan ni, rezeki melimpah ruah..Banyak benda yang datang macam, eh, apsal murah rezeki aku ni..apa aku dah buat??kadang-kadang tak jumpa jawapan..hanya mampu ucapkan terima kasih..

Tapi..

Manusia selalu buat statement yang salah..

Bila kita tengok ada sedara mara atau kawan-kawan susah, keje tak ke mana, ada je benda tak kena kat dia yang orang kata, "tak de luck la tu, bintang Pisces la tu" (contoh je); diorang selalu relate dengan bintang..kalau diikutkan, dari apa yang aku selalu dengar dan belajar, ada dua situasi yang berlainan tapi bagi maksud yang sama:

1) Orang susah, banyak sangat dugaan; dan
2) Orang senang, murah rezeki orang kata.

Maksud yang sama tu adalah dua-duanya adalah dugaan..sejauh mana kita hargai apa yang diberikan..so..watch out..

Manusia semua sama..Tuhan maha Adil..Dia tak bias..semua equal..cuma perjalanan hidup yang berbeza..Jadi aku rasa, kurang enak untuk mengata orang lain kalau mereka susah..rezeki masing-masing akan tiba..orang moden kata hidup kita macam bola..Cuma, do your thing and always believe in God..Simple..

Aku rasa..dah banyak perubahan jadi kat aku..Urghh...ini pun aku bingung kenapa in a sudden, banyak sangat benda jadi tapi tak dapat cari jawapan..ada satu cerita..



Petang tadi, sebelum balik, nak gi amik kete..tengah jalan ada kete hon..dongak kepala tengok driver tengah lambai sambil tersenyum girang..aku lambai, senyum kebingungan..oh, by d way, dia seekor singa betina yang suka buat bising..tak disukai ramai..dan aku pun tak pernah nak suka dia..selalu kena maki..tapi it turns out, dia lambai aku???what the..

Aku harap benda-benda tu semua adalah rezeki..amin..terima kasih..

Jangan berhenti berharap...

Sebagai bonus, nak share gambar zaman sekolah Labu..tak ramai dapat tengok gambar aku zaman glemer..tiba-tiba rasa nak belek sebab teringat kat kawan yang bersungguh-sungguh nak buat reunion..aku pernah pasang impian aku nak organize reunion besar-besaran..kitorang share benda ni dan berjanji..baru perasan tahun ni ulang tahun ke sepuluh since kitorang habis sekolah..tapi looks like aku kecewakan ramai orang..mungkin tak dapat nak buat..

Kepada Sin Chan, Mad No and Nazri...kalau korang ada singgah kat sini, maafkan aku..kalaulah korang ada kat KL..


















Apsal tak bole rotate gambar ni???


Cukup la aku merapu..


***

Thursday, October 21, 2010

Kisah Hidup

***

Kisah hidup kita bukanlah tentang kisah hidup kita semata-mata..

Ia bukan tentang kita tetapi tentang mereka yang di sekeliling kita..

Tuhan jadikan manusia untuk berinteraksi dengan makhluk di sekeliling..

Kita milik Tuhan..Jadi kita dijadikan untuk menghambakan diri kepadaNya..

Perhambaan memerlukan keseimbangan hidup dengan mereka disekeliling..

Penting diri adalah diluar keseimbangan..

Memikirkan mereka disekeliling adalah tanggungjawab..

Maka akan diberikan kemudahan dan kesenangan yang tidak tercapai akal..

Kerana, kesenangan itu sukar untuk kita fikirkan dari mana datangnya jika dirasai..

Ia datang kerana mereka disekeliling yang mendoakan kesenangan kita..

Setiap kata-kata mereka yang senang dan gembira yang datang dari kita adalah doa..

Dan sekarang, cuba fikir mengapa kesenangan itu kadang-kadang datang bergolek dan sukar diterjemah?

Dan kerana itu, ini bukan kisah kita untuk dikisahkan..

***

Monday, October 18, 2010

Update: Amaryllis

***

Inilah kedai saya..Jemputlah datang selalu ^_^


***

Sunday, October 17, 2010

Nota 13

***

Changing..
Better to turn and walk away..


Kadang-kadang, bila kita membuat keputusan, ia datang dengan pengorbanan..

Bulan Oktober genap 3 tahun aku di kilang kicap sejak status di tukar ke permanent..Sepanjang tiga tahun ni ada 2 milestone yang aku nak share..

Pertama

# Genap 2 tahun pada bulan Julai semenjak aku jejak di kilang kicap, aku kena transfer ke tempat baru..Decision dibuat oleh bos yang aku pada mulanya bantah..Aku sayang tempat lama lebih dari apa yang aku ada kat kilang..Kawan-kawan dalam shift sangat rapat..MC pun boleh beramai-ramai sampai orang kata ada pakatan menjatuhkan management..pk2 balik, cool gila walaupun kebetulan semua memang sakit time tu..

Kedua

# Genap 3 tahun pada bulan Oktober semenjak status ditukar ke permanent, aku menjadi manusia normal kerja normal workdays..Cuma kali ini, bos yang offer dulu..

**

Aku sangat liat nak bangun semayang time siang kalau time aku keje malam..Ibu akan kejut aku setiap kali masuk waktu..Setiap kali itulah ibu akan membebel-bebel aku ni tak macam orang..

Awal tahun dulu, mungkin sebab ibu tak tahan sangat, dia menangis lepas bebel2 kejut aku..Time tu nyawa2 ikan nak abeh Zohor..

Gosh...

Aku tak boleh tengok ibu menangis..Aku terus sedar..Then pergi keje malam tu, buatkan aku fikir.."Ya Tuhan, kalau benar Engkau berikan aku peluang untuk berubah, berikan aku tanda-tandanya"..

Sejak dari tu, aku nak sangat keje normal tak ikut shift..Badan dah tak segar macam dulu..Aku ni familyman..Family selalu kena tolak tepi..Member kawin bape ramai aku miss..Hidup macam ni sangat sucks..Seriously, it sucks..Dah agak lama aku dapat peluang masuk keje normal, tapi mungkin masa tak sesuai lagi masa tu, so byk kali aku decline..

**

Minggu lepas minggu yang agak pelik..Macam-macam benda jadi..Kedai kena buatan orang..Dapat offer naik pangkat dengan kenaikan gaji lumayan..Pada masa sama, benda yang aku inginkan datang bergolek..Aku dapat offer masuk keje normal..Cuma benda yang agak peningkan aku adalah gaji..Kalau aku walk out dari shift, aku akan hilang lebih kurang RM900 sebulan..So, aku dalam persimpangan jalan, naik gaji atau potong gaji..

Akhirnya, aku pilih jalan untuk pergi ke normal..Aku rasa ramai yang akan cakap aku bodoh sebab aku pilih yang potong gaji..

Milestone yang pertama, aku dah korbankan kawan-kawan untuk kena transfer..Tuhan saja yang tahu camne aku rasa time tu..

Sekarang, aku korbankan kawan dan duit..Aku sedar, kali ni aku punya decision bagi impak yang agak besar dalam hidup aku..

Bila fikir balik, aku teringat kata seorang kawan.."Bila kita nakkan sesuatu sesungguh hati, Tuhan akan permudahkan"..Dan aku teringat apa yang aku cakap dengan Tuhan awal tahun tu..Mungkin ini lah tandanya..


I thought it won't be this hard..

Forgive me my dear friend..

***

Monday, October 11, 2010

Nota 12

***


Shit..


Caught in between..







***

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, October 5, 2010

Bos dan Anjing

***
Ya, aku setuju kalau orang kata orang macam kita kerja makan gaji ni keje macam anjing..
Jadi orang suruhan..

Ada kebenarannya juga..Sebab, ye lah, takkan la nak melawan plak..Naya kita..gaji takkan naik-naik..

Tapi aku cukup tak bole terima kalau orang bagi alasan untuk benti kerja sebab kita dipergunakan oleh bos atau management..Ya, aku selalu kena remark ni kat kilang kicap aku sebab diorang nampak macam aku dipergunakan..

Hei, come on..Aku nak tanya, keje apa yang kau rasa kita tak dipergunakan?

Selagi kita kerja di bawah orang, selagi tu la kita memang dipergunakan..Orang macam ni, tidak berpijak di bumi yang nyata..Pusing-pusing company lain pun, banyak mana tempat kau pergi pun kau tetap dipergunakan..Itulah hukum kapitalis..

Kecuali bukak bisnes..Baru korang tau apa itu hukum kapitalis..saling mempergunakan..

Ngok..

***

Saturday, September 18, 2010

Cerita Rakyat 1

***
Sedang nonton Buletin Utama..cerita tentang banduan juvana dapat peluang sambung pelajaran di OUM..

Bullshit tak?

Kenapa aku cakap bullshit..

Sebab, sekali dah ada rekod jenayah, forever la dia nak dpt kerja, di swasta atau kerajaan..

Bodohnya mereka ni..

Cubalah katakan yang aku salah..cubalah..

***

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan 2,Batu Caves,Malaysia

Thursday, September 2, 2010

Noktah

***

Ok ma and dad, am now ready and will do it for you..

***

- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan 2,Batu Caves,Malaysia

Wednesday, August 4, 2010

Presentation vs Isi air dalam botol

***

Ok, bayangkan, kalau kat tempat aku ni, hari-hari memang nak kena present..tempoh presentation lebih kurang 15 minit..kalau result memberangsangkan, tak sampai 5 minit pun boleh..

Cuma yang part nak prepare presentation yang remeh dan leceh..paling kurang satu jam nak prepare..sejam ni maksud aku kalau kena keje pagi hujung minggu..Weekend nak kena present depan MD atau bos kepada bos kepada bos..tapi presentation dlm 10 minit hingga 20 minit..jadi kau all out time presentation one short dengan masa sejam utk preparation..

Presentation ni ibarat macam kau main game isi air dalam botol..tapi aku bagi perumpamaan yang lebih mencabar sikit..

kau ada sebuah baldi kosong tapi nak kena amik air sungai..nak ke sungai amik masa 10 minit pergi dan balik..tapi baldi dibiarkan kat tempat asal tak boleh bawak ke sungai..gayung je boleh bawak..so nak bagi penuhkan baldi paling kurang kena 6x gi balik..

bila dah penuh baldi, terus splash out semua air tu dengan one short..damn..
wasting time..dan..tak berbaloi dengan keringat yang keluar..

anda semua faham????

***

Friday, July 16, 2010

Amaryllis Beauty Avenue: Spa and Saloon

***

Hye rakan-rakan..

Good Day..

Aku dan rakan-rakan dengan jayanya telah memulakan operasi kedai kami yang diberikan nama Amaryllis Beauty Avenue..Located just around the corner of NZ Curry House Wangsa Maju..

Kami memberikan servis spa dan salun untuk muslimah..ya, wanita sahaja..lelaki no no no..tapi, pada masa akan datang kami akan buka kepada lelaki jika diizinkan Tuhan oleh kerana kami hanya punya specialist untuk perempuan sahaja..Kami cuba untuk letakkan had-had berlandaskan hukum hakam agama...Tambahan pula kami dapat banyak request dari kawan-kawan dan orang yang lalu lalang bukak spa utk lelaki..InsyaAllah.. =)

Disamping itu, kami juga menawarkan servis laundry..Ya, yang menarik kami tawarkan khidmat "Pick Up n Delivery door to door"..So, no hussle..Call aja dan kami akan buat selebihnya..Walau apapun, kedai kami sedia menerima pelanggan untuk drop pakaian di lot kedai..Pick up n Delivery hanya beroperasi disekitar Wangsa Maju dan kawasan-kawasan terdekat..

Harap-harap pembaca blog yang singgah di sini dapat bertandang ke kedai aku..In the mean time, aku sangat-sangat perlukan support dari kawan-kawan untuk promote..So friends, come along and bring along your friends and family..

Please spread the words!!!




***

Tuesday, May 25, 2010

Quote of the Day 1

***

"If you want to make the world a better place, take a look at yourself and make a change"

-Michael Jackson-

Tengok diri sendiri dulu sebelum cakap atau mengata orang..Benda ni banyak berlaku kat kilang kicap..Shut up and don't say a word if you are the same with the others..Fikirlah sendiri..

Sorry to say and to be honest, I really hate these types of people..

End of story~~

***

Wednesday, May 19, 2010

Losing in the War

***

Sebelum aku tulis apa-apa, aku memang tak suka pada kekalahan..Tapi apabila kalah, aku akan akur dengan kekalahan...

Dan pada masa entri ini ditulis, I can feel that I'm losing in the war..Yes, i'm losing..






But...just not yet...










Not yet....




***

Saturday, May 15, 2010

Waiver

***
1. Aku tak tau..Dulu Malaysia buat program bagi jarum percuma kepada penagih dadah...
Salah satu cara untuk cegah HIV disebabkan perkongsian jarum..
Apa hukumnya menghalalkan apa yang haram?

2. Aku tak tau..Sekarang 1Malaysia bagi lesen judi bola sepak Piala Dunia..
Mungkin salah satu cara membendung manusia berjudi secara haram yang melanggari undang-undang negara..

Owh...kalau ada lesen boleh pulak ya???
Kalau macam tu, kalau aku amik lesen rumah urut beserta dengan perkhidmatan plus2 boleh la ya???

Thanks..

Undang-undang rekaan manusia boleh ada waiver...apa yang tak boleh, boleh request waiver untuk jadikan boleh...sangat best..macam keje kat kilang la kiranya..Malaysia Boleh!!!

***

Sunday, May 9, 2010

A Tribute: Selamat Hari Ibu

***

DULU, kau aku tipu.. DULU, nasihat kau aku tidak dengar, DULU belaian kau aku tak endahkan, SEKARANG kau tiada lagi untuk aku mohon maaf, kerana kau pergi selamanya. SELAMAT HARI IBU, untukmu ibu yg tercinta. AL-Fatihah


Ini ayat daripada membe aku..Azeem namanya..one of my best buddy..dia kematian ibu pada tahun 2002 jika aku tak silap disebabkan kanser payudara..

Arwah pada suatu masa seorang yang sangat ambil tahu khabar kawan-kawan Azeem, termasuk aku..Seorang yang sangat dihormati dikalangan kami..

Sedikit sebanyak ayat Azeem agak meruntun jiwa...

Sebab aku terharu sangat dengan ayat ni, balik kerja tadi terus aku ucapkan mak aku selamat hari ibu dan cium tangan dan pipi..Tak pernah aku raikan hari ibu..Inilah kali yang pertama..


Dear Farhana,
My working partner...this tribute also goes to you.. =)


Al-fatihah untuk semua ibu-ibu yang telah pergi..


Raikanlah cinta..



SALAMAT HARI IBU!!!~~




Oh ya, sebelum itu..Enjoy lagu dibawah...hilangkan kesedihan dengan lagu ini..



***

Tuesday, May 4, 2010

Review: www.mistisfiles.blogspot.com

***

Disini aku nak kongsi dengan semua rakan-rakan yang membaca dan rakan bloggers dengan satu blog yang diberi nama mistisfiles

Aku pernah terbaca sebelum ni, tapi mulanya aku rasa macam malas nak baca, sebab entry semuanya sangat panjang untuk dibaca. Hinggalah baru-baru ni seorang kenalan di kilang kicap berkongsi dengan aku ilmu-ilmu tentang aluminati yang dia ketahui dan terpacul dari mulutnya supaya mengajak aku untuk baca blog ni..

Penulis Mistisfiles atau hanya dikenali sebagai MO dikalangan followernya, datangnya daripada Malaysia..Ya, seorang Malaysia..Ia membuat banyak research tentang aluminati, Free Mason dan teori konspirasi yang berkait rapat dengan AntiChrist..

Ada 3 benda yang aku suka dengan blog ini:

1) Sudah sekian lama, aku mencari-cari dari mana asal usul kaum Melayu..Kita diajar dari buku teks Sejarah, zaman batu dan tiba-tiba masuk ke zaman Parameswara datang Melaka dan tiba-tiba ada Sultan Kelantan dan Sultan Kedah dan lain2..Seperti ada satu lohong hitam yang sengaja dipadamkan daripada fakta sejarah yang sebenar, dari mana asalnya orang Melayu sebenarnya? Disini sedikit sebanyak penulis membuat research asal usul orang Melayu dan dikaitkan dengan Free Mason..

2) Banyak menceritakan tentang konspirasi dunia, aluminati, Free Mason, AntiChrist dan kisah kejadian alam dan dikaitkan dengan hukum Fizik dan petikan dari Al-Quran dan Hadith (banyak diceritakan didalam topik 'The Matrix'..Bagus untuk mereka yang ingin tahu dengan lebih mengenai AntiChrist kerana diceritakan dalam BM..

3) Kajian dan penyelidikan yang diselitkan nota kaki dari mana fakta diambil; transkrip lama; batu bersurat yang kita tidak pernah tahu; buku-buku sejarah dan lain-lain..

Topik Free Mason dan aluminati sangat panas kebelakangan ini (bagi mereka yang baru celik mata tentang AntiChrist memang tengah bersemangat mencari-cari sumber yang boleh dirujuk)..Ramai kenalan di tempat kerja pun sudah mula celik dan peka dengan topik ini..Memang trend sekarang semuanya beralih ke arah mencari kebenaran kehidupan..Atau mungkin kerana kiamat sudah semakin hampir, dan ia adalah gerak hati yang spontan untuk kembali kepada Tuhan yang Esa..InsyaAllah..

Tapi aku nak bagi amaran..Penulisan di dalam blog ini banyak menyentuh isu ketuhanan. Aku tak baca habis lagi..tapi selepas membuat pembacaan yang tak seberapa, aku rasa bagi sesiapa yang tak rasa boleh teruskan selepas membaca, tolong berhenti..Jangan teruskan..Bagi aku penulisannya sangat deep yang menjangkau pemikiran manusia biasa..Ia boleh membuat anda rasa tidak selesa dan otak tidak dapat memproses maklumat yang disampaikan..Ini adalah pengalaman yang aku pernah hadapi pada satu masa dahulu dan jangan main-main..Penulisan didalamnya adalah kajian yang dibuat sendiri oleh penulis..Terpulang kepada pembaca untuk merumuskannya..Hanya Tuhan sahaja yang tahu..

Sesiapa yang tahu sumber-sumber lain yang berkaitan, share la disini. ^_^

Selamat Membaca!

***

Thursday, April 15, 2010

Nota 7

***

Mereka yang sedia ada mesra, sudah tentu mereka sedia ada gembira..

Dan manusia selalu memperlekehkan kehidupan manusia yang bosan..

Hak siapa kita nak membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain..

Mungkin dia bahagia dan disayangi ahli keluarga..

Tapi jangan kita ingat kita disayangi oleh manusia kita juga disayangi Dia..


Sebabnya...


Manusia mudah lupa apabila memiliki kesenangan..dan terus melupakan dari mana asalnya..


Dan...

Tak semua perjalanan hidup itu sama..Setiap manusia jalannya tidak sama..Apa yang ditulis oleh Tuhan pada daunnya di Arasyh adalah berbeza-beza..

Kerana selalunya manusia yang punya liku hidup di dunia yang penuh dengan dugaan sangat disayangi Tuhan..Dugaan untuk lihat sejauh mana ingatan manusia kepada Penciptanya..

Cuba lihat fakta sejarah dari sirah Nabi...Yusuf, Isa, Musa, Ibrahim, Muhammad..

Jangan ingat kita selalunya dipermudahkan hidup di dunia adalah kerana Tuhan sayang pada kita..

Jadi, beringat-ingatlah..



Cuba jangan perlekehkan kehidupan orang yang sukar..atau dalam porak peranda..

Manusia selalunya bersikap kasar pada orang yang disayangi..

Dan itulah kesenangan dan kecantikan sebenar di dalam kehidupan..

***

Thursday, April 8, 2010

The Apprentice

***

Kilang kicap akan buat satu program terbaru yang diberikan nama The Apprentice..

Jumlah keseluruhan ada enam orang baru akan masuk dan enam supervisor bertuah diberikan kepercayaan untuk ragging budak-budak nie..dan aku adalah salah sorang supervisor bertuah tu untuk jadi abang besar dalam kilang kicap..menambahkan lagi tuah aku ni sebab aku akan jaga seorang wanita yang dikatakan mirip Heliza..Wau!!!!

Aku mengadu dengan bos, area aku bosan..tak ada gadis..Mungkin bos memahami kehendak aku lalu dia bagi aku seorang gadis..identiti gadis tu masih lagi misteri..Tak sabar aku nak masuk kerja pagi..Tak keruan aku dapat khabar berita petang semalam..

Aku akan jaga dia macam aku jaga bini aku, si Melati..saya janji..

Poel, jangan jeles...

***