Showing posts with label Gathering. Show all posts
Showing posts with label Gathering. Show all posts

Friday, August 21, 2009

The Wicked Guys in Port Dickson

Hujung minggu lepas aku ke Port Dickson dengan rakan-rakan lama..Boleh tahan gak la pantai PD tu..Mungkin sebab aku duduk kat Bayu Beach Resort, jadi pantai private, cun sikit..Aku malas nak bercerita..Biarkan gambar-gambar ini bercerita..

p/s: tak sabar nak ke Pulau Mabul..damn excited..





Wednesday, July 29, 2009

Kahwin, Berdekah-dekah, Berasap, Melalak, Mabuk-mabuk, Dan Jalan-jalan



Malam Ahad ke Shah Alam untuk menghadiri jemputan kenduri kahwin Battah, membe sekolah SMAP Labu beriklim Dini. Dan pada hari tu aku sangat penat, kerja di pagi hari, hanya pulang ke rumah jam 4 pagi semalaman menjadi kelawar di kota Shah Alam dan Klang, hingga membuatkan aku lewat ke kerja pada pagi Ahad yang bermandikan hujan, membuatkan aku bangkit lewat dan bertolak ke pejabat dengan tersenyum keseorangan semasa memandu tanpa mengetahui bahawa hari itu akan dibambu di dalam meeting room..Malamnya pulang kerja aku tertidur di sofa jam 9 malam dan bangun semula hampir 9 pagi esoknya di sofa yang sama dan sekali lagi aku lewat ke kerja..Damn best gila dapat pegi kerja lambat..sekali sekala..Peduli apa aku dah keje macam manusia sekarang..

One of unforgettable small gathering ever..Boleh tahan release stress aku..Sedikit sebanyak membantu aku lupakan hal kerja yang benar-benar fatap wal al-fatap..Harap dapat buat camni lagi..Mungkin bulan 12 nanti jika diizinkan..Labu, aku akan datang..

Thursday, November 6, 2008

Photo Shooting and Picnic @ Kepong Recreation Park; Saturday Nov 8, 2008

Friends,

Mari memeriahkan sesi bergambar dan berpiknik di taman rekreasi Kepong Sabtu pagi jam 9am anjuran Incik Saifoel n d gang..Anda pasti x akan menyesal dengan hasil petikan gambar Incik Saifoel, dan dibantu oleh aku sendiri yang baru nak berjinak-jinak..hahahaha Sambil-sambil itu, kita berpiknik di kala matahari baru nak naik..wau!!pasti seronok!!!

Bagi mereka yang ingin turut serta, bawa bersama peralatan-peralatan yang sesuai dengan sesi bergambar ini; payung, selendang, bola angin, vespa, seluar kotak-kotak, layang-layang, etc..

Sebarang pertanyaan sila hubungi aku..

Ayuh Semua!!

Monday, September 15, 2008

Dua Hari Makan Kambing

Seronok apabila dapat berbuka beramai-ramai, tak kiralah bersama keluarga atau sahabat. Hari minggu lepas aku gelar sebagai Hari Terbuka Pak Arab kerana untuk dua hari berturut-turut aku berbuka puasa dengan makanan Arab. Jaid Jaidan!! hehhe~~

Hari Pertama: Muzium Kesenian Islam

Pada hari Sabtu kami sekeluarga berbuka di Muzium Kesenian Islam berdekatan dengan Masjid Negara. Keluarga aku ni bolehlah dikatakan peminat setia makanan Arab, sebab itulah aku pilih tempat ini. Meleleh juga apabila melihat juadah yang disusun rapi diatas meja. Ayam belanda panggang, ikan salmon, nasi kouzi, kebab, shawerma, shourba, etc.. Dah la sampai awal, 6.30 petang dah sampai!!!Hampir 45 minit melihat aja makanan-makanan tu..
Seksa~~

Makanannya boleh tahan, lebih-lebih lagi masakan stew (aku tak tau sangat bab-bab masakan nie..aku rasa memang betul daging lembu stew, kuah cair kemerah-merahan)..sempat aku meratah 3 kali..

Harga: RM69 nett per pax
Tempat: Muzium Kesenian Islam
Overall Rating: 3 kudos out of 5


Ayam Belanda Panggang tangkap leleh


Kouzi dan Appetizer


Kouzi



Hirisan Ikan Salmon, Daging Panggang, Ayam Belanda, dan Kambing


Si Manis Alya


Hari Kedua: Maghreb Restaurant

Hari kedua pula berbuka bersama rakan-rakan dari zaman Matrik KKCS. Tempat ini adalah salah satu tempat kesukaan. Tempat ini menyediakan makanan tradisional Maghribi, tapi tak jauh beza dengan negara-negara lain..Macam biasa, kalau dah namanya makan makanan Arab, mestila nak kena makan Kambing. Memang kalau pergi mana-mana makanan Arab pon, tak sah kalau tak makan Kambing...kalau tak makan, macam tak lengkap lah..Kawan-kawan dah berbisik dah, "Kie, apa yang best kat sini? Lauk buffet tak banyak pon."
"Ko jangan tengok benda lain, fokus dekat Kambing tu, nasi pun tarbaik", jawabku..
"Baiklah!!" jawab mereka..

Seperti yang aku jangka, setelah habis melahap segala jenis lauk-pauk, senyuman puas terukir.."Kambing Terbaik!!" laung seorang sahabat..

Sedikit kecewa, mereka tidak top-up lauk-pauk yang habis..Ada yang merungut tak sempat nak makan Kebab dan daging panggang. Pak Arab itu menerangkan, dah 5 set mereka top-up...so, nasiblah..

Sedikit pengajaran, jangan datang untuk berbuka disini..anda pasti kecewa kerana sangat-sangat limited, dan perlu berkejaran dengan masa, takut-takut lauk habis..damn..

Habis saja buffet, kami lepak diluar pula melayan 2 dapur Sheeshaa dan 3 teko Shai, Teh Arab..Layan...2 jam kami sedut, hembus, sedut, hembus, tuang Shai, taruk gula, kacau dan diulang 6 hingga 7 kali..Kawan-kawan sudah sembam minum Shai..Pulang~~

Harga: RM30 nett per pax
Tempat: Maghreb Restaurant, Jalan Damai
Overall Rating: 2 kudos out of 5 (disebabkan mereka tak top-up lauk!!!huh!!!)





Wajah sembam layan Shai




p/s: Pergi ke Ar-Rawsya, Jalan Damai (makanan Beirut tak silap) tempat lain yang mereka boleh cuba makanan Arab

Tuesday, September 2, 2008

BASTA MIRACLE's Gathering 2008: Bowling Tournament @ The Mines 09/08/08

Maaf atas kelewatan posting..dlm friendster pon x di update lagi..tgk la serba sedikit gambar semasa main bowling bulan lepas..

cheers~~
















link-link berkaitan:

munir's flickr
Friendster's Group