Sunday, May 9, 2010

A Tribute: Selamat Hari Ibu

***

DULU, kau aku tipu.. DULU, nasihat kau aku tidak dengar, DULU belaian kau aku tak endahkan, SEKARANG kau tiada lagi untuk aku mohon maaf, kerana kau pergi selamanya. SELAMAT HARI IBU, untukmu ibu yg tercinta. AL-Fatihah


Ini ayat daripada membe aku..Azeem namanya..one of my best buddy..dia kematian ibu pada tahun 2002 jika aku tak silap disebabkan kanser payudara..

Arwah pada suatu masa seorang yang sangat ambil tahu khabar kawan-kawan Azeem, termasuk aku..Seorang yang sangat dihormati dikalangan kami..

Sedikit sebanyak ayat Azeem agak meruntun jiwa...

Sebab aku terharu sangat dengan ayat ni, balik kerja tadi terus aku ucapkan mak aku selamat hari ibu dan cium tangan dan pipi..Tak pernah aku raikan hari ibu..Inilah kali yang pertama..


Dear Farhana,
My working partner...this tribute also goes to you.. =)


Al-fatihah untuk semua ibu-ibu yang telah pergi..


Raikanlah cinta..



SALAMAT HARI IBU!!!~~




Oh ya, sebelum itu..Enjoy lagu dibawah...hilangkan kesedihan dengan lagu ini..



***

No comments: