Sunday, August 30, 2009

Karutan di bilik tidur

Semenjak aku dapat bergomol dengan Brad (sila baca posting Dari Suram ke Ceria), aku banyak habiskan masa di dalam bilik..Menghabiskan masa untuk bermain lagu-lagu dalam set list jamming akan datang..

Tapi aku punya masalah kecil. Bukan besar, kecil sahaja.

Sejak aku belajar bermain gitar, aku punya masalah dalam mengasah jari kelingking aku untuk menyokong permainan gitar aku..Jari ini sajalah yang masih lagi keras apabila bermain..Damn it..Aku masih lagi cuba melentorkannya..Semoga kau kendur wahai jari kecil..

Aku punya satu lagu ciptaan..Tidak hebat..Tapi agak membuatkan aku bangga dengan diri aku..Semestinya, bila ada ciptaan sendiri, pasti kita akan terasa puas..

Adakah ini namanya syok sendiri??Hmmm no komen!!

Aku tidak mahu perdengarkan kepada teman-teman..Pasti soalan diatas ni terpacul daripada mulut-mulut mereka..Jadi, baik tak payah..Ia akan menjadi simpanan peribadi..Mungkin aku akan cuba sampaikan kepada rakan-rakan band dalam sesi jamming akan datang..Tapi, masih lagi tidak ada lirik..

Semasa aku mula bekerja di Setiawangsa, pekerjaan aku sangat membosankan..Pergi tengok tanah, jumpa orang-orang gomen, jumpa pengukur tanah, jumpa kontraktor, jumpa dengan kerabat diRaja, macam-macam orang aku jumpa..Itu kerja aku, macam runner..Tulis minit-minit mesyuarat pun aku!! Jadi apabila aku duduk di pejabat, aku tiada kerja kerana kerja aku lebih di luar..Banyak aku tulis lirik-lirik yang merepek..Ada diantaranya aku muatkan di dalam blog Friendster..Banyak membaca tulisan agung dan tulisan rakan-rakan memberikan aku idea sedikit sebanyak..Masih banyak yang aku perlu perbaiki..

Semenjak dari itu, aku langsung tiada masa untuk membaca, apatah lagi untuk menggunakan pak cik Google untuk melihat karya-karya asing..Aku juga suka membaca lirik-lirik lagu di luar sana..

Idea aku sudah mati..

Aku masih lagi mengharap dapat aktif membuat show seperti di zaman USM dahulu kala..Kami memang band yang laku macam goreng pisang..Bukan hebat, tapi kami satu-satunya band yang dapat bergerak di zaman kongkongan yang agak hebat di USM. Hampir 10 tahun tidak ada band yang dapat beraksi di pentas, sehinggalah kami dapat mencari lubang-lubang kerana terdapat ramai kenalan yang berpangkat di peringkat pelajar, dan agak gembira apabila Lebai pengetua kolej atau di USM dipanggil Desasiswa, sangat-sangat supportive!!

Bayangkan kami dapat beraksi seperti konsert tour yang hanya memaparkan satu band dalam masa 2 jam!! Mati kutu kami nak main lagu apa dalam 2 jam..Set list kami hanya dirancang untuk setengah jam..Memang puas hati, tapi agak melalut la sebab tiada perancangan sampaikan kami pun terasa nak muntah kepenatan..

Brad banyak berjasa kepada aku sekarang. Sya, gitar elektrik sudah lama tidak disentuh..Tali semuanya sudah berkarat..Masih lagi terbiar didalam sarung hitam di penjuru bilik..Aku tiada masa untuk hantar Sya pergi servis di kedai..Lagipun, perlu berjimat untuk Raya..haih..

Tapi walau apapun, ciptaan lagu sendiri bagi aku bukan bermakna mereka itu syok sendiri, kerana lagu itu lahir dari hati..Kita cuba untuk berkongsi cerita tentang diri kepada orang, terserah kepada mereka untuk terima atau tidak..Ia adalah bersifat peribadi, sebuah cerita yang diciptakan dalam bentuk lagu, dan juga...

Ia adalah sebuah diari..

2 comments:

adreenazman said...

kie,bg email.nak add kat belog

Kieng Meng said...

kiengmeng@gmail.com
gile oldskool gmbr tuh