Monday, August 10, 2009

Hidup Baru di Tempat Lama

Aku sangat hargai kehidupan aku sekarang lagi-lagi sesudah masuk kerja seorang manusia normal bekerja di siang hari. Sekurang-kurangnya hidup aku tak kusut disebabkan sebelum ini aku kehilangan aktiviti-aktiviti sosial yang aku tak boleh tolak dalam hidup aku. Walaupun begitu, hujung minggu aku tetap kena datang kerja sebab coverage tak cukup lagi. Tapi mungkin ini semua hanya sementara, ura-ura aku dengar kena masuk shift balik. Walau apapun aku akan cherish this moment to the max. Banyak aktiviti hujung minggu aku boleh buat. Walaupun gaji dipotong, aku akan tetap akan push to the max aktiviti-aktiviti sosial. Duit boleh dicari. Banyak lubang boleh digali. Yang penting bijak mencari lubuk yang ada ganjaran, walaupun sebesar zarah.

Cuma yang tak syok nye kerja macam gampang di siang hari. Aktiviti makan aku lari habis. Ramai kenalan dah cakap aku makin kurus dan cekung gara-gara aktiviti memerah otak sampai tak tau nak fikir macam mana nak buat dah. Kadang-kadang fikir macam aku datang tempat baru ni tiada perubahan dapat dibuat. Gara-gara mencari buah fikiran ni lah aku banyak berfikir tapi tak dapat keluar apa-apa yang membuahkan hasil, lantas kepala dah weng tak tau nak fikir apa dah. Maka dengan itu aku amat bersetuju dengan kata-kata orang bahawa memerah otak lebih memenatkan daripada membanting tulang. Memang benar!

Maka dengan itu aku sudah tidak ada perasaan ghairah untuk bekerja seperti dulu walaupun ada pasukan yang masih mempercayai diri aku. Aku tiada kuasa lagi untuk kerja normal seperti ini. Lanciauuu...

Pokoknya, apabila akar umbi tidak kukuh, perubahan agak sukar untuk diubah dan ramai yang tidak mempercayai bahawa perkara remeh temeh yang terjadi di peringkat akar umbi dapat memberi impak yang besar. Benda ni la yang tidak diselesaikan dahulu kala. Maka dengan itu kerja aku bertambah sukar kerana terpaksa mendengar keluhan akar umbi dan memerah otak apa cara yang dapat mengubah persekitaran yang tidak sihat. Sebab tu la aku sangat letih. Fizikal tidak letih, tapi otak aku dah berhenti daripada berputar!

Nampaknya terbantut lagi aktiviti pencarian. Aktiviti sosial terpaksa dibatalkan kerana kepenatan. Masa semakin suntuk, aku ada empat bulan sebelum bulan Disember..Tolong!!

5 comments:

Erna said...

kau pun plan nak berhenti bulan desember? aku takut tak tercapai ja cita2 aku utk resign hujung tahun ni, at least resign bulan jan or feb...entah la..

Formula Syabandy said...

Sabaq...Sabaq...

bieby said...

Wei smua org dh ckp pasal resign nih.. oh tidak..

byk kan sabar wahai teman2 ku..

Kieng Meng said...

bukan resign dol..mencari jodoh laa..haihhh..

MissZahrah said...

haha... =)) cepat2 ya pak...4bln tidaklah lama...