Thursday, July 16, 2009

Sarang Cicak



Ini cubicle baru aku di area baru. Aku kena transfer area walaupun semua orang di tempat kerja tahu yang aku sangat sayangkan tempat lama aku dan lebih menyakitkan, aku kena tukar shift lain. Apa yang aku boleh rasa sekarang, hari-hari aku tak berapa seronok dan ini memang aku jangkakan. Semuanya telah berubah. Hanya satu je yang tak berubah, sarang cicak tetap sama seperti dulu. Lihat saja gambar di atas. Budak-budak ofis panggil ini sarang cicak, sebab meja berselerak macam bangsat. Saja nak share gambar di atas yang menunjukkan aku sangat sibuk bekerja.

Wednesday, July 15, 2009

Principle of Life

You are wrong if you think that the joy of life comes principally from the joy of human relationships. God's place is all around us, it is in everything and in anything we can experience. People just need to change the way they look at things.

Sunday, July 12, 2009

Suram ***Pembetulan Penulis Sajak Hebat***

Campakkan jauh jantung berat ini

Di langit pekat berbintang suram

Senandung rindu di bibir yang dipendam

Sudahku pujuk rindu ini utk pergi

Aku layangnya di angin kencang

Di langit pekat berbintang suram

Yang terbang jauh takku harap pulang

- Azyla Melor Ibrahim

Friday, July 10, 2009

Perkara Pelik Yang Disukai Sekelumit Manusia

1 - Potong kuku ibu jari dan hidu bau kuku..Pendapat mengatakan lagi stim kalau kuku tu biar panjang dulu baru potong sebab bau dia lagi nikmat..

2 - Zaman sekolah dulu masa antara Maghrib dan Isyak duduk dalam surau. Jadi ramai la akan berbaring-baring dan pantang kalau ada yang baring kat riba sorang laki ni, dia akan lantas memicit semua jerawat yang ada di muka..Itu hobi si lelaki itu..Mengikut pendapat dia suka dengar bunyi ' pop'..

3 - Zaman USM dulu kalau berseparuh bogel dalam bilik, sesiapa yang meniarap di sebelah seorang laki ni, belakang badan dia akan bersih dari segala jerawat nasi yang ada atau segala biji-biji yang boleh dikikis dengan jari..Tapi syok gak la sebab ada orang dapat bersihkan badan kita dan orang yang suka itu adalah aku sendiri..Boleh kata nikmat syurga di dunia gak la..

4 - Calit tahi hidung kat dalam jamban lelaki..Sengal!!tandas perempuan ada jugak ke??

5 - Membulatkan taik hidung tu dan letak komen diatasnya, "Babi, calit taik hidung!!" Sengal!!!lelaki pelik sanggup letak komen kat taik hidung..

Dalam banyak-banyak perkara diatas ni, yang nombor 6 dibawah ni aku baru dengar dan aku rasa sangat menghiburkan, tak pernah aku dengar;

6 - Sengaja pergi pijak duri dan biarkan tertanam kat tapak kaki..Nanti ada orang akan keluarkan duri tu (korek duri ni adalah salah satu hobi jugak)..Mengikut pengalaman laki tu, perasaan bila orang tu korek duri dari kaki tu, sangat sangat sangat nikmat sampaikan terasa macam duri tu ada lagi tertanam, padahal dah cabut dah pun..Mungkin sekelumit manusia mengatakan, ini salah satu nikmat syurga di dunia juga..

Selamat mencuba untuk perkara pelik yang disukai yang ke-6 diatas...Jadilah diantara sekelumit manusia itu..

Nota kaki: Penulis tidak bersangkut paut dengan mana-mana pengalaman diatas kecuali perkara nombor 2 dan 3 dimana penulis sekadar menjadi pelanggan pembuat perkara itu..

Wednesday, July 8, 2009

Between The Two Roads

Bila masuk kerja awal2 dulu, masuk office je orang wish "Welcome to Hell"..
Kali ni masuk lagi Hell lapisan ke berapa aku pun tak tau..
Antara dua jalan, aku tak tau nak pilih mana..
Satu jalan tu aku pilih pun akan ada road block kat depan dan tak kan dibenarkan lalu langsung..
Satu lagi jalan aku boleh lalu tanpa halangan tapi jalan ni aku tak suka sebab jalan yang menuju ke Hell..
Maknanya aku tiada jalan yang menyenangkan sekarang..
Aku kena tunggu cabang jalan kat depan jalan menuju ke Hell yang mendamaikan..
Nantikan..

Tekanan aku...

Tuesday, July 7, 2009

Eksplorasi Alam Misteri @ SRI Al-Huda

Hari minggu lepas kelab Double G buat rumah hantu bertempat di Sekolah Rendah Islam Al-Huda, Sungai Pusu, Gombak. Ini aktiviti tahunan kami la, kiranya. Memang tiap-tiap tahun, aktiviti nie lah yang ditunggu-tunggu. Kami ni kira dah jadi regular customer sekolah ni tiap-tiap tahun dan tahun ni adalah tahun ketiga berturu-turut kami kembali ke sekolah ni...Budak-budak pun ada yang masih kenal dengan kami..Kiranya memang dah jadi selebriti la kitorg kat sekolah ni..kah kah kah..

Syok jugak dapat buat rumah hantu..Benda yang paling best dan puas hati, bila ada budak yang menangis bila keluar dari rumah hantu..perghhh...tahap kepuasan tu memang tak tau nak cakap apa..Terasa bersemangat je nak pekena budak-budak lagi..hahaha..Harap-harap kitorg dapat lagi kontrak utk tahun depan..Insyaallah sesiapa yang duduk berdekatan Gombak, tunggu kami di Sekolah Rendah Gombak Utara, Jalan Gombak tidak lama lagi...


Jangan Pandang Tepi~~

Sebelum masuk kena baca doa~~

Let's put a smile on that face~~

Budak-budak berebut nak masuk~~

Salah seorang mangsa ketakutan~~

Dan ini~~

Dan ini lagi..terbeliak mata~~

Kepenatan..Baru lepas keje pagi tu terus jadi hantu~~

Ohoooo~~




Ini habuannya~~

Peminat-peminat selepas tamat pengembaraan~~

Ini kami, Double G~~

Ahli Double G adalah:
*Kieng Meng *Daniel Hakimie *Al-Bukhari
*Azharuddin *Preng *Ershad Khaleq
*Naim *Adib *Adrian Novy
*Pa'a *Opai *Jijat

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapat khidmat rumah hantu, sudi-sudilah apa kiranya dapat menghubungi kami..Senang-senang hubungi aku disini je atau ditalian 012-2626632..

Puas!!!

Monday, June 29, 2009

Hiburan Minggu Lepas

1) Haji Mohd Fauzi Abdullah seorang pemborong ikan jadi calon Manek Urai untuk PAS...Cool~~ Semoga berjaya ya...



2) Mikaeel Jackson telah pulang ke Rahmatullah pada usia 50 tahun..Moga rohnya dicucuri Rahmat..



3) Kesuma dah berbuah..lalalalala Aku sangat suka!!!



4) Punker bermain golf dan jadi jurulatih kepada peminat-peminat baru..Sukan yang bagus untuk hilangkan stress..Bayangkan bola tu bos-bos durjana dan pukul sekuat mungkin walaupun bola hanya terkena papan penghadang disebelah kanan..Nak malu apa, orang tak kenal aku..





5) Oh ya, Sabtu malam singgah di KL Pac untuk nonton live band di Urbanscapes 2009. Bayaran masuk hanya Rm3.30 setelah dibahagi daripada RM10 untuk 3 orang. Oh, lazat sungguh..Berbaloi la jugak masuk kejap dapat tengok 2 band..kah3.. Macha tu sangat cool..
Ini Killeur Calculateur, sangat cool..



Selamat menonton video dibawah, antara live concert yang paling diingati oleh aku dan seloroh rakyat dunia. Lagu Beat It feat Slash, sehebat lagenda Eddie Van Halen. Live semasa 30th Anniversary Concert 2001.

Tuesday, June 23, 2009

A Tribute: Mohd Afdzal Fadzi 1984-2009

Dia salah seorang kenalan rapat aku..Kami bersekolah di sekolah rendah yang sama dan berjumpa semula di zaman Matrik KKCS dan Gopeng..Sebelum dia meninggal petang tadi, dia adalah bassist band aku..

Aku masih lagi dalam fasa terkejut..speechless..terkedu lidah bila aku double confirm balik dengan seorang rakan yang hantar SMS dan dia mengiyakan berita tersebut...Aku baru je keluar rumah dalam pukul 530pm selepas bergurau-gurau dalam facebook, bincang lagu apa nak main yang sepatutnya telah set hujung minggu ini nak jamming..What you expect all in a sudden ur good friend passed away in a blink of the eye..

Banyak versi yang diceritakan..Dia dilanggar lari oleh si celaka driver lori setelah dia bangun dari jatuh selepas berlanggar dengan sebuah kereta..Helmet pecah, dan sedikit misteri kerana tiada kecederaan teruk pada fizikal. Cuma sistem dalaman yang menyebabkan kematian beliau..Result post mortem tiada siapa yang tahu..

Saudara mara arwah bercerita, arwah menelefon ibu dirumah memberitahu ibu bahawa beliau akan pulang kerumah untuk makan malam..Jadi ibu arwah mula memasak..Ibu mana yang tidak sebak mengetahui itulah kata-kata terakhir seorang anak..Apalah nasib ibu itu..

He's a good listener, a good advisor, and a great person to know..I'm not even thinking to be one of the last person that made contact with him at the very end of his journey...As we share the downheartedness on him, his memories won't fade away as the time goes by..

Friend, this is for you, a great member of KKCS and Gombak Guerilla..

~Al-Fatihah..


Wednesday, June 17, 2009

Lagu di saat kepeningan melampau

Selalunya aku akan mainkan dua lagu dibawah ni berulang-ulang dalam pemain MP3 player kereta dalam perjalanan pergi ke kilang pada waktu pagi..Saja nak cari mood yang baik..

Dengar lagu ini sambil berdiri kaku, gunakan MP3 player, dan pejamkan mata...
for sure, sedikit demi sedikit terasa aura dan terasa macam terapung...



Friday, June 12, 2009

One of the...

As evening fell, a maiden stood
At the edge of a wood.
In her hands lay the reins
Of a stallion.
And ne'er I'd seen a girl as fair,
Heard a gentler voice anywhere.
Whispered, "Alas..."
She belonged, belonged to another--
Another forever.
Yes, she belonged to
the twilight and mist.