Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Malaysia ke-46




Jangan lupa pada mereka di seberang laut, Sabah dan Sarawak kerana mereka sebahagian daripada kita. Ingatlah mereka yang sebenarnya memperjuangkan kemerdekaan.


Tuesday, September 15, 2009

Iftar #2

Swiss Garden KL, Jalan Pudu







Sempat lagi pergi melalak..haihhh~

Sunday, September 13, 2009

Selamat Menempuh Malam Tujuh Liku


Selamat beribadah di akhir-akhir Ramadhan ini..Moga Allah perkenan untuk menemukan kita dengan malam Lailatul Qadr, insyaAllah..

Saturday, September 12, 2009

Steady, Rock, Action 4

I gotta say that this song makes me flying in the sky and ease the headache, even though the words are so soooooo troublesome..

....and now I'm in love with Lenka..




Nahh..another sweet song..



Sweet song for a flirting session, perhaps..~~

Sunday, September 6, 2009

Petua Dapat Anak Lelaki

Terdapat banyak petua dan kaedah untuk mereka yang diluar sana untuk merancang mendapatkan anak lelaki atau anak perempuan. Baru-baru ini kita dirungkaikan dengan kaedah tradisional masyarakat China bagaimana melihat tarikh-tarikh yang dikatakan boleh membantu pasangan untuk merancang masa yang sesuai.

Bagi masyarakat Melayu, terdapat satu petua untuk mendapatkan anak lelaki.

Petuanya adalah minum Tongkat Ali dengan kerap.

Ini benar. Seorang teman berkata,

"Hang tau tak, bapak aku,...(berhenti kejap sambil menghirup Kacip Fatimah),

"Dia minum Tongkat Ali hang tau..Dapat 5 anak jantan!!"

Sambungnya lagi, "La ni, aku nak minum Kacip Fatimah, nak dapat anak pompuan. hang tengok je lah."



Bagi pasangan diluar sana, selamat mencuba..


**picture taken from indonesia tongkat ali

Saturday, September 5, 2009

Wednesday, September 2, 2009

Cerita di Bazaar Ramadhan #1

Hari Isnin lepas, pergi ke Bazaar Ramadhan Keramat AU, di seberang jalan kilang TIM..bazaar ini sangat membosankan..Nasib baik ada Murtabak Singapura yang tersohor..Membe yang berwarganegara Singapura juga cakap murtabak kat sini tarbaik..

Aku pergi membeli juadah manisan berbuka..Target aku adalah kuih yang menyerupai kura-kura (maaf,aku tak tau nama haha) dan kuih gulung..

Kalu ikutkan, 5 biji kuih sama dengan RM2..

Aku katakan pada brother 1,

"Bang, bagi kuih yg ni (sambil tunjuk kuih tu) singgit, yang tu singgit."

Brother 1 - "5 keping dua hinggit bang."

Aku - "Tau, bagi singgit singgit."

Brother 1 - "Tak bang, tak. 5 keping dua hinggit."

Aku - "Ya Rabbi. Aku cakap aku nak singgit singgit. Takkan tak boleh."

Brother 1 berbisik dekat Brother 2 - "Camne nak buat singgit singgit?"

Brother 2 - "Buat la singgit singgit dol. Bahagi la dua."

Brother 1 - "Hmmm yang sebijik tu nak potong dua?"

"Kepapppppp!!!"

Bunyi aku tepuk dahi dan pejamkan mata sambil menggelengkan kepala..

Sengal tahap Gaban..Benda simple pun tak leh nak pusing..

Payah sangat ke request aku tu??

Muhammad Hakim

My favourite nephew..


Tuesday, September 1, 2009

Melayu Sentimantalist

Aku pelik..Lelaki Melayu memang seorang yang pantang dengan percintaan..

Kerana perempuan, kawan-kawan boleh dilupakan..

Kerana perempuan, kawan-kawan sanggup dicantas..

Kerana perempuan, tiada perbezaan antara Tuhan dan Dewi di dunia..


Pedulikan..Mereka bukan kawan-kawan aku, jika ada..

You guys suck!!~~

Steady, Rock, Action 3

With all due respect, I would love to dedicate this song to the Malaysian Government.
I HEART my country.



(I tried to be honest though)

Terima kasih Dum Dum Tak~