Monday, June 1, 2009

Musibah

Bila kita dilanda musibah, tak kiralah apa-apa pun perkara; sebagai contoh stress, kita selalu menyalahkan apa-apa sahaja yang berada di persekitaran kita yang bersangkut paut dengan musibah itu. Kita selalu terlupa memikirkan atau muhasabah diri apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Musibah yang kita hadapi, ada sebabnya. Ia sebahagian daripada dugaan yang diberikan oleh Tuhan. Moga dengan bermuhasabah ini, dapat kita memperbaiki diri dan dilindungi Tuhan.

Sunday, May 31, 2009

Total Football

Rabu lepas nonton game Barca vs Man U..Walaupun aku seorang kipas susah mati Man U, tapi aku agak kagum dengan corak permainan Total Football. Barcelona memang gah dengan Total Football yang memerlukan permainan pantas, direct pass, sabar dan pemainnya yang, tiada posisi sama sekali. Penyerang boleh menjadi pertahanan, pertahanan boleh naik menjaringkan gol. Tetapi corak ini memerlukan stamina yang agak tinggi. Aku pengikut Total Football dan aku sangat sukakannya. Memang puas hati dapat tengok pasukan yang bermain TF.

Pep Guardiola suatu masa dulu merupakan anak didik Johan Cruyff sewaktu zaman bermain di Barca. No wonder, Pep juga menggunakan Total Football, mengikut langkah legenda Total Football dari Belanda ini. Cruyff merupakan seorang pakar dalam Total Football. Beliau merupakan tenaga penggerak dalam pasukan Belanda ketika itu. Jika anda hidup pada zaman World Cup 1974 atau pernah melihat aksi pasukan Belanda pada masa itu, anda pasti kagum dan, terkedu. Tak percaya? Sila lihat video dibawah.



Cuba lihat permainan yang penuh sabar Barca ketika lawan Liverpool di bawah.



Sehingga kini, tiada pasukan yang dapat menandingi pasukan Belanda ketika itu dari segi pengamalan Total Football. Di era ini, permainan sebegitu mungkin tidak lagi diguna pakai, yang ada pada hari ini adalah campuran Total Football dan sistem taktikal yang lebih dititikberatkan. Oleh sebab itu, anda tidak akan dapat melihat pasukan yang bermain seperti pasukan Belanda 1974 pada zaman ini. Sila buktikan jika aku salah.

Tuesday, May 26, 2009

Layang-layang






Ketenangan...Tiada kata mampu dilafazkan~~~

Tuesday, May 19, 2009

Petua Suara Sedap

Petua ni simple, kalau nak suara sedap, jangan makan daging kambing..Makan makanan berteraskan kambing akan membuatkan suara anda menjadi sengau. Akan tetapi kebaikannya suara sengau anda itu boleh meruntun hati. Contohnya pak-pak Arab..Suara mereka sedap, tengok aja Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdurrahman as-Sudais dan Sheikh Dr Saud Ibn Ibrahim as-Shuraim

Sila lawati Quran Explorer untuk mendengar bacaannya..jangan lupa save favourite link dalam PC ya..

Monday, May 11, 2009

Petua Awet Muda

Sebelum tidur, amik segelas air masak dan letak sebelah katil. Bangun je pagi esok, sebelum gi gosok gigi, minum air masak tu sampai habis, komoh-komoh sikit dan telan sampai habis..
Petua sangat mudah, tapi ada impak jugak. Korang kena membiasakan diri ditegur orang ramai yang mengatakan anda nampak lebih muda macam Benjamin Button zaman 'muda'nya..Lelaki dibawah ni model yang mengamalkan petua ini..Nampak muda, bukan?Selamat mencuba..

Thursday, April 30, 2009

Nota 1: Projek Fertigasi

Alhamdulillah, Sabtu lepas sempat juga aku memasuki kursus fertigasi yang dianjurkan oleh Agro Fast Forward Ent. Sebenarnya progres projek ni agak perlahan disebabkan kerja shift aku yang selalu bekerja pada hujung minggu, jadi agak sukar untuk aku commit masuk kursus. Kebetulan Sabtu lepas aku cuti selepas kerja shift malam. Hampir dua bulan aku menunggu masa yang sesuai untuk masuk kursus dan masa menunggu itu sangat berbaloi.

Banyak yang aku belajar tentang projek fertigasi ini yang tertumpu kepada tanaman cili. Aku tidak ada asas dalam pertanian langsung, oleh sebab itu aku nak sangat-sangat masuk kursus ni, barulah senang untuk aku melangkah lebih jauh. Memang berbaloi, penceramah memberikan ilmu-ilmu yang lengkap, dari segi teknikal hinggalah ke bahagian pemasaran dan kira-kira.

Peserta kursus akan diberikan dua anak pokok cili untuk dibawa balik sebagai eksperimen di rumah. Aku berikan mereka nama Kesuma dan Nilam..thehehee


Kesuma (atas) & dan Nilam (bawah), baru berumur 26 hari

Kepada mereka yang berminat untuk pergi kursus Fertigasi cili, sila layari laman blog ini http://www.agrofastforward.blogspot.com

Sunday, April 26, 2009

Hilangkan Tekanan

Erna,
Mari menyanyi untuk hari esok..theheheheee

Thursday, April 23, 2009

Album Review: Permulaan

Ada beberapa rakan rapat sarankan aku start tuliskan entry tentang album review..Aku tak la hebart mana review album, tapi boley la..Aku bukan orang yang teknikal, cuma aku tulis apa yang aku rasa tentang album itu i.e. packaging, lagu, lirik..Tapi maaf bagi mereka yang di arena glamour..aku tak review album mereka buat masa ini..busuk..Maaf sekiranya review yang akan aku tulis tu tak menepati sasaran..baru mengasah bakat..hoh..Ayuh!

Friday, April 17, 2009

Video Muzik 1

Mainkan lagu ini 100 kali sekalipun, anda takkan bosan...itulah maknanya PADU!!

Sunday, April 12, 2009

Lepaskan

Manusia cenderung mengejar sesuatu yang memang bukan untuknya atau hak miliknya. Memang itu lumrahnya. Jika manusia itu mengejarnya, pasti sesuatu yang buruk akan terjadi atau diberikan hukuman kerana kecenderungan manusia itu melawan arus.

Adam dan Hawa dihukum keluar dari syurga dan diturunkan ke Bumi gara-gara kecenderungan mereka untuk memakan buah Khuldi yang dilarang oleh Allah setelah dihasut oleh syaitan yang dilaknat.

Mungkin ada hikmahnya aku perlu melangkah ke belakang dan melepaskan objek yang aku kejar selama ini.

Mungkin inilah masanya...