***
Kalendar Islam berlandaskan kepada kitaran bulan. Satu tahun bersamaan dengan lebih kurang 354 hari..
Secara matematiknya, umur kita jika menggunapakai kalendar Gregorian, sebagai umur aku sekarang adalah 26 tahun. Tapi mengikut kalendar Lunar atau kalendar Hijrah, umur aku sebenarnya adalah 27 tahun..Ini disebabkan kitaran bulan yang lebih singkat berbanding dengan kitaran matahari yang digunakan di dalam kalendar Gregorian..
Contoh pengiraan umur mengikut kalendar hijrah:
Kalendar Gregorian: 365 hari / tahun
Kalendar Hijrah: 354 hari / tahun
Umur sekarang (dikira sehingga 31 Disember 2010): 26 tahun
Beza Gregorian dan Hijrah: 365 - 354 = 11
Tambahan hari dari perbezaan diatas untuk mengikut kalendar Hijrah:
11 hari x 26 tahun = 286 hari
Oleh itu, umur aku sekarang lebih kurang:
26 tahun dan 286 hari = lebih kurang 27 tahun!
Cubalah kira umur anda..Selamat mencuba..
Sekian..
***
No comments:
Post a Comment