Wednesday, June 30, 2010

PADI Open Water Course: Gate To the Deep Sea

***
Salah satu impian aku adalah untuk dapatkan lesen diving..Tempoh hari maka selamatlah aku masuk ke lautan luas dan lulus dengan jayanya dalam PADI open water course yang membenarkan aku dive ke seluruh dunia..Damn I'm so excited..
Aku tumpang sedih dekat kawan-kawan yang tak dapat join ke Pulau Mabul..Yatt, Erna, Syah..Disebabkan diorang ada komitmen yang tak dapat dielakkan, diorang terpaksa pull out..Kalau tak, aku pun tak nak pergi sebab tak ada geng..Tapi, tekad untuk dapatkan lesen sangat tinggi so aku tolak emosi ke tepi..Tambah pulak aku sangat desperate untuk pergi bercuti sebab dah lama tak amik cuti..Keje macam nak gila..Tambah-tambah lagi, harga tiket pergi-balik ke Tawau hanya RM25!!!!!!!!! Mana nak dapat? =p
Perasaan bila dapat masuk ke dasar laut dan tengok hidupan laut secara lebih dekat, aku tak dapat nak cakap..More than words..Even lepas aku naik bot lepas 1st dive, lidah aku kelu tak terkata..Kawan-kawan pun cakap aku agak nampak terkejut..heh~

Hari pertama - puas hati selepas lulus test

Nak buat lesen diving agak mencabar jugak. Untuk habiskan open water course, kena habiskan 4 kali dive, setiap satu maksimum satu jam..Dah habis 4x dive, ada paper test pulak..Ini kacang je..Ada test bertulis, test berenang, dan test safety procedure dalam laut. Bagi aku, yang paling mencabar yang kat dalam laut. Bayangkan, kau kena buka mask dan pakai mask dalam dasar laut? Buka jaket dengan gas tank dalam air dan pakai balik? Apa nak buat kalau alat sedut gas rosak? Ini antara test yang kita kena perform dalam air kat depan Instructor. Jeff cakap aku cepat tangkap, dan test pun berjalan dengan lancar..Amik masa sangat sekejap dari yang diberi..

Saat ni yang paling best sepanjang aku buat lesen. Beribu-ribu Jack Fish berlegar-legar dalam bulatan. Aku berenang masuk dalam bulatan tanpa ikan-ikan tu lari..

Selain dari tu, Pulau Mabul ni memang terbaik..Kalau nak bandingkan dengan Perhentian dan Redang, memang dua pulau ni jauh ke belakang..Ini kali kedua aku pergi sana..Pengalaman di sana memang lain dari yang lain..Damn it, aku tak leh elaborate lagi..nanti aku nak gi beli tiket gi sana pulak.. =p


So rakan-rakan, you guys should go once to this island..Dengan izin Tuhan, aku akan buat satu lagi trip ke sana untuk dive dan sesape yang nak buat lesen atau hanya nak snorkel pun boleh join sama..Oh ya, hampir terlupa, kalau nak dive tanpa lesen pun bole..Scuba Jeff ada buat Discovery Scuba Diving (DSD). Instructor akan pegang dan bawa kita masuk dalam..Price range not more than RM200..

Marilah raikan lautan...Heaven is a place on earth!!

***

3 comments:

che'Burn@che'Qis said...

pergh..terbaek la bro! aku yg bace pon rase teruja..fuh!!

erm..best gak kalao join ko pi mabul..kami snorkeling je pon xpe..huhu..roger n out.

Kieng Meng said...

bole2..ramai2 lagi best :D

Anonymous said...

hi, ada tak lagi sesiapa yg nk ambil lesen open water ni? klau ada plz inform me kt mazliana_mansor@yahoo.com.. thx!
nk ambil license tapi takde geng la, huhuhu..