Friday, October 16, 2009

Hilang Punca

Kerjaya



Rumah



Kereta



Duit



Kasut



Gadgets





Sejak kebelakangan ini, aku banyak berfikir tentang kehidupan..Aku tidak tahu apa yang aku cari selama ni..Sejak dari kecil, kita telah diajar di sekolah dengan buku teks, orang yang berjaya adalah orang yang mempunyai kerjaya yang besar, rumah besar, dan kereta mewah..Itulah yang disuapkan kepada kita oleh sistem kapitalis dan kita boleh lihat realiti ini di papan iklan malahan dalam media cetak atau elektronik yang tidak mengenal siang dan malam terus menerus mencuci cara kita berfikir tentang kehidupan...Inilah sistem kapitalis..

Kitaran kerjaya seseorang adalah berbeza..Kitaran ini telah dibentuk zaman berzaman oleh bapak-bapak kapitalis..Kita tidak akan mungkin melihat semua manusia berkerjaya sebagai doktor..Tidak semua manusia akan bergelar jurutera terkemuka..Tidak semua manusia akan menjadi peguam terkenal..Pasti akan ada manusia yang akan bergelar sebagai operator pengeluaran dan pekerja ladang dan estet..Ini kerana ini adalah sistem kapitalis..Tidak semua akan berjaya di dalam kolej atau di universiti..Ini kerana telah diletakkan sistem kuota, berapa peratus yang perlu diluluskan dan berapa banyak manusia yang perlu digagalkan..Kuota ini dilahirkan oleh pemain sistem kapitalis..Selain itu juga, tidak semua manusia itu dianugerahkan dengan akal fikiran yang bijak atau separa bijak..Akan ada yang kurang bijak..Kenyataan inilah dijadikan idea sistem kapitalis dan sistem ini tidak akan berhenti kerana sampai kiamat pun pecahan-pecahan ini akan berterusan..Inilah kitaran kapitalis..Dimana ada ketua, disitulah akan ada batak-batak pencacai..Jika tidak ada pencacai, siapa mahu menjalankan kilang-kilang dan estet-estet?

Aku runsing dengan keadaan aku..Pada masa ini akal fikiran sangat tidak terkawal. Aku sering berfikir bahawa, apa sebenarnya yang aku inginkan?

Aku memang inginkan sebuah rumah..Sudah berpuluh rumah telah aku tengok dan setiap kali itulah, aku membuat keputusan untuk membeli..Tetapi, dalam pada masa yang sama, satu perasaan ini membuatkan aku hilang pendirian untuk meneruskan hajat. Jujur aku cakap, aku bingung..Tidak tahu kenapa dalam sesaat sahaja keinginan itu boleh hilang sekelip mata..Soalan yang sama sering berligat dalam kepala; Adakah ini yang aku nak?

Manusia selalu memikirkan kerjaya bersamaan dengan duit. Bekerja untuk mendapatkan duit..Dunia tidak bererti jika tidak berduit. Inilah pemikiran kapitalis yang disuap kepada kita..Aku sering tertanya-tanya, kenapa aku perlu bekerja? Adakah kerana duit atau kerana sistem telah mengajar aku, berkerjalah untuk mendapatkan duit..Aku sering percaya, jika kita bekerja dengan hati yang ikhlas dan bukan kerana pulangan, kita akan gembira..Dan aku masih mencari jawapan untuk itu..

Erti kehidupan yang sebenar bagi aku, telah hilang..Untuk sekalian manusia di dunia, kita telah hilang punca..Hilang kepercayaan tentang kehidupan..Disebabkan kemahuan dunia atau itu kemahuan aku sendiri..

Aku terasa seperti aku telah menyimpang jauh..Persimpangan dilema seorang hamba yang lemas dalam kehidupan kapitalis..Sistem kapitalis bukan berpaksikan Kaabah, tetapi berpaksikan kepada........Wang..

Manusia lalai kerana terus-terusan memikirkan tentang bagaimana cara untuk terus bernafas di dunia..Tanpa meletakkan asas yang paling penting iaitu semua ini, adalah kerana Tuhan..Aku hilang punca kerana kelalaian ini..Kelalaian terhadap wang yang banyak dan takut terhadap kegagalan untuk hidup di dunia kerana tidak mempunyai keperluan-keperluan dunia yang disenaraikan di atas..

Dalam mencari-cari jawapan kepada erti kehidupan, aku bercadang untuk menziarah Kaabah hujung tahun ini..Sudah lama aku inginkan..Aku rasa tempat ini sesuai untuk menemui jalan sebenar kehidupan..

Tetapi aku punya satu masalah besar..sangat besar...






Aku tidak punya wang yang cukup..Ia menelan belanja hampir enam ribu ringgit Malaysia untuk terbang ke Tanah Haram..

2 comments:

No Surprises said...

macam baru lepas miss no je tulis entry ni...

mungkin kau kene berkahwin macam aku...

Kieng Meng said...

mohon derma kawan-kawan..nanti aku sms no akaun aku..